CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shila Amzah Pelik Tercalon Top 20 Artis Sensasi Popular Abpbh - “Tolong Jangan Undi Saya, Jangan"

5-9-2024 11:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 33595| Komen: 40

 

Penyanyi Shila Amzah mengakui pelik bagaimana namanya tercalon di bawah kategori top 20 Artis Paling Sensasi Popular, Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH36).

Menerusi sesi siaran langsung, Shila berkata dia tidak mempunyai sebarang isu sensasi dan tidak mahu terkenal sebagai artis sensasi kerana dia adalah penyanyi.

“Saya masuk ABPBH tapi kategori artis paling sensasi. Benda tu pelik, faham tak..saya tak menciptakan isu yang sensasi. Saya lebih rela anda undi selebriti lain seperti Bella Astillah, Ruhainies ke. Saya tak nak terkenal sebagai artis sensasi, saya adalah penyanyi,” katanya.

Sementara itu, Shila turut menyeru pengikutnya tidak mengundinya dalam kategori tersebut serta meminta untuk ‘buat tak nampak’ namanya dalam kategori tersebut.

“Tolong jangan undi saya, jangan…saya tak tahu apa saya akan rasa kalau saya menang walaupun saya tahu tak akan memang. 


“Tapi cuba bayangkan saya letak trofi artis sensasi di kabinet trofi saya yang lain…macam..faham tak sedangkan saya ni penyanyi. Buat tak nampak je nama saya kat situ okay. Kalau lepas ni saya tercalon untuk penyanyi wanita baru undi,” katanya.


Sumber – Xtra, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 5-9-2024 11:37 PM
Klu senyap lg bgus kut siap petik nama retis lain…. Apooo dr dlu pr failed
Quote rxz4727 6-9-2024 02:25 AM
Nanti shilalas hang mesti vote nya. Fan club retis malaysia ni asal nama retis tu tercalon je. Kalau tak, takkan orang yg dah lama tak berlakon boleh jadi pelakon popular
Quote ashilalat 6-9-2024 07:32 AM
Shilalat ni..dia punya PR mmg out. Patut la dia dibenci reputz lokal. Sebab mmg x pandai lgsung susun atur bicara. Kalau dia idop zaman ada byk anugerah dlu mcm Media Hiburan kacak/jelita apa semua tu, x tau la mcm mana dia ni. Org lain rileks² je tercalon, dia pulak mcm lagak dah menang BPP kali ke 10. Siap merendahkan org lain lagi. Failed!
Quote zuriey 6-9-2024 07:40 AM
Apa yg tak sensasi nya isu ko gaduh dgn keluarga itu hari lupa ka..satu malaysia pening layan keluarga ko..dgn bapk kawin dgn bff .dgn mak bela 50 ekor kucing..dgn adik jantan bagi gf duduk serumah..
Quote Mimo.mimo 6-9-2024 07:54 AM
Mesti malu tercalon dalam kategori tu. Tapi tu lah, maybe patut diam dan buat2 taknampak je.
Quote pinkpunk 6-9-2024 08:03 AM
kan.. dgn siadik yg terlebih interprame.. apa citalah duk rumah baru tu
zuriey: Apa yg tak sensasi nya isu ko gaduh dgn keluarga itu hari lupa ka..satu malaysia pening layan keluarga ko..dgn bapk kawin dgn bff .dgn mak bela 50 eko ...


Quote Shayang 6-9-2024 08:23 AM
Maybe ko lupa kot isu family ko tahun lepas telah menggemparkan seluruh penduduk bumi yg berbentuk donat nih
Haa sbb tu la nama ko tercalon kategori tu walaupun ko rasa mcm errgghhhh euwwwww not my level ke apa.
Quote freyayong 6-9-2024 08:35 AM
eeuuuww patutnya diam je.. ni tak. siap highlight nama retis lain lg..
Quote Aneem 6-9-2024 08:47 AM
Dalam masa yg sama dia bgtau belakemik dan aniskemut sekemut retis yg tiada hasil dan bergantung kepada sensasi saja utk relevan. Betul la tu.
Tp dia lupa ke kes dia bergaduh sekeluarga tu? Sensasi jugak
Quote ezacbee 6-9-2024 08:51 AM
Diam2 jelah. Memang xde sapa nak undi ko pun.

Quote Cleocatra 6-9-2024 09:27 AM
Sensasi la…. Kau anak derhaka. Walaupun mak tu ada salah, kau sebagai anak mengalah la gi jumpa mak tu.
Quote jalfa 6-9-2024 09:31 AM
Sapa suruh kot live nangis nangis dlm keta mintak simpati net sampai sekarang adik veradik ko kena herdik kat netz lapar duit kau mak ko pon netz panggil mak toksik ko jgn buat buat lupa yach...sampai sekarang dlm porom ni dok cerca mak ko tiber ilang ingatan
Quote MeowPARSI 6-9-2024 10:32 AM
Dia boleh je withdraw dr pencalonan tu kan? instead of dia buat stmt cmtu,, lg memalukan
Quote Kakalongmu 6-9-2024 11:07 AM
Statement ni sesajer jer mengundang nak menampakkan sheols masih hidup lagi dan bolehla pemenat sekalian undi sheols. Itu sebenarnya niat she. Ahaksss
Quote likilu 6-9-2024 11:10 AM
Ko rasa terhina tapi macam tengah hina nama orang lain

Xila ok xila?

Nak nyanyi ko nyanyi je. Halal haram penyanyi bertudung tak tahu la tapi kalau menghasut gitu tak berapa elok kot. Nak mengumpat mari join acik forum
Quote asimilasi 6-9-2024 11:21 AM
she so sick laa.... PR problem...
Quote Barebow77 6-9-2024 11:31 AM
Kalau IK retis..bolehlah dicalonkan sekali.. silap2 boleh menang..
Quote cikperiukkera 6-9-2024 11:32 AM
Aneem replied at 6-9-2024 08:47 AM
Dalam masa yg sama dia bgtau belakemik dan aniskemut sekemut retis yg tiada hasil dan bergantung kep ...

Hahahaaaa belakemut & aniskemut sekemut terus chuols kasi.. mungkin acik shilalas ni rasa terhina sebaris dgn dua ekor tu pdahal sheols retis papan atas yach..
Quote sleepandream 6-9-2024 12:26 PM
iols dah lama cakap abp ni dah lama downgrade... apo kategori sampah sensasi bagai... patutlah penaja pun hausss... nasib siti angkat kaki awal2....

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.038493 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top