CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Pemilik McLaren”, Sambut hari lahir, As’ad Motawh tayang kereta baru McLaren 720s berharga RM2.6 Juta

6-9-2024 08:24 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31452| Komen: 68


 


Penyanyi As’ad Motawh tayang kereta mewah dengan berkongsi video bersama sebuah kereta berwarna hitam dengan kapsyen ‘pemilik McLaren’ telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi hantarannya di Instagram itu, dia juga sempat mengucapkan selamat hari lahir buat dirinya sendiri dan seakan memberitahu bahawa kereta tersebut adalah hadiah sempena hari jadinya.


Dalam perkongsian tersebut, As’ad dengan berpakaian sut lengkap telah berjalan disamping kereta mewah tersebut dan video yang dimuat naik telah menunjukkan ruangan dalam kereta terbabit yang dilihat begitu mewah.

Dia juga telah memuat naik gambar memeluk seorang wanita dipercayai ibunya disamping kereta jenis McLaren 720s dengan pintu yang sedang terbuka.


Perkongsian yang dibuat oleh pemilik nama sebenar, As’ad Ahmad Muhammad Motawh, 23 itu telah menjadi perhatian ramai dan rata-rata telah meninggalkan komen yang pelbagai di ruangan media sosial miliknya.

Ada di antara mereka kagum dengan kejayaan As’ad dalam memiliki kereta mewah terbabit dan turut mengucapkan selamat hari lahir buat selebriti terbabit.

 

 

Terdahulu, nama As’ad Motawh telah menjadi perbualan susulan kenyataan yang dikeluarkan dalam satu podcast mengenai dirinya yang tidak suka pergi ke sekolah.

Baginya, pergi ke sekolah adalah perkara yang membuang masa kerana apa yang dilakukan kini tidak dipelajari pun sewaktu berada di alam persekolahan.


Sumber  – OhMyMedia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 6-9-2024 08:43 AM
Smpi skrg aku langsung x tau die ni keje/bisnes/buat ape.
Quote ezacbee 6-9-2024 08:58 AM
Budak misai kontot ni la yg mengajar bdk2 bingai xpyh g sekolah buang masa.. ko pun mesti nak amik staff yg ada degree kannnn...

Quote areyam 6-9-2024 09:00 AM
asad layak kereta 2.6 juta... sebagai penyanyi terkenal
Quote dewi_rina 6-9-2024 09:04 AM
Haritu arip bahran, ni budak ni.. Jenis2 sendu tapi mampu tunjuk harta benda je, pencapaian zero.. Syabas anak muda!!
Quote prince_marhaen 6-9-2024 09:12 AM
nonok ni keja apa eh? nak kata karier nyanyi memang ke lautan pasifik lah...berlakon pun sendu drama2 bodo.. anak orang kaya ke? muka mcm clan JahLop... ke buat forex ngan Arep Baran kepam tu??
Quote L.U.S.M 6-9-2024 09:35 AM
Bisnes apa dia buat smpi blh beli 2.6Juta?

Nk kata byk lagu..berapa kerat je yang pemes

Dia ni muka ada tp otak xde
Xmustahil byk duit mcm Mira,biz cuci2 xpun forex xpun kete sewa jah tp feeling mcm beli hahah
Quote codenamedream 6-9-2024 10:25 AM
Heols ada advertising & production company.
Maxis pun ada buat iklan dgn company heols.
Quote Jikookie 6-9-2024 10:43 AM
Kayanya muda2 dah blh beli kereta mahal2. Mmg keturunan kaya raya kah dia ni?
Quote whimsicalmusic 6-9-2024 12:27 PM
asalkan kau bahagia asad hehe
Quote gideoncross 6-9-2024 01:08 PM
slyfynx replied at 6-9-2024 08:43 AM
Smpi skrg aku langsung x tau die ni keje/bisnes/buat ape.

Aiol lgi hebat, klau nma dia x timbul hri ni kat Cari, iol langsung dh trlupa psl dia ni
Quote gideoncross 6-9-2024 01:11 PM
prince_marhaen replied at 6-9-2024 09:12 AM
nonok ni keja apa eh? nak kata karier nyanyi memang ke lautan pasifik lah...berlakon pun sendu drama ...

Forex jdi pilihan nmbr stu iol, mksud bukn iol tpi bila bca psl budak AM ni bli McLaren
Quote missbigrockstar 6-9-2024 01:15 PM
Too good to be true
Quote EriaDoritis 6-9-2024 01:20 PM
Cemana leh cepat kaya?
Dia ni yg cerita g audition jln kaki, sampai tempat audition cuci tiak basah dgn sabun dlm tandas sebab deodorant pun xmampu beli.
Tiberrrr kaya raya
Quote selipar_hijau 6-9-2024 01:24 PM
lagu apa ko nyanyi nyah
Quote chooper 6-9-2024 01:33 PM
bisnes apa selain keluar satu lagu
Quote Rogue98 6-9-2024 01:35 PM
Mak dia Dato...tapi tak tau biz apa...
Quote hanihan16 6-9-2024 02:18 PM
dia memang ada bisnes advert company kan? kat vlog leona kot i nampak yg dia ada studio utk org sewa2 buat iklan, shooting, etc. tapi seberjaya mana idokla i tau
Quote Sazreena 6-9-2024 02:25 PM
LHDN sila follow up dan follow through. Owner advertising agency even ex-boss aku pun takde deh sambar mekleren even though jadi CEO more than 10 years. Memasing femes tapi idok le gigih flexing.
Quote sharlenetexas 6-9-2024 02:46 PM
Keta pinjam?

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.068348 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top