KUALA LUMPUR: Kaedah perniagaan rangkaian GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dimudahcara dengan pegangan Aurad Muhammadiah versi mereka sendiri berdasarkan dapatan siasatan terkini Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata pegangan rangkaian itu adalah berlandaskan ketaksuban dan mendewakan pemimpin sehingga memutarbelitkan ajaran Islam sebenar. "Proses ini mirip seperti indoktrinisasi yang mana menjadi nilai kehidupan yang dipercayai dan dianuti sepenuh hati oleh pengikut-pengikutnya. "Doktrin ini sangat berbahaya kepada keselamatan negara, khususnya ajaran agama Islam di negara ini dan kebajikan serta masa depan bergantung sepenuhnya kepada pemimpin-pemimpin mereka sahaja," katanya kepada BH hari ini. Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, PDRM mendapati rangkaian GISBH tidak pernah membayar cukai berkaitan perniagaan mereka.
Razarudin berkata, maklumat itu diperoleh berdasarkan kolaborasi antara PDRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). "GISBH tidak pernah membayar cukai yang berkaitan dan maklumat itu adalah selari dengan siasatan PDRM yang dijalankan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967," katanya. Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut sejak bila dan jumlah kutipan cukai gagal dijelaskan oleh GISBH. Sumber – Berita Harian |
tenggiripink: Makin hari makin banyak yg ter exposed ye seram dgn tahap ketaksuban pengikut deme ni
ADVERTISEMENT