CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

China akan 'hancurkan' pencerobohan asing di Laut China Selatan, kata pegawai kanan tentera Beijing

12-9-2024 07:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 34480| Komen: 4|Original author: EJALTI

 
 


Beijing: China akan "menghancurkan" sebarang pencerobohan asing ke dalam wilayah berdaulatnya termasuk di Laut China Selatan, kata seorang pegawai kanan tentera Beijing pada Khamis, di luar satu forum pertahanan.

"Kami berharap bahawa Laut China Selatan akan kekal sebagai lautan keamanan," kata Leftenan Jeneral He Lei kepada sekumpulan kecil wartawan termasuk AFP di forum di Xiangshan itu.

Tetapi, tambahnya, "jika Amerika Syarikat menggerakkan bidaknya di belakang tabir, jika ia mendorong negara ke barisan hadapan, atau jika Amerika Syarikat sendiri berada di barisan hadapan, maka kami di Tentera Pembebasan Rakyat China... tidak akan pernah mempunyai kesabaran."

"Kami dalam Tentera Pembebasan Rakyat China dengan tegas akan menumpaskan sebarang pencerobohan musuh asing ke atas wilayah, kedaulatan dan hak maritim dan kepentingan China dengan keazaman yang teguh, tekad yang kuat, keupayaan yang kuat dan cara yang berkesan," katanya.

Washington dan Beijing bertelagah dalam beberapa bulan kebelakangan ini berhubung pendekatan China yang semakin tegas di wilayah maritim yang dipertikaikan, termasuk di Laut China Selatan.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kapal China terbabit dalam beberapa siri konfrontasi berprofil tinggi dengan kapal Filipina di perairan yang dituntut hampir keseluruhannya oleh Beijing, walaupun mahkamah antarabangsa memutuskan bahawa tuntutan itu tidak mempunyai asas undang-undang.

Pada Khamis, Leftenan Jeneral He berkata, penyelesaian kepada ketegangan itu "bergantung kepada Amerika Syarikat."


Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 12-9-2024 05:53 PM
Hancur Hancur

Hancur Hancur

Hancur Ameno

Hujung² cemolot
Quote hujanrindu28 14-9-2024 06:45 PM
macam macam kes
Quote gigahertz 18-9-2024 03:57 PM
China kalau berperang kat lautan 99% menang kat dia.
Quote zorrro_03 18-9-2024 04:37 PM
cainis2 sepi tak berkutik langsung

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.204414 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top