Pelakon A Galak, dilaporkan masih berada dalam keadaan okey, walaupun sudah lama tidak aktif berlakon. Menurut pengarah dan penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam, A Galak sudah menghampiri usia 84 tahun. Oleh sebab itu, dia akan berlakon sekiranya ada tawaran saja. "Ini gambar 2019, masa Galak kena ‘minor stroke’ (serangan angin ahmar ringan). Sekarang dia dah okay. Tapi, dia juga sudah tidak bekerja lagi." "Badan dia (A Galak) pun dah kurus sangat sejak diserang angin ahmar ringan itu, lima tahun lalu." "Sekarang, kalau Galak berlakon pun jika ada tawaran saja. Usia dia pun hampir 84 tahun. Apapun, dia masih mendapat gaji bulanan sepanjang hayat daripada Skop Productions." "Ia (pemberian gaji bulanan) dibuat sebagai menghargai jasanya,” katanya memberitahu A Galak terlalu banyak berjasa dengan Skop Productions sejak dari awal penubuhan produksi itu."
Terdahulu, A Galak pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 27 Mei 2019 selepas diserang angin ahmar, namun kini dia di dalam keadaan baik. Sumber: OhBulan |
I.K.A888990 replied at 18-9-2024 01:24 PM
mmg betul2 tok ni hargai pelakon2 under dia kan
I.K.A888990 replied at 18-9-2024 01:24 PM
mmg betul2 tok ni hargai pelakon2 under dia kan
izat123 replied at 18-9-2024 01:32 PM
A Galak ni dah tahap family dah kot dengan dia. Dari awal skop tu dia ada dengan Tok Usop. Bagusla ...
Sendawg replied at 18-9-2024 01:38 PM
Mmg Tok Selam make sure staf dibayar, walaupun takde job. Cuma perangai2 certain staf la mcm haram ...
azimodin replied at 18-9-2024 01:37 PM
Bagus lah. Masa sekolah dulu iouls gigih juga tengok gerak khas, semata2 sebab nak tengok sarjen mi ...
I.K.A888990 replied at 18-9-2024 01:41 PM
staff perangai hauk mcm tu patut diketuk ja kepala
syukur la dpt bos jenis mcm tokselam ni
ADVERTISEMENT