CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Tidak Terjadi Lafaz Talak Hari Ini, Jodoh Takdir Ilahi’ – Fattah Amin Masih Sayangkan Fazura

25-9-2024 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31841| Komen: 126

 


Pelakon Fattah Amin sekali lagi menegaskan dia masih menyayangi isterinya, aktres Nur Fazura.

Menganggap masih ada sinar untuk menyelamatkan perkahwinan, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, 33, berkata, tiada lafaz talak yang berlaku hari ini.

"Saya memohon orang ramai terus mendoakan yang terbaik. Saya masih berpegang dengan kenyataan saya sebelum ini, masih menyayangi Fazura. Tidak terjadi perkara itu (melafazkan talak) hari ini."

Fattah berkata demikian usai sebutan kes permohonan cerai yang difailkan Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor, pada Rabu.

Tambah pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu, segala ujian yang melanda rumah tangganya sudah ketentuan Ilahi.

"Apa yang terjadi sudah takdir Ilahi. Tiga perkara yang perlu yakin adalah jodoh, ajal dan rezeki.Semua itu Allah sudah atur dan tetapkan bagaimana jalannya."


Dalam pada itu, Fattah memaklumkan dia sempat berjumpa dengan anaknya, Nur Fatima pada Selasa.

"Semalam (Selasa) saya sempat berjumpa Fatima."


Bagaimanapun ketika diminta mengulas mengenai dakwaan berlaku curang dan bilakah kali terakhir menghubungi Fazura, Fattah enggan memberi sebarang komen lanjut.

Terdahulu, mahkamah meminta pasangan selebriti itu untuk menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.

Pada 13 September lalu, Fazura dikatakan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor bagi memfailkan cerai terhadap suami, aktor Fattah Amin.

Bagaimanapun, Fattah memaklumkan terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.

Fattah berkata, dia masih menyayangi Fazura dan menegaskan tiada wanita lain yang menjadi punca keretakan rumah tangga mereka.

Sementara itu, Fazura pula memilih mengunci mulut mengenai perceraian yang difailkan itu.

Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

Sumber :– Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cahayamataku 25-9-2024 11:45 AM
Jennie mana Jennie

Quote habisnamadahni 25-9-2024 11:47 AM
faz hati kering..bagi la peluang kat fattah
Quote alesandra 25-9-2024 11:48 AM
patah nak fight ank dia kaa?
Quote hidet 25-9-2024 11:49 AM
habisnamadahni replied at 25-9-2024 11:47 AM
faz hati kering..bagi la peluang kat fattah

khennnnn.. setiap orang ada buat silap
Quote Manjahati 25-9-2024 11:49 AM
Alhamdulillah..moga yg baik2 aje utk couple ni..muhasabah diri..tgk balik kesilapan masing2
Quote yayarin 25-9-2024 11:52 AM
Semoga yang baik2 aje buat Fattah n Fazura. Aamin
Quote bambimo 25-9-2024 11:54 AM
giler tak sayang..lawoooo kot
pakai baju putih plain pun lawa..xde la cliché nk pkai spek hitam bagai
cmni la try la pujuk gn lebih usaha lagi bam tah  
Quote menciptahuuut13 25-9-2024 11:55 AM
Semoga berbaik semula, buang ego masing²
Quote Shahman86 25-9-2024 11:57 AM
Bercerai ajelah dulu..nnt lps cerai rujuk balik.
Quote Whitney72 25-9-2024 11:58 AM
Alhamdulillah...msh ada sinar...semoga brpanjangan jodohnya...Aamiiiiin
Quote xtinkerbellx 25-9-2024 12:05 PM
Semoga berjodohan semula Amin
Quote NazRysha 25-9-2024 12:11 PM
alesandra replied at 25-9-2024 11:48 AM
patah nak fight ank dia kaa?

sekali fatah file kan hadanah tercirit fakezura
Quote NazRysha 25-9-2024 12:11 PM
muka happy kemain nak cerai
Quote per706 25-9-2024 12:12 PM
Artis yg paling ramai org doakan supaya x cerai n berbaik balik aku rasa....aku pon x kisah sgt artis kawen cerai.tpi these two.mcam kesian pulak..sedih pon ye..ape2 pon semoga Allah satukan hati depa kembali hingga ke jannah...

aku doakan yg terbaik buat keluarga kecil ni..ape yg terbaik buat ibu ayah dan anak,Allah kurniakan kan lah pada depa,dijauhkan dari pandangan dan hasad dengki manusia. Dan dibwah rahmat dn perlindungan Allah...

Aamin allahumma aamin......
Quote Kepot 25-9-2024 12:13 PM
Semoga Allah panjangkan jodoh ikatan perkahwinan fazura dan fattah.
Quote mawarika 25-9-2024 12:13 PM
Aku doakan korang tak jadi cerai. Aminnnnnnnn!!!!
Quote Nnasda53 25-9-2024 12:17 PM
NazRysha replied at 25-9-2024 12:11 PM
sekali fatah file kan hadanah tercirit fakezura

Tak ada tercirit,anak perempuan bawah 9thn mmg keutamaan mahkamah bagi pada si ibu.Bila dia file kan hadanah tugas si faz pula jawab je balik.
Gitu la prosesnya.File sapa2 pun bole file kan.
Tapi pembuktian tu yg penting sekali dlm mahkamah.

Tapi kita doakan je semoga yg baik2 saja utk depa 1family.
Quote alesandra 25-9-2024 12:19 PM
NazRysha replied at 25-9-2024 12:11 PM
sekali fatah file kan hadanah tercirit fakezura

Owh mmg ye ke? x baca pulak tadi.patut la ada forumer komen muka dia kelat.
Quote seri_mawr 25-9-2024 12:19 PM
semoga baik2 untuk keduanya...
bergaduh mcm mana pun usah le keluar rumah...itu akan jadi bertambah buruk...

bergaduh periuk belanga terbang pun..balik rumah... tidur je sekatil..walaupun rasa nak muntah tgk muka pasangan.... (selagi bukan issue nya pasanagn pi tidur dgn org lain laaa.)
syaitan seronok kot laki bini bergaduh.....

Lihat semua komen(126)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.042483 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top