CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ebby Yus Dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persilatan - “Sampai Sekarang Pun Saya Masih Angkat Budaya Silat Melayu"

10-9-2024 04:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 38462| Komen: 15

 


Pelawak dan pelakon Ebby Yus menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Persilatan yang telah berlangsung di Dewan Tun Fatimah, Hotel Riverside Melaka pada Ahad lalu.

Memetik Harian Metro, Ebby berkata pada awalnya dia menolak anugerah tersebut kerana merasakan ada yang lebih layak untuk mendapat anugerah berkenaan.

Malah, pelakon berusia 59 tahun itu berkata dia merasakan ilmu persilatannya tidak sampai ke tahap sehingga diberikan anugerah itu.

“Pihak mereka hantar surat dah dua minggu untuk pencalonan saya dalam Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Persilatan tapi mulanya saya jawab secara baik menolak kerana rasa macam tak layak.

“Tapi rakan saya, Ustaz Dr Mohd Ashraf Suarin tanya saya kenapa tolak. Mereka sebenarnya hubungi dia untuk dapatkan saya. Namun saya tetap jawab tak layak terima. Banyak lagi orang lain yang sepatutnya terima.

“Ustaz bagi sebab kenapa saya terpilih. Dari situ saya hubungi semula wakil penganjur, Dr Meor dan tanya atas kapasiti apa saya terpilih. Dia jawab saya sudah disenarai pilih oleh majlis Senat Akademi Persilatan Sedunia Sdn Bhd pada mesyuarat Senat 12 Januari 2024.

“Saya dilihat paling sesuai dalam mengangkat silat dalam industri hiburan TV dan filem. Bila dengar, saya akui pernah jadi koreografer drama dan filem untuk silat,” katanya.

 

Ebby secara rasmi menerima gelaran Ijazah Kehormat Persilatan Sedunia iaitu Ijazah Doktor Persilatan (Honorary Doctorate of Martial Art) daripada Akademi Persilatan Sedunia (APS) yang disampaikan oleh Presiden Akademi Persilatan Sedunia Sdn Bhd, Profesor Dr Zainal Abidin Sakom.

“Saya sebenarnya tak tahu adanya Akademi terbabit. Ini adalah kali kedua penganjuran anugerah dibuat. Saya buat kerja selama ini pun ikhlas sahaja tanpa mengharapkan apa-apa anugerah.

“Tapi apabila diberikan, saya terima. Kalau saya tolak nanti nampak macam sombong pula. Ini juga satu penghargaan atas kerja keras yang saya lakukan selama ini.

“Sampai sekarang pun saya masih angkat budaya silat Melayu dengan cara saya. Secara tidak langsung ia memberikan semangat untuk kita teruskan. Bukan sebab saya hebat atau apa,” katanya.

Untuk pengetahuan, Ebby mula berjinak-jinak dengan seni mempertahankan diri sejak di bangku sekolah rendah lagi dan menyertai Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia.

Sumber – Harian Metro, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aemon 10-9-2024 04:36 PM
Wak didi pun aktif silat lagi.
Quote fanaz82 10-9-2024 04:59 PM
tahniah. igt lagi zaman dia berlakon keris bersepuh emas dulu
Quote prince_marhaen 10-9-2024 05:24 PM
nexttt...wak didi body nyum nyum pulakkk...   


Quote riyadhK 10-9-2024 09:04 PM
prince_marhaen replied at 10-9-2024 05:24 PM
nexttt...wak didi body nyum nyum pulakkk...

Sape ni
Quote sharlenetexas 10-9-2024 11:11 PM
Ebby yus dulu elok je bersilat dalam filem Tuah.

Quote sharlenetexas 10-9-2024 11:22 PM
Ebby Yus berlakon jadi lima bersaudara Hang Tuah. Tak tahu pulak heols Hang yg mana satu. Seronok tgk dia bersilat. Mmg tangkas. Heols yg pakai baju putih tak button.

[youtube]n_g1LBPbSWo[/youtube]
Quote TeropongThaico 10-9-2024 11:52 PM
Alhamdulillah
Tahniah
Quote aromabeaute 11-9-2024 12:23 AM
Tahniah
Quote wxyz_abc 11-9-2024 12:29 AM
Yeayyy
Quote Lampuled 11-9-2024 01:56 AM
Tahniah. Alhamdullilah dianugerahkan kpd yg selayaknya .
Quote mrseller 11-9-2024 08:11 AM
Igt u mana tadi kasik. Akademi syok sendiri kot nih
Quote Manusiabesa 11-9-2024 08:19 AM
Abg AB ni solo xpenah kawen.. ngai xmau ka jd bini abg AB kehkehkeh.
Quote hujanrindu28 15-9-2024 02:34 AM
Teringat abah sendiri pulak. Rugi xbelajar silat
Quote lanacondor 15-9-2024 08:19 PM
prince_marhaen: nexttt...wak didi body nyum ny ...
heols ni dasyat kan bab silat. Xsangka aktif lagi usia2 gini
Quote apedehal 15-9-2024 08:23 PM
Manusiabesa replied at 11-9-2024 08:19 AM
Abg AB ni solo xpenah kawen.. ngai xmau ka jd bini abg AB kehkehkeh.

Hahahadoii..tingat lg komen siapa ntah dia igtkn ebby yus ni laki tin paduka lupedah nama yg putih pucat tu

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.143929 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top