CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Betty Benafe dinasihat rujuk AGC berhubung kes NFA – Polis

10-9-2024 03:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14906| Komen: 19

 

Pelakon wanita, Betty Ibtisam Abu Bakar Benafe atau lebih dikenali Betty Banafe dinasihatkan menghubungi Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mendapat penjelasan lanjut berkenaan kes yang diklasifikasikan tiada tindakan lanjut (NFA) yang didedahkan di media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kes yang dilaporkan adik pelakon itu, Datuk Shakib Abu Bakar Benafe itu sudah disiasat oleh pasukannya dengan teliti.

Katanya, kes itu juga sudah diserahkan kepada AGC sebelum arahan tindakan lanjut namun pihak AGC telah mengklasifikasi kes itu sebagai NFA.

“Itulah yang kita jelaskan kepada pihak Betty Banafe dan pihak pengadu Datuk Syakib Banafee sendiri dan Alhamdulillah mereka faham akan penjelasan itu serta mereka menerimanya dan apa-apa tindakan lanjut dan sebagainya itu adalah di luar bidang kuasa polis.


“Saya juga menjelaskan kepada mereka, sekiranya ada ketidakpuasan hati berkenaan dengan keputusan daripada AGC, maka mereka perlu menulis kepada AGC untuk mengetahui mengapa punca kes tersebut diklasifikasikan NFA,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan bersama Betty Banafee dan Syakib Banafee di pejabatnya di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, pihak polis menyangkal dakwaan pelakon wanita, Betty Banafe berkaitan pihak polis tidak mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dalam siasatan 14 laporan sejak dua tahun yang lalu.

Siasatan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan telah selesai dan kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) oleh Jabatan Peguam Negara pada Jun lalu, selepas didapati tiada keterangan yang mencukupi untuk menimbulkan elemen kesalahan pecah amanah dalam kes tersebut.

Bagi kes di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, siasatan masih dijalankan.

Dalam pada itu, Betty Banafe ketika ditemui berkata, mereka menerima nasihat yang diberikan daripada PDRM dan akan mengambil langkah seterusnya dengan menghubungi AGC.

“Keputusan NFA itu bukan dibuat oleh polis tetapi ia justifikasi oleh AGC. Jadi pihak polis telah melakukannya kerjanya dalam siasatan dan bagi pihak kami pula, kami harus ke AGC untuk mendapatkan maklum balas daripada AGC,” katanya.


Sumber – Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fanaz82 10-9-2024 05:06 PM
ni pasal kes apa?
Quote sapeka 10-9-2024 05:11 PM
Kes apo?
Quote edoraixora 10-9-2024 05:32 PM
14 laporan tu kes apa
Quote bottombikini 10-9-2024 05:36 PM
siapa dia datuk shakib ni
mementang retis yg merempan
cepat aje deme jawab yer
Quote annehuda 10-9-2024 05:48 PM
Siasatan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan telah selesai dan kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) oleh Jabatan Peguam Negara pada Jun lalu, selepas didapati tiada keterangan yang mencukupi untuk menimbulkan elemen kesalahan pecah amanah dalam kes tersebut.

ni je klue nye
Quote riyadhK 10-9-2024 09:07 PM
bottombikini replied at 10-9-2024 05:36 PM
siapa dia datuk shakib ni
mementang retis yg merempan
cepat aje deme jawab yer

Siap jemput nak bg penerangan. Kalau marhaen kena mcm tu harammmmm.
Quote cahayamataku 10-9-2024 10:01 PM
Ayam penyet kedai dia sedap lagi tak ek skrg ? Lama tak makan lepas kawen.
Quote fattymah 11-9-2024 08:43 AM
bottombikini replied at 10-9-2024 05:36 PM
siapa dia datuk shakib ni
mementang retis yg merempan
cepat aje deme jawab yer

Adik Betty tu katanya kat artikel
Depa ni bapak kaya gak
Banyak company
Projek juta2
Quote nhao 11-9-2024 09:28 AM
cahayamataku replied at 10-9-2024 10:01 PM
Ayam penyet kedai dia sedap lagi tak ek skrg ? Lama tak makan lepas kawen.

Eh ada kedai ayam penyet ke? tak tau pon uols
Quote nisako 11-9-2024 10:51 AM
ape yg jadi
Quote Kitty_catz 11-9-2024 05:43 PM
yg kes drebar sheol bawak lari dhuet dulu tu ke?

tak ingat details tp cenggitu la beh kwang

betty ni yg binik bernomo sapei pedal tu kan?
Quote rayna_raynes 11-9-2024 06:09 PM
Kalau pertuduhan jenayah tak lepas, saman sivil je la
Quote Kakashial 11-9-2024 06:15 PM
Kitty_catz replied at 11-9-2024 05:43 PM
yg kes drebar sheol bawak lari dhuet dulu tu ke?

tak ingat details tp cenggitu la beh kwang

Uisyyy salah nau nau tu uolssssssss. Yg bini berangka pi-e pedal tu yg reno muka tak menjadi itoh
Quote Prickford 11-9-2024 06:20 PM
Kitty_catz replied at 11-9-2024 09:43 AM
yg kes drebar sheol bawak lari dhuet dulu tu ke?

tak ingat details tp cenggitu la beh kwang

Bini bernombor sepul mempedal tu Zahida Plastik kan.

Dah chuolls sebut2 ni, muka sheolls dah jadi gitu ke? Tahu pon sbb baca komen. Kalau tak, haram la tak kenal langsung. Muka kuat plastik. Bahaya utk penyu2 di laut.

zahida ayam penyetwongsolo.jpg

Quote Kitty_catz 12-9-2024 08:25 AM
Kakashial replied at 11-9-2024 06:15 PM
Uisyyy salah nau nau tu uolssssssss. Yg bini berangka pi-e pedal tu yg reno muka tak menjadi itoh

ayoyoyooo

jauh nyaaaaa

mahap laaa, nampak bebeno meols baru klua gua
Quote Kitty_catz 12-9-2024 08:26 AM
Prickford replied at 11-9-2024 06:20 PM
Bini bernombor sepul mempedal tu Zahida Plastik kan.

Dah chuolls sebut2 ni, muka sheolls dah jad ...

yaa meols tersilap tembak kaka uiii

uh ni latest kaaa?  udah jadi mcm bapok jadian
Quote Prickford 12-9-2024 08:28 AM
Kitty_catz replied at 12-9-2024 12:26 AM
yaa meols tersilap tembak kaka uiii

uh ni latest kaaa?  udah jadi mcm bapok jadian

Sheolls ikutkan mmg cantik. Kalau dibiarkan aging tanpa plastik, mesti aging gracefully. Tapi tu la, kot2 sepul mempedal suka pempuan yg mcm bapok, kita tak tau kan.

Quote Kitty_catz 12-9-2024 08:30 AM
Prickford replied at 12-9-2024 08:28 AM
Sheolls ikutkan mmg cantik. Kalau dibiarkan aging tanpa plastik, mesti aging gracefully. Tapi tu l ...

haaaa kann, mana taw taste rentua tu gitu
2 in 1 gaytohh.. ala2 prof agus lapar pelirrrrr  
Quote hujanrindu28 15-9-2024 02:38 AM
Kes apa

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-9-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.036875 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top