CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Rambut macam kekasih Popeye? Saya tak guna duit anda’ - Intan Najuwa tidak kisah

12-9-2024 07:39 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 38933| Komen: 74|Original author: EJALTI

 

 

Pelakon Datin Intan Najuwa tidak kisah sekiranya netizen mahu menyamakan dirinya dengan watak teman wanita kartun popular, Popeye iaitu Olive susulan muncul dengan imej berambut pendek ketika ini.

Intan atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, berkata, dia enggan ambil pusing perkara tersebut kerana selesa dengan potongan rambut sebegitu.

“Saya tak kisah orang nak cakap imej macam kekasih Popeye, Shrek ke atau macam sesiapa pun.

“Paling penting saya gembira rambut ini tidak kira panjang atau pendek. Saya tak guna duit anda untuk gunting rambut.

“Suami saya suka. Saya tak perlu minta kebenaran anda dan suami,” katanya dalam TikTok.


Katanya, imej tersebut membuatkan dirinya lebih tenang malah tidak mengganggu kehidupan orang lain.

“Biarlah begini, asalkan hati saya tenang dan tak ada hasad dengki.

“Paling penting hidup saya bahagia, mungkin tak pernah kacau orang atau busuk hati dengan orang.

“Mungkin Allah bagi ganjaran dekat saya supaya kekal tenang dan bahagia selalu,” ujarnya.

Dalam masa sama, dia sempat menasihati orang ramai agar menjaga adab dan belajar memberi teguran dengan cara yang betul terhadap individu lain.

“Anda tak kenal seseorang tetapi bercakap mengenai dia, tak elok.

“Perlu belajar mengenai adab dan mungkin kena tahu cara nak tegur orang yang tidak dikenali. Bukan semua orang adalah kawan kita,” ujarnya.

Terdahulu, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu kerap menjadi bahan bualan ramai menerusi pelbagai perkongsiannya dalam Instagram terutama selepas disahkan hamil anak pertama.

Antaranya ialah membeli belah barangan bayi di London dan rutin hariannya yang dimanjakan oleh suami tercinta iaitu, Datuk Ahmad Azraf Azman. 


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Glass_shoes 12-9-2024 06:21 PM
Acik porum ke tu?
Quote Jikookie 12-9-2024 06:50 PM
Kesian dia ni. Gigih nak tunjuk dia ni banyak duit. Gitu la eh kalau baru jadi okb, asyik berlagak nak menunjuk je. Yg old money jgk rilek takde acah2 tayang tu tayang ni
Quote Jikookie 12-9-2024 06:51 PM
Yg pastinya muka dia sebijik macam  gf popeye. Takde beza langsung
Quote tapirbiru 12-9-2024 06:54 PM
Jikookie replied at 12-9-2024 06:50 PM
Kesian dia ni. Gigih nak tunjuk dia ni banyak duit. Gitu la eh kalau baru jadi okb, asyik berlagak n ...

tu la segala benda tayang.. jgn setahun dua je yer .. panjang lg perjalanan idup ni
Quote Barebow77 12-9-2024 06:54 PM
Tintan nie nak tunjuk terpaling datin kan..nampak gelabah nak org tau laki dia terpaling datuk banyak duit..
Quote naina 12-9-2024 07:31 PM
Tak habis2 menjawab pasal duit ko duit anda duit laki. Cehh. Baru merasa kaya dan bahagia ke Noks. Orang lain dah lama rasa relax2 je..malu lagi ada nak menayang. Aku punya bahagia kalau boleh nak share CMNE boleh rasa bahagia tenang tapi biarlah sendiri rasa..sebab masalah dan perjalanan hidup setiap orang tak sama..
Quote naina 12-9-2024 07:32 PM
Tin tan nak gtau..jangan sombong dan kuat menjawab ya..lepastu dia ni nampak vibe bangga diri dan rasa takbur..konon2 dah buat pilihan terbaik Ler tu..ujian tetap ada..semoga ko tabah ujian mendatang..sabar dengan laki tua ko tu
Quote hyie 12-9-2024 08:01 PM
ye kan...dah lama iols perati tapi tak boleh recall macam sapa anyhow, sheols lawa je di mata meols, dan ada class gitu.
Quote emma.giggs 12-9-2024 08:03 PM
naina replied at 12-9-2024 07:32 PM
Tin tan nak gtau..jangan sombong dan kuat menjawab ya..lepastu dia ni nampak vibe bangga diri dan ra ...

Mgkn ada kekurangan dlm marriage dia, menyebabkan dia cover kekurangan dgn kekayaan yg dia dpt. Atau ada seseorang yg pernah menghina dia dulu lalu dia pun saje meriak mcm ni demi nk menunjuk pada org yg menghina dia dulu
Quote Sesuatu… 12-9-2024 08:04 PM
Rilek ah tintan org ckp mcm awek popeye. Kenapa nk melatah
Quote Hoola 12-9-2024 08:41 PM
Edited by Hoola at 12-9-2024 10:18 PM

kami pun xamik pusing hal engko, reta ko, rmbut popeye ko datin oii
kt luar sana ada raaaaamai lg yg kaya dan lbh kaya
tp cara ko tu org mnympah lain maciam tryhard flex jenama,reta
ibratnya omputih kata "our ways that lead to misleading"

xpe truskan tyg apa lg reta, brg2 mewah yg ada dlm lemari tu
no prob yr ig yr money yr style gitu
ig kan medan flex..ye takkk
bak katamu datin "allah bg ganjaran kekal tenang n bahgia sellu " gitewww

walaupun...

-netijem

Quote irvene 12-9-2024 08:47 PM
hahahahaha
Quote noor2 12-9-2024 08:48 PM
Dia ni lawa je...tang mana bini popeyenya...
Quote akies 12-9-2024 08:52 PM
Biar je la dia nk wat fesyen rambut camne pun.
Betul la dia ckp tu.
Sibukk sgt komen rambut org
Quote irvene 12-9-2024 08:57 PM
nahh. gmbr terbaru dkt IG story popeye. ayah kandungnya *datuk*
Quote jambatannetizen 12-9-2024 09:00 PM
emma.giggs replied at 12-9-2024 08:03 PM
Mgkn ada kekurangan dlm marriage dia, menyebabkan dia cover kekurangan dgn kekayaan yg dia dpt. At ...

“ Mgkn ada kekurangan dlm marriage dia, menyebabkan dia cover kekurangan dgn kekayaan yg dia dpt. ” i rasa benda ini.

Sebab dia rupa biasa standard awam je. Bila dia cover kekayaan, dia nampak wow lah.
Quote bottombikini 12-9-2024 09:15 PM
dia baca porem ke weh

1st pic tu baru top up filler kah
Quote miznora 12-9-2024 09:20 PM
Yg suka kutuk2 rupa org mcm bini popai tu cantik beno ke.. Eh ntahla kdg aku pun tak paham

Biasanya yg suka kutuk tu idok le lawa beno. Syukurla dgn nikmat Allah
Quote hasniey 12-9-2024 09:24 PM
Ala rileks ler... biasa la komen2 negative ni.ckp je la suami sy suka sy rmbut pendek.dah.xyah nk ckp guna duit sapa.nak taip panjang2

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.067372 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top