Oleh Izzah Abbasy
Isu #2kerja dilihat menjadi bualan hangat di media sosial selepas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan mengeluarkan pendapat melakukan #2kerja menjadi amalan rakyat di banyak negara lain bagi meningkatkan pendapatan. Namun, ramai netizen berpendapat ia bukanlah suatu yang membantu malah semakin 'memaksa' rakyat mencari pendapatan sendiri sedangkan apa yang patut disediakan kerajaan adalah meringankan beban yang dirasai rakyat. #2kerja memberi gambaran betapa rakyat sangat terdesak untuk mencari pendapatan lebih bagi memenuhi keperluan selain terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga. Sebetulnya, ada yang menyokong dengan pendapat Ahmad Maslan namun pada ketika kerajaan sendiri yang dilihat menyusahkan rakyat, pendapat tersebut sememangnya tidak relevan dan rata-rata tidak bersetuju kerana ia boleh mengurangkan fokus dan kualiti kerja yang sedia ada. Menurut pendapat Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda dia tidak menyokong cadangan Ahmad Maslan. "Fokus dalam kerja ini sudah jadi 100 peratus. Tidak boleh fikir soal lain, kecuali fikir hendak makan, hendak bayar sewa rumah, hendak hantar anak ke nursery, sekolah, utiliti, hendak bayar sewa kereta.
"Kalau penjawat awam diberi kebebasan serupa, macam mana kekuatan kerajaan kalau pegawai perkhidmatan awam buat dua kerja untuk sara kehidupan," katanya kepada Astro AWANI.
|
12
Bagus |
6
Marah |
5
Terkejut |
3
Sedih |
11
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
gaara_X replied at 28-12-2015 04:11 PM
Mengikut Perkara 5 (Pekerjaan Luar) Pengenalan Tatatertib Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ...
tipuware replied at 28-12-2015 04:45 PM
kalau 2 kerja pada satu masa yg so far aku tgk kawan2 aku cam dapat balance dan takde la tertekan sa ...
cmf_shalom replied at 29-12-2015 09:38 AM
Antara kelemahan ketara Najib adalah tidak mampu untuk mengawal jemaah menterinya daripada mengeluar ...
ultra78 replied at 29-12-2015 10:14 AM
Maslan ni ingat dia masih pegang jawatan lama. Memang caca merba sungguh.
ADVERTISEMENT