CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki bunuh, bakar kekasih terlepas tali gantung

10-9-2024 04:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 38401| Komen: 32

 


ALOR SETAR – Seorang lelaki terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati itu dengan penjara 35 tahun kerana membunuh teman wanitanya, 10 tahun lalu.

Keputusan itu dibuat panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika bersidang hari ini bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan.

Dalam Persidangan Semakan Hukuman Mati di Mahkamah Tinggi di sini itu, panel berkenaan sebulat suara menerima permohonan Abd. Khalid Md. Isa, 53, yang disahkan mengalami masalah mental.

Panel turut mengenepikan hukuman sebatan ke atas Abd. Khalid Md Isa, 53, atas faktor usia dan menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap pada 1 Oktober 2014.

Abd. Khalid yang ditempatkan di Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang sebelum ini dijatuhi hukuman mati setelah didapati bersalah membunuh Rohani Hashim, 30, di sebuah rumah di Jalan Pengkalan Datok Keramat Bukit Tengah Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 30 September 2014 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Terdahulu, peguam Abd. Khalid, Rashid Zulkifli mengemukakan pemohonan mengenepikan hukuman mati itu atas alasan anak guamannya itu mengalami masalah mental selain insaf dengan perbuatannya.


“Pemohon mempunyai masalah mental dan perkara ini dibuktikan oleh laporan kesihatannya. Selain itu pemohon juga menunjukkan kekesalan yang amat atas perbuatannya sebelum ini.

“Itu dijelaskan dengan pengakuan bersalahnya sebelum ini. Selain itu pemohon juga didapati sudah insaf dan mengikuti program keagamaan di penjara,” kata Rashid.

Pihak pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fauziah Daud tidak membantah permohonan tersebut, namun meminta panel terlibat menetapkan hukuman penjara 35 hingga 40 tahun terhadap Abd. Khalid.

Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 2019 mengekalkan hukuman gantung terhadap bekas pengusaha kantin tersebut setelah didapati bersalah membelasah teman wanitanya sehingga mati dan kemudian tidur semalaman dengan mayat itu.

Mengikut fakta kes, Abd. Khalid berulang kali memukul kepala Rohani dengan spanar dan menghantuk kepalanya ke tiang rumah sehingga menyebabkan kematiannya.


Cebisan anggota mangsa ditemui dalam bara api di belakang rumah Abd. Khalid pada keesokan harinya.

Abd. Khalid dilihat tenang ketika Tun Tengku Maimun membacakan keputusan tersebut.

Sumber – Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dewi_rina 10-9-2024 04:44 PM
Muka macam tu pun ada teman wanita.. Dah lah mental lagi

Mintak jauh la
Quote fanaz82 10-9-2024 05:01 PM
kalau dah mental macam tu, eloklah penjara seumur hidup je, xde la nak susahkan orang lagi.
Quote zehra2 10-9-2024 05:08 PM
takkan penjara je??
bagi ler sebatan 15 rotan.
35 thn dok bersenang lenang dlm penjara
Quote hokeypokey 10-9-2024 06:59 PM
seramnya muka
Quote asfaz 10-9-2024 07:39 PM
Tgk nama Hakim, empphhh. Dah berapa kes kan lepas tali gantung.
Quote silance 10-9-2024 07:47 PM
Takde chance keluar dah ni. mati kat penjara je la
Quote Skuau 10-9-2024 08:03 PM
dewi_rina replied at 10-9-2024 04:44 PM
Muka macam tu pun ada teman wanita.. Dah lah mental lagi

Mintak jauh la

dah...mental pon orng pompuan suka kat kita...tau...
Quote babynina30 10-9-2024 08:46 PM
Dh lama kes ni. Dkt gf tu heols ada buat apa2 ke b4 bunuh ? Saiko yaaaa
Quote menjad 10-9-2024 08:51 PM
Panjang umo sempat gak bebas tuh. Umo baru 53. Ada 25 tahun dalam penjara. Belum 80 dah bebas
Quote TeropongThaico 10-9-2024 08:57 PM
Musim2 penjara nak kena bela penjenayah berat bertahun2 dtg lagi

Baguslah
Quote pinkpunk 11-9-2024 10:41 AM
kenapalah nk bela smpai 35 tahun.. hukum gantung kan senang. nyawa balas ngn nyawa
Quote hotmak 11-9-2024 10:44 AM
senangnya hidup, alasan umur tak perlu sebatan ye, habis tu trauma sedih family mangsa tak dikira pula, patut teruskan jelah hukuman gantung tu, buatnya panjang umur bebas nanti, ulang lg atas alasan sakit mental
Quote abas8888 11-9-2024 11:10 AM
kalau ada masalah mental bukan biasanya hantar terus ke Hospital Bahagia ke? ke dah normal pulak? nanti apa2 jadi kat dalam penjara dia pukul orang ka bunuh orang ka dia guna alasan mental juga camno?
Quote ifanonline 11-9-2024 11:13 AM
kalau dier berkelakuan baik dlm penjara, kemungkinan besar keluar juga
Quote B40tastePosh 11-9-2024 11:19 AM
dewi_rina replied at 10-9-2024 04:44 PM
Muka macam tu pun ada teman wanita.. Dah lah mental lagi

Mintak jauh la

Terdesak betul arwah cikki tu
Quote supernaturalee 11-9-2024 12:06 PM
iras black
Quote AbukRokok 11-9-2024 01:41 PM
TeropongThaico replied at 10-9-2024 08:57 PM
Musim2 penjara nak kena bela penjenayah berat bertahun2 dtg lagi

Baguslah

knelah ikut follow agenda United Nations
Quote AbukRokok 11-9-2024 01:42 PM
TeropongThaico replied at 10-9-2024 08:57 PM
Musim2 penjara nak kena bela penjenayah berat bertahun2 dtg lagi

Baguslah

knelah ikut follow agenda United Nations
Quote izwan_izi 11-9-2024 01:47 PM
asfaz replied at 10-9-2024 07:39 PM
Tgk nama Hakim, empphhh. Dah berapa kes kan lepas tali gantung.

itulah..selagi tak kena pd kaum keluarga sendiri...agaknya selagi tu la ramai banduan yg akan terlepas hukuman mati..

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.098757 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top