CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri fail cerai selepas 40 hari kahwin sebab suami mandi sekali sebulan

18-9-2024 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15289| Komen: 26



NEW DELHI  –  Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India, lapor portal berita Hindustan Times semalam.

Menurut portal berita India Today, lelaki itu hanya mandi sekali atau dua kali sebulan.

Ini menyebabkan dia mengalami masalah bau badan yang tidak dapat diterima oleh isterinya. 

Selama 40 hari selepas berkahwin, wanita itu memutuskan untuk bercerai dengan suaminya.

Keluarga wanita itu memfailkan aduan gangguan perkahwinan dengan polis dan memohon perceraian, kata seorang kaunselor pusat keluarga. 

Si isteri  pulang ke rumah ibu bapa berikutan pertengkaran dengan suaminya. 

Si suami akhirnya mengalah dan bersetuju untuk memperbaiki kebersihan diri. 

Wanita itu bagaimanapun tidak mahu lagi hidup bersama lelaki tersebut, demikian menurut India Today. – AGENSI



Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perils 18-9-2024 11:07 AM
Aikkk sblm kawen xde bau ke
Quote reenz013 18-9-2024 11:27 AM
bau tengik
Quote kemaruk 18-9-2024 11:39 AM
bau tu sudah menjadi personaliti bagi suami nya kot

kalau mandi, maka hilanglah personaliti beliau
Quote lolipopmanish 18-9-2024 11:44 AM
Dah la panas sana boleh pulak tak nak mandi

Yucks!
Quote eragon 18-9-2024 11:46 AM
Suaminya belum mandi tak tun tuang tak tun tuang
Quote Jikookie 18-9-2024 11:47 AM
Jodoh aturan keluarga ke? Takkan la masa bercinta tu tak perasan ada bau

Gila pengotor org yg tak suka mandi ni. Nak plk cuaca panas
Quote chinta89 18-9-2024 11:54 AM
mandi dua kali sehari pun rasa x cukup apetah lagi dua kali sebulannn
Quote AJENALI 18-9-2024 12:02 PM
I terbayang indian2 kat IG y beli makanan kat jalan2 tu plus, penjual food street sekali y kuku hitam n panjang
Quote Supersirap 18-9-2024 01:43 PM
tidak boleh bayangkan betapa tajamnya bau badan suaminya itu
Quote seri_mawr 18-9-2024 02:13 PM
mandi pun ketiak hangit...apa tah lagi yang x mandi....
Quote IzzahF 18-9-2024 02:34 PM
sehari tak mandi pun dah kepam. kalo 40 hari mau bau longkang
Quote Prickford 18-9-2024 04:07 PM
Dah lah negara Asia panas rembang. Pastu spesis kuat makan rempah, berak bersepah. Lagi takmau mandi.
Quote yebit157 18-9-2024 04:46 PM
Tak melekit ke rasa badan. aneh aneh je
Quote mrs.uzair 18-9-2024 04:53 PM
Okay la tu, ex husband iols sebulan blm tentu dia mandi, lol
Quote Firenzza 18-9-2024 04:58 PM
Bangla yg keja sini pun bau tengik kepam semacam, jarak 3 meter dh ttup hidung bila group depa lalu
Quote hokeypokey 18-9-2024 06:18 PM
perhh bau tengik bau kari bau bawang gila ko kalau aku pun larikkk
Quote dua_chzy 18-9-2024 06:25 PM
# Solidariti bersama acik.
Quote orangbiasaje 18-9-2024 07:08 PM
Perils: Aikkk sblm kawen xde bau ke


Kahwin arrange kot sis. Sana byk cmtu, kalau tak memang membujang sampai ke mati laki2 nya.

time matchmakig lak, kebetulan haritu dia mandi [em:3:]
Quote shernazz 18-9-2024 10:22 PM
Busuk kohong la wei
eueww....euwvewvwvwbvwvwweewwossas

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.044199 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top