CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Please ya, jangan sesuka hati panggil ‘akak’, sesetengah wanita sensitif. Panggil lah Puan atau Cik Puan

7-9-2024 09:58 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 75480| Komen: 85

 


PETALING JAYA – Ada sesetengah masyarakat menganggap panggilan kakak, kak dan akak kepada orang yang tidak dikenali seperti kurang sopan.

Katanya, sebaiknya mereka ini dipanggil dengan gelaran cik atau puan meskipun berdepan dengan peniaga tepi jalan.

Seorang pengguna X membangkitkan isu ini dalam satu ciapan yang dimuat naiknya apabila meminta orang ramai untuk tidak membiasakan diri memanggil orang tidak dikenali dengan panggilan ‘akak’.

“Please ye (tolong) jangan normalisasi panggil orang atau stranger (orang tidak dikenali) dengan panggilan ‘akak’, tak manis! Sama juga untuk berlainan jantina.

“Kalau tak tahu sangat nak panggil, panggil la ‘puan’ kalau tahu statusnya isteri orang. Kalau tak tahu pandai-pandai la panggil ‘cik, puan’ tak akan itu pun kena ajar? Lagi-lagi orang sales (jurujual). Kau rasa panggil orang ‘akak’ konon-konon ramah?,” soalnya.



Tambah wanita tersebut, sekiranya individu tidak dikenali itu terlebih dahulu membahasakan dirinya sebaga ‘kakak’, jadi tiada masalah untuk meneruskan perbualan dengan gelaran terbabit.

“Boleh je apply (biasakan panggil) walupun pada penjual goreng pisang, itu kita panggil manners (beradab). Kalau orang itu bahasakan diri dia ‘akak’ tak apalah. Tetapi ini untuk mulakan perbualan. Bukan semua orang suka dipanggil ‘akak’,” katanya.

Dalam pada itu, di ruangan komen ciapan tersebut, pelbagai reaksi diberikan orang ramai sehingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen.

“Ini mesti tak ada jiwa masyarakat, panggilan akak, kakak ini lebih mesra. Buatkan orang yang baru kenal itu lebih selesa untuk bercakap dengan kita. Berbeza panggil puan, mungkin majlis rasmi boleh digunakan, tapi ia tidak sesuai untuk acara santai, sosial,” kata Zack.

“Tapi saya setuju juga, rasa macam eh, kau tua lagi dari aku, kenapa panggil akak. Kalau panggil cik tu rasa lebih manis,” ujar Norish.

“Jadi nak panggil kaum adam ni? Tuan? Macam pelik sahaja. Kami lagi selesa digelar ‘abang’. Kami tak complicated (menyusahkan) macam kaum-kaum hawa. Panggilan pun boleh buat gaduh,” seloroh Anuar. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sfrnna 7-9-2024 12:47 PM
Apo laaa. Takkan nak paggil woi kot.. kang panggil macam ane kedai mamak offended pulak.
Quote becir 7-9-2024 01:00 PM
semalam i pegi kk, time nak amik ubat pharmacist cina  yg obvious muda lagi pegi panggil i adik, tunggu dulu ye satu ubat tak selesai..so patut kah i merempan je or bersyukur?

Quote ninja boy 7-9-2024 01:20 PM
Terpaling berlaki ka sampai panggil puan ke hulu hilir
Quote liyamariska 7-9-2024 01:35 PM
pasal isu panggilan nama pun gigih menviral bagai...
Quote noah8670 7-9-2024 02:26 PM
banyak ye masa nk fikir org tu panggil aku akak la acik la.. otak tu kosong sgt ke.. xde benda lain nk fikir

Quote gideoncross 7-9-2024 02:43 PM
noah8670 replied at 7-9-2024 02:26 PM
banyak ye masa nk fikir org tu panggil aku akak la acik la.. otak tu kosong sgt ke.. xde benda lain  ...

Ummah Twitter mmg cmni, bnyk BBNU, smua slh bgi dorg, yg btul cuma kpala otak dorg je. Sma mcm kat Tik Tok
Quote gideoncross 7-9-2024 02:43 PM
ninja boy replied at 7-9-2024 01:20 PM
Terpaling berlaki ka sampai panggil puan ke hulu hilir

Yg up post ni kat Twitter msti jnis yg sllu rsa diri dia tu gah, brlagak lebih
Quote hokeypokey 7-9-2024 02:53 PM
Karennnn detected
Quote Goodluckdontcry 7-9-2024 03:03 PM
Tahla ko makcik..den ni..xkesah pun org panggil akak ke, makcik ke, nenek ke...sbb tau dan sedar diri dah tua bangka..den anggap diorg sekadar hormat den dgn panggil gelaran gitu..kdg den panggil sapa2 je adik, walaupun diorg nmpk lg berumur dr den..xpela..mn tau diorg rs berbunga ati bila den panggil dia adik..jd mereka gumbira..muka ada senyum juga... kehkehkeh
Quote tumpanglalu74 7-9-2024 03:09 PM
Eh perasan T20 la ni..
Quote akies 7-9-2024 03:10 PM
Makcik ni mesti lorat orang nya
Benda mcm tu pun nk stress.
Agaknya kalau dia ada title datin..semua org yang jumpa
dgn dia kena panggil datin.
Quote imransulaiman 7-9-2024 04:10 PM
Tengok gambar acik tu kan, sebenarnya aku konfius dia umur berapa. Tapi memang nampak tua lah...


WAKAKAKAKAKA
Quote hyie 7-9-2024 04:16 PM
hello banyak benang lama naik ni momod cuti kah

yihhhhhhhh
Quote She-Ra 7-9-2024 04:26 PM
Edited by She-Ra at 7-9-2024 04:27 PM

iols ok je dipanggil akak/kakak asal bukan WOI/EH
iols pulak panggil org  guna ADIK tp kena scan atas bawah atas bawah hahaahaa.. sb iols berbadan kecik dan ketinggian yg comel #donepujidirisendiri tp umur dh langkau 4series hehee.. yg dipanggil adik tu takde la marah pun, lepas scan, dia senyum

dan kalau yg berkaitan dgn pekerja2 pejabat, iols guna panggilan Puan/Cik/Encik/Tuan.. kiranya tgk pd tempat jgk la nak panggil org tu guna panggilan apa
Quote cm_vungtau 7-9-2024 04:37 PM
hyie replied at 7-9-2024 04:16 PM
hello banyak benang lama naik ni momod cuti kah

yihhhhhhhh

Rasanya benang lama naik nak tutup cerita Fashion Belit kot Cyber troopers
Quote bintangct 7-9-2024 04:40 PM
becir replied at 7-9-2024 01:00 PM
semalam i pegi kk, time nak amik ubat pharmacist cina  yg obvious muda lagi pegi panggil i adik, tun ...

gen z cina pgil iols "kamu"
gen z melayu pgil iols " awak"
genz india pgil iols "akka"
hahahha
Quote sharlenetexas 7-9-2024 04:51 PM
Kat forum tak kira lelaki perempuan tua muda dipanggil Sis. Sis tu dikira perkataan jamak gender neutral.

Quote kitty_lynne 7-9-2024 04:57 PM
Edited by kitty_lynne at 8-9-2024 05:41 AM

Panggil je la apa pun asalkan bersesuaian… kecoh je
Quote Belibis 7-9-2024 07:17 PM
imransulaiman: Tengok gambar acik tu kan, seb ...

Mungkin dia nak dipanggil makcik,bukan kakak.[em:3:]

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.116472 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top