CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ibu Bapa Tak Pernah Desak Kahwin, Dafi Selesa Hidup Bujang - "Ayah Buat Peraturan, Selagi Tidak Berkahwin, Kami Tidak Boleh Keluar Dari Rumah”

11-9-2024 08:50 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 22793| Komen: 75



Usia sudah mencecah 36 tahun, pelakon dan penyanyi Dafi berkata ibu bapanya tidak pernah mendesak mengenai soal kahwin.

Memetik Utusan Online, Dafi berkata dia tidak pernah rasa sepi dan selesa membujang kerana sudah lama hidup sedemikian.

“Sejujurnya, saya tidak pernah rasa sepi. Saya pernah dengar juga, bila seseorang itu sudah lama berpasangan, dia tiada boleh sendirian. Tapi saya terbalik, saya sudah lama menjadi bujang membuatkan saya selesa begini.

“Lagipula ibu bapa tidak pernah mendesak. Ayah buat peraturan, selagi tidak berkahwin, kami tidak boleh keluar dari rumah,”katanya.

Sementara itu, Dafi berkata dia belum berkahwin bukan kerana takut dengan komitmen serta tidak terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga.


“Lagi pula, lumrah pasangan berkahwin tidak semuanya momen bahagia. Ada juga pengalaman kawan-kawan dan orang sekeliling menceritakan betapa tertekannya alam perkahwinan. Itu membuatkan saya tidak terburu-buru. Jika mahu kata saya takut kepada komitmen pun, tidak juga,”katanya.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai kerjaya seninya, Dafi berkata ada yang takut untuk menawarkan peluang pekerjaan kepadanya namun mungkin ada yang bimbang jika dirinya akan meminta bayaran tinggi.

“Orang tidak pandang saya serius, ada juga yang tidak mahu tawarkan kerja kerana bayaran dan juga rasa saya tidak perlukan peluang pekerjaan itu. Saya tidak nampak relevannya kenyataan itu.

“Secara peribadi, saya sedaya upaya akan cuba berdikari. Saya tidak pernah putus asa, cuma pernah berada di fasa tidak mahu terlalu berharap,” katanya.


Kredit: Utusan, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pasubungaa 11-9-2024 09:09 AM
First
Quote nhao 11-9-2024 09:26 AM
lari tajuk sikit, kakak dia dh nak kawin balik kan. ada pic bachelorette party
Quote September14 11-9-2024 09:29 AM
Kelaku dia mcm remaja 18 thn… teringt video tiktok yg dia menari tu….
Quote prince_marhaen 11-9-2024 10:14 AM
Dah selesa khensss....harta pak makan tak habis... banyak masyukkk walaupun jadi PM sekejap..  takkan nak kawin ngan bekas abg ipar pulak khensss...
Quote babynina30 11-9-2024 10:25 AM
Abang heols yg sblh ninano tu nmpk ensem
Mcm qasah jepon sket
Quote cm_vungtau 11-9-2024 10:34 AM
Bebudak muda kat kl memang taknak kawin and taknak keluar umah mak bapak. Apa hal entah. Study pun dekat area2 KL, pastu kerja pun duduk rumah mak bapak. Pastu makan semua mak bapak kasi lagi. Contohnya ialah adik aku. Menyampah tengok. Sorry OT
Quote nisako 11-9-2024 10:40 AM
hmmmmmmm
Quote misszazaz 11-9-2024 10:53 AM
asalkan bahagia
Quote fanaz82 11-9-2024 11:32 AM
aku tak heran yg ni. dah sah2 family dia kaya. yg aku pelik kawan aku ni dah la menganggur duduk rumah makan duit bini, sibuk nak tambah bini.
Quote Rogue98 11-9-2024 11:33 AM
Bodoh nye bagi peraturan camtu.... camner anak tu nak belajar tanggungjawab.... Umur pun dah nak 40..
Quote caprut 11-9-2024 11:58 AM
cm_vungtau replied at 11-9-2024 10:34 AM
Bebudak muda kat kl memang taknak kawin and taknak keluar umah mak bapak. Apa hal entah. Study pun d ...

Bukan budak kl je. Hampir semua budak bndar dkt lembah klang macam tu. Pastu dok feeling2 acah2 hebat mcm zaman sekolah. Mungkin sebab hari2 masih berjumpa dgn mmber zaman skolah. Sbb mmber sekolah pon dok dgn parents lg walau dah kahwin
Quote caprut 11-9-2024 11:59 AM
Teringt komen dkt instagram masa bapa dia baru diangkat jadi pm
Quote caprut 11-9-2024 12:00 PM
fanaz82 replied at 11-9-2024 11:32 AM
aku tak heran yg ni. dah sah2 family dia kaya. yg aku pelik kawan aku ni dah la menganggur duduk rum ...

Mesti duduk bandar. Hari2 lepak dgn member
Quote dekmieDandy 11-9-2024 12:29 PM
nape makin lebam mata dia, dah macam orang keje shift malam
Quote edoraixora 11-9-2024 12:39 PM
eloklah taknak kahwin, jangan anak dara orang jadi mangsa pulak nanti
Quote PULANGKAN 11-9-2024 12:56 PM
cm_vungtau replied at 11-9-2024 10:34 AM
Bebudak muda kat kl memang taknak kawin and taknak keluar umah mak bapak. Apa hal entah. Study pun d ...

tiba2 teringat kawan Iols sorang. dia dah keje, gaji berbelas ribu, still duk kat kl rumah mak bapak. siap renovate satu lagi bilik untuk jadi game room sheols. dulu lepas belajar, dia keje lain, duk menyewa sendiri. pastu putus cinta, tukar tempat keje baru, pindah balik rumah parents dia. adik laki sheols baru habis study, baru dapat keje, pun sama, duduk kat rumah tu jugak
Quote makneng 11-9-2024 12:56 PM
Ada ke yg nak jadikan dia bini? Eh
Quote cm_vungtau 11-9-2024 01:42 PM
PULANGKAN replied at 11-9-2024 12:56 PM
tiba2 teringat kawan Iols sorang. dia dah keje, gaji berbelas ribu, still duk kat kl rumah mak bap ...

Sama dengan adik I. Dah tua bangka dok main game. Pastu makan semua mak bapak readykan aje. Tobat aku insof tengok mak bapak dah tua2 patut rileks2 habiskan masa tua bersama, ni dok menjaga anak sampai ke tua. Rimas gila remaja2 purba ni
Quote cm_vungtau 11-9-2024 01:43 PM
caprut replied at 11-9-2024 11:58 AM
Bukan budak kl je. Hampir semua budak bndar dkt lembah klang macam tu. Pastu dok feeling2 acah2 he ...

Tu la pasal. Rimas gila sampai ke tua mak bapak dok menjaga anak2 ni

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.035065 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top