CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Resepi Untuk Penggemar Kuih Sagu!

28-12-2015 06:23 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 8818| Komen: 7

Description: Lebih sedap lagi jika dinikmati dengan air teh 'o' panas
Oleh Izzah Abbasy

Kuih sagu atau kuih biji sagu ini ramai yang meminatinya tetapi tidak tahu nama untuk kuih ini. Kuih yang berwarna merah sirap yang disalut dengan kelapa sedap dihidang pada minum petang bersama insan tersayang.



Lebih sedap lagi jika dinikmati dengan air teh 'o' panas. Fuhh, sangat menyegarkan tekak. Musim sejuk atau hujan ini, bolehlah rajin-rajin buat kuih daripada membeli.  

Berikut, resepi Kuih Sagu khas untuk anda.

Bahan-bahan

500ml air
120g sagu
100g gula putih
¼ sudu teh pati ros
¼ sudu teh pewarna merah
1 sudu besar air berlebihan
1 cawan kelapa parut (bahagian putih sahaja)
¼ sudu teh garam halus



Cara-cara membuat

1. Masukkan air ke dalam periuk ataupun kuali yang bersaiz sederhana sehingga mendidih. Masukkan sagu dan biarkannya masak dengan api yang kecil dan kacau sagu sehingga putih lutsinar selama 10 minit. Tutupkannya dengan penutup periuk dan ketepikannya selama 10 minit.

2. Campurkan pati sirap ros, dan air ke dalam cawan yang kecil.

3. Buka penutup periuk tadi dan masukkan gula sambil mengacau dan panaskannya semula sehingga semua gula larut dengan sebati. Tuangkan campuran pati sirap ros dan kacau. Padamkan api.

4. Bilaskan bekas atau loyang yang jernih (tidak melepasi 20sm) dengan air untuk mengelakkan sagu dari melekat kepada bekasnya. Pindahkan sagu yang sudah siap dimasak ke dalam bekas ini. Ketepikannya untuk disejukkan. Potongkan bentuk mengikut kesukaan anda.

5. Gaulkan kelapa muda yang diparut dan garam di atas pinggan. Golekkan kuih sagu ke atas kuih sagu ini sebelum dihidangkan. - CARI Infonet


Info : http://www.hungrygowhere.my
Foto : iresipi.com dan seripayaku

8

Bagus
9

Marah
14

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote l1a 29-12-2015 12:29 AM
yummy... sesetengah org buat jadi keras skit... nnt lia nak try jugaklah... slalu beli je... thanks 4 sharing
Quote khairulazuan 29-12-2015 10:02 AM
sedap wehhh
Quote AGSA 29-12-2015 10:27 AM
slurpp sdap nyee...aku lagi suke panas2 pastu lembik2...
Quote imransulaiman 29-12-2015 12:30 PM
Kuih wajib saya ni kalau bulan puasa... Hehe
Quote devilito2 29-12-2015 03:26 PM
sedapnya .....

Quote ladybird_ 29-12-2015 04:08 PM
samalah..suka makan masa panas-panas tu.. sedap!
Quote cinta_86 24-1-2016 03:13 PM
aku dah try buat...tp terlembik plak...hahaha...aku ske kuih nie...ibu aku slalu wt dlu..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.045630 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top