CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lufya Omar Nekad Tuntut Mutaah RM 1 Juta, Kali Terakhir Bekas Suami Bagi Nafkah Anak Empat Tahun Lepas?

18-9-2024 01:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 21453| Komen: 133


 


Pelakon Lufya Omar memberitahu dia nekad menuntut mutaah daripada Dr Che Hafiz kerana bekas suaminya itu culas memberikan nafkah kepada anak mereka, Laana Haura.

Lufya atau nama lengkapnya Lutfyah Sheikh Omar, 39, berkata, bekas suami enggan memberikan kerjasama berhubung nafkah walaupun pernah di ajak berbincang secara baik di luar mahkamah.

 

"Mutaah ini saya tuntut setelah perbincangan banyak kali dan kerjasama dari pihak sana (bekas suami) gagal memberikan nafkah anak dengan jumlah yang sewajarnya."

"Janji saya pada bekas suami jika bayar nafkah anak dan berikan kasih sayang serta perhatian, saya tidak akan tuntut apa-apa."


"Namun jika sebaliknya, saya akan tuntut hak. Tapi degil, kita teruskan juga saman."

Lufya berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.

Menerusi hantaran sama, Lufya turut menunjukkan bukti transaksi nafkah yang diberikan Che Hafiz pada kali terakhir adalah empat tahun lalu.

Dalam pada itu, Lufya turut mengulas mengenai kenyataannya berhubung tuntutan mutaah yang dibuat sebagai simpanan untuk anak melanjutkan pelajaran kelak.

"Cerita anak saya jadi doktor ini keluar sebab saya mahu sediakan duit pendidikan untuk anak dari sekarang.

"Bukan sedikit kos untuk belajar kedoktoran. Adik saya seorang doktor pakar, jadi tahu kosnya besar. Saya niatkan hak mutaah saya untuk anak. Anak amanah yang besar."

 
Terdahulu, Lufya menuntut mutaah berjumlah RM1 juta daripada Che Hafiz dan kes tersebut masih dalam proses perbicaraan mahkamah.

Imbas kembali, Lufya dan Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada November 2016, namun berpisah pada Jun 2020.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang puteri bernama Laana Haura yang kini berusia tujuh tahun.

Sumber: OhBulan


 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anilanil 18-9-2024 01:34 PM
Acik ketibas ni takde calon suami baru ke? Takde drama/single baru ke? Tak abis2 dgn citer ex laki doktor.
Quote emera 18-9-2024 01:42 PM
ada sworg janda tu mesti memerhati gerak langkahmu sbb nnt dia boleh follow.. mana tau khennnn
Quote I.K.A888990 18-9-2024 01:45 PM
lah ingatkan dah senyap tu kiranya settle ka apa
rupanya....
Quote dua_chzy 18-9-2024 01:47 PM
Sorang je anak pun takleh tanggung. Bodoh punya bapak.
Quote dua_chzy 18-9-2024 01:48 PM
Bagi je la 500-1k sebulan. Tu pun susah sangat ka?
Quote edayildiz 18-9-2024 01:49 PM
ingt dh berbaik xde mslh dh ayah dan ank..mak tu lantak je la kn
Quote edayildiz 18-9-2024 01:50 PM
doc ni kedekut ke apa..pelik la..doc kot..
btw kan nape la laki ni punya posing dlm setiap gmbr dia pelik dan mengundang
Quote L.U.S.M 18-9-2024 02:00 PM
Dulu masa kawen ala2 barbie kent bagai
Dh gaduh hujung2 semua aib terbuka
Mesti 2-2 menyesal jumpa dulu
Klu tahu cmni ending dia.hehehe
Quote MisXoXo 18-9-2024 02:03 PM
Bapaknya pun setan sgt.bg ajalahhh anak ko duit bulanan..jaahanam punya bapa.ex wife ko lantakkan ajalah .tu anak ko dr hafiz gilerr
Quote MisXoXo 18-9-2024 02:04 PM
Bapanya kuat belanja..acah2 beli mahal2..dia asal keje dr gomen mana lah mampu nya..bkn ank org kaya 7keturunan kot nk bermewah2.dr ni sama poyo..ketukkan juga kang.
Quote airmineral 18-9-2024 02:13 PM
Bapa budak ni mmg tak peduli anak ke?
Quote 3chanceno 18-9-2024 02:14 PM
4 tahun tak kasi nafkah kat anak? Kira jumpa anak pun idok lah ya?  Heran heran, tak de rasa bersalah ke culas bagi nafkah?
Quote mrsLucky 18-9-2024 02:16 PM
Doctor gaji banyak kedekut nak bagi nafkah...apa punya bapa...kasian anak comel ni
Quote primarikey 18-9-2024 02:33 PM
Ni la lelaki
Klu dh kawin baru nafkah ank buat2 lupa
Memg patut pn lufya ni bbunyi
Dh 4 taun x bg nafkah ank
Kira dh 4 taun jgk la lufya ni tanggung ank sorg2 kn
Quote selipar_hijau 18-9-2024 02:36 PM
Tudia sampai 1 juta dimintak nya
Quote sweetfasha 18-9-2024 02:43 PM
nama je doktor, dengan anak sendiri pun kedeks..
Quote jalfa 18-9-2024 02:57 PM
Takkan belum ada persetujuan berapa sebulan kena bayar.kenapa tunggu 4 tahun..patutnya kalo dah ada perintah dr court  kalo culas lupyah boleh sumbat che apiz masuk lokap..tak pelah nanti dia kena  bayar segedebuk sebagai tunggakan nanti
Quote AWEKSAMURAI 18-9-2024 03:00 PM
edayildiz replied at 18-9-2024 01:50 PM
doc ni kedekut ke apa..pelik la..doc kot..
btw kan nape la laki ni punya posing dlm setiap gmbr dia  ...

Ex husband dia ni mmg doctor tp aku dgr bukan doctor berpangkat pun biasa2 je bru lepas jd doctor pelatih ke hape tah ..gaji xde lah 30k sbulan ke hape. Biasa lah doctor bru nk up ada lah kot 5k 6k je ..la ni 5k 6k ni dh jatuh letegori b40 hahaha
Quote prettyuglybabe 18-9-2024 03:11 PM
nak dengar cerita belah bapaknya pulak..

Lihat semua komen(133)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.052664 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top