CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiada ‘u-turn’, Fazura nekad mahu cerai demi maruah, Fatima

25-9-2024 02:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 94329| Komen: 720

 


Pelakon Nur Fazura nekad mahu bercerai dengan suaminya, Fattah Amin demi maruah serta kesejahteraan hidup bersama anak, Nur Fatima Aisya.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, memohon orang ramai mendoakan proses perceraiannya berjalan lancar.

“Pada hari ini, Faz (Fazura) kekal nekad untuk meneruskan keputusan sebelum ini demi maruah sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz.

“Mohon doakan Faz dapat menyempurnakan proses ini dengan baik dan lancar.

“Terima kasih sekali lagi diatas semua kata-kata semangat, sokongan dan doa untuk Fatima serta Faz sekeluarga,” katanya dalam hantaran Instagram.

Menerusi perkongsian sama, Nur Fazura menyertakan foto hitam putih dirinya memeluk Fatima.

Perkongsian itu dibuat hanya beberapa jam selepas penyanyi juga ahli perniagaan itu hadir bagi sebutan kes permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, hari ini.


Pelakon filem Gol & Gincu itu turut menitipkan ucapan penghargaan buat mereka yang tidak putus memberikan kata-kata semangat.

Ujar Fazura lagi, dia mengambil keputusan tersebut selepas mempertimbangkan masa depannya bersama Fatima.

“Pertama sekali, Faz ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, doa yang baik, kata-kata semangat serta bunga dan tanda hati kepada Faz sejak lebih seminggu lalu.

“Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi kepada semua.

“Keputusan yang telah Faz buat pada 13 September lalu bukanlah sesuatu yang diambil dengan ringan tanpa sebarang pertimbangan dan refleksi yang mendalam tentang masa hadapan Fatima dan Faz,” ujarnya.


Terdahulu, Fattah, 33, dalam sebutan kes permohonan cerai di mahkamah hari ini tidak bersetuju untuk melepaskan isterinya selain mengakui masih menyayangi wanita itu.

Mahkamah kemudian menangguhkan kes perceraian pasangan selebriti terbabit ke tarikh baharu iaitu pada 7 Oktober ini.

Isu keretakan rumah tangga mereka menjadi topik hangat dalam media sosial apabila dikatakan tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran dalam akaun masing-masing.

Selepas itu, pada 13 September lalu, Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dengan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rogue98 25-9-2024 02:57 PM
Mmg nampak dah berkedut ...kat IG bukan main flawless...
Mmg itu yang Fazura takutkan agaknye...
Boleh tengok sebab itu jugak lah jah peach pakai purdah bila nak kahwin dgn suami muda dia yg lembam tu.
Quote noor2 25-9-2024 02:58 PM
Maruah apa tu...teruk sgt ke fatah buat..
Quote smudger01 25-9-2024 03:03 PM
Rogue98 replied at 25-9-2024 02:57 PM
Mmg nampak dah berkedut ...kat IG bukan main flawless...
Mmg itu yang Fazura takutkan agaknye...
B ...

Hari tu bkn ke u tuduh dia nak get back dgn fattah sbb takut 'dark secrets' dia org tau?
Quote Rogue98 25-9-2024 03:12 PM
smudger01 replied at 25-9-2024 03:03 PM
Hari tu bkn ke u tuduh dia nak get back dgn fattah sbb takut 'dark secrets' dia org tau?

Itukan dah lama..sedangkan citer Fattah curang pun dia boleh biarkan sebulan...tiber2 baru skrg nak saman..padahal citer curang dari side dia jugak. Aku ada kata dia ni tak boleh jadi director or script writer drama arahan dia jadi messy.
Quote Kekunci_Hitam 25-9-2024 03:12 PM
apa yang bamtah dah buat sampai fazura buat ayat mcm tu? demi maruah dan fatima..  adeyhhhh
Quote Miawlover 25-9-2024 03:13 PM
Demi maruah? Semoga dipermudahkan urusan mereka.
Quote Nnasda53 25-9-2024 03:19 PM
Harap yg baik2 sahaja buat family 3F ni.
Quote PumpkinSpice777 25-9-2024 03:26 PM
sedih la camni tgk dorang. dulu2 sweet kapel, skrg nengok faz betol2 dah tawar hati.
adakah sebab fatah suka diam membisu bila jadi apa2 gossip pasal theyols. kita as perempuan mesti la nak di defend oleh pasangan.
walaupon mulut duk ratip sayang cinta, tp action takde, susah jugak.
ni me ols punya pov je.

apa2 pon semoga Allah mudahkan urusan yg terbaik untuk kapel ni.
Quote BungaKencana 25-9-2024 03:28 PM
Ujar Fazura lagi, dia mengambil keputusan tersebut selepas mempertimbangkan masa depannya bersama Fatima.

bamtah ahli GISB ke..
Quote MeowPARSI 25-9-2024 03:28 PM
Demi maruah Faz sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz

Cuba faham kan,, jgn salah pemahaman
Quote stingerbumpy 25-9-2024 03:31 PM
noor2 replied at 25-9-2024 02:58 PM
Maruah apa tu...teruk sgt ke fatah buat..

[youtube]alyZb2RyooY?si=HYujK106uC9XY4Xj[/youtube]

Maruah yg ini kot?

Diletak tangan ke bahu oleh abam botak?
Quote stingerbumpy 25-9-2024 03:34 PM
PumpkinSpice777 replied at 25-9-2024 03:26 PM
sedih la camni tgk dorang. dulu2 sweet kapel, skrg nengok faz betol2 dah tawar hati.
adakah sebab fa ...

Ko diangkat dari lembah level apa(your past) utk nak sebut maruah?agak agak ler...bukan nak sebut maruah lo 100% intact kheunz waktu disunting? Skg pulak nak sebut pasal maruah?


Quote DianaSaksen 25-9-2024 03:37 PM
Aku cuma nak cakap menyampah dekat bodyguard pajura belakang dia tu..
Busybody sibuk Hal tuan sendiri
Quote leherjinjang 25-9-2024 03:39 PM
Sekejap tadi si laki taknak cerai masih sayang si bini. Ni pulak bini nekad nak bercerai. Apa niii drama betul.

Baidwei, menyampah dgn BG dia. Motif nak berbodyguard bagai mcm lah kau jutawan ke yb ke or anak somebadi. Lain lah nowa denis ke. Kahwin dgn patamin je kot jura oi
Quote aemon 25-9-2024 03:39 PM
Dah bertahun timah kena kecam masa baby dulu.baru sekarang wake up call?
Quote kakikuDibibirmu 25-9-2024 03:40 PM
Ada maruah lagi ke missfake ni?
Quote Neno90 25-9-2024 03:42 PM
Sian kt anak
Quote Piramida 25-9-2024 03:42 PM
Nak buat mcmana kan... Kalau dha xde sefahaman... 1 pihak dah x nak... Cerai jln terbaik... So hadap lah.
Quote hungryhenry 25-9-2024 03:42 PM
Teruk sgt me bamtah ni

Lihat semua komen(720)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.400880 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top