CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pertambahan bayaran khas bukti kesungguhan Persekutuan penuhi tanggungjawab kepada Sabah, Sarawak

13-9-2024 08:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 30392| Komen: 2

 


KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menyifatkan peningkatan bayaran khas kepada Sabah dan Sarawak mulai tahun depan sebagai menunjukkan kesungguhan kerajaan Persekutuan memenuhi tanggungjawabnya.

Malah Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata pertambahan RM300 juta itu juga satu pengiktirafan terhadap keperluan pembangunan di kedua-dua negeri berkenaan.

Katanya, bayaran khas berjumlah RM600 juta itu penting sementara menunggu penyelesaian 40 peratus hasil Sabah yang dituntut negeri ini.

"Sabah mengalu-alukan pembayaran khas interim sebanyak RM600 juta ini sementara menunggu penyelesaian hasil 40 peratus Sabah.

"Ini adalah pengiktirafan terhadap keperluan pembangunan Sabah dan kesungguhan kerajaan Persekutuan dalam memenuhi tanggungjawabnya kepada negeri," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Jumlah baharu pembayaran khas interim itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikannya, di sini, petang tadi.


Hajiji dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof turut hadir pada mesyuarat berkenaan.

Ketua Menteri turut menyatakan penghargaan kerajaan negeri terhadap isu di bawah MA63 yang sudah diselesaikan termasuk penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik dan tenaga boleh kepada Sabah pada awal tahun ini.

Bagaimanapun, beliau berharap perkara lain yang belum dipersetujui dapat diselesaikan secepat mungkin.

"Saya berharap semua isu yang belum diselesaikan akan terus diusahakan dan dilaksanakan untuk kebaikan kedua-dua pihak," katanya.

Sumber  - Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lostnfaun 13-9-2024 08:33 AM
Terengganu juga yg kesian, dah banyak kali minta masih tak dapat².
Quote hujanrindu28 14-9-2024 06:26 PM
buat la apa yg terbaik utk negara, sama adil

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.027400 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top