Isteri kepada Dai Syed iaitu Hana Ismail mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan dan memberi kekuatan untuk dia sekeluarga selepas apa yang berlaku. Menerusi perkongsian di Insta Story, Hana berkata doa yang baik-baik diterima itu bukanlah bermakna dirinya layak tetapi kerana tingginya akhlak serta ihsan mereka yang mendoakan. “Terima kasih semua yang mendoakan dan memberi kekuatan untuk kami bukan kerana kami layak tapi kerana tingginya akhlak dan ihsan kalian,” tulisnya. Sementara itu, Hana berkata dia masih lagi menjalani proses berpantang selepas melahirkan anak pertamanya bersama Dai Syed pada 14 Ogos lalu yang diberi nama Sharifah Fatma Nour Jamalullail.
Terdahulu, , Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu. Sumber – Rotikaya |
ADVERTISEMENT