CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Musa Hitam dilantik Menteri Darjah (Chancellor) - PMO

25-9-2024 11:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 29689| Komen: 25

 


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan pelantikan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam sebagai Menteri Darjah (Chancellor) yang baharu bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia.

Pejabat Perdana Menteri melalui kenyataan memaklumkan, pelantikan Musa adalah untuk tempoh tiga tahun mulai 13 September lalu hingga 12 September 2027.

"Pelantikan ini selari dengan keperluan yang dinyatakan di dalam Statut Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia, bagi memastikan urusan menandatangani watikah-watikah kurniaan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota di bawah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan berjalan lancar," menurut kenyataan itu.

Untuk makluman, jawatan Menteri Darjah itu bukan berstatus menteri.

Setiap darjah kebesaran, pingat dan bintang ada watikah. Setiap watikah perlu ditandatangani oleh dua pihak, iaitu Pendaftar Darjah, Menteri Darjah sebelum ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong.


Tugas Menteri Darjah hanya tandatangan watikah untuk memastikan ketulenan watikah yang dikeluarkan.

Musa memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dari Julai 1981 sehingga Mac 1986.

Beliau juga pernah menjadi Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pengerusi Sesi ke-51 dan ke-52 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB dan Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Dunia.

Pengerusi Emeritus United Malayan Land Bhd itu juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Sime Darby Berhad dan Kumpulan Guthrie.

Sumber – Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote star_karat 25-9-2024 11:35 PM
Kerja mcm2 garuk2 buah jer...ni kira mcm kerja part time ker?
Quote begg 26-9-2024 12:35 AM
Ni blog cerita anak dia, Carlos mati kat Highland Towers:

1000022238.jpg

http://theearlymalaydoctors.blog ... 04_archive.html?m=1
Quote MissYouSayang 26-9-2024 12:47 AM
Tak ambil gaji mcm BT juga ke
Quote Azharitubunga 26-9-2024 02:13 AM
Ketua darjah ke acaner ni kira kiranya?
Quote AbukRokok 26-9-2024 04:40 AM
darjah berapa
Quote alesandra 26-9-2024 05:02 AM
begg replied at 26-9-2024 12:35 AM
Ni blog cerita anak dia, Carlos mati kat Highland Towers:



Dulu2 beriya la org kata isteri carlos ni pembaca berita tv3..rozina abu bakar.sah2la bukan ni.rosina bakar rupanya
Quote kucingitam 26-9-2024 09:02 AM
Gambar baru ke tu? apsal macam dulu2 juga muka dia..muda sentiasa..
Quote supernaturalee 26-9-2024 09:38 AM
kucingitam replied at 26-9-2024 09:02 AM
Gambar baru ke tu? apsal macam dulu2 juga muka dia..muda sentiasa..

gmbr lama tu
dlm artikel ni nmpk mcm nk uzur je

https://www.sinarharian.com.my/a ... nteri-darjah-baharu
Quote Tinot7 26-9-2024 09:59 AM
begg replied at 26-9-2024 12:35 AM
Ni blog cerita anak dia, Carlos mati kat Highland Towers:



Anak dia Marissa yg terselamat yach?
Quote melekaifc 26-9-2024 10:00 AM
berasap la kepala madet musa itang masuk kerajaan balik
Quote kucingitam 26-9-2024 10:43 AM
supernaturalee replied at 26-9-2024 09:38 AM
gmbr lama tu
dlm artikel ni nmpk mcm nk uzur je

oh.. still nampak sihat kalau nak banding dgn tun daim..ke tun daim lagi bnyk umurnya dr ts musa ni eh.
Quote kaseh80 26-9-2024 10:43 AM
Class Monitor ke ????
Quote ifanonline 26-9-2024 10:45 AM
Musa Hitam dalam Bahasa Inggeris adalah Moses Black
Quote akido_kido 26-9-2024 11:33 AM
Macam2 ya pangkat tak pernah dengar dalam gomen
Quote akido_kido 26-9-2024 11:33 AM
ifanonline replied at 26-9-2024 10:45 AM
Musa Hitam dalam Bahasa Inggeris adalah Moses Black

Quote AbukRokok 26-9-2024 11:43 AM
ifanonline replied at 26-9-2024 10:45 AM
Musa Hitam dalam Bahasa Inggeris adalah Moses Black

Black Moses tapi nanti Yahudi Marah
kalau Black Jesus xpe
Quote fanaz82 26-9-2024 03:38 PM
tahniah. kuat lagi ke nak keje. jgn asyik MC je nnti
Quote neo_5050 26-9-2024 03:51 PM
fanaz82 replied at 26-9-2024 03:38 PM
tahniah. kuat lagi ke nak keje. jgn asyik MC je nnti

Dia energetic lagi. Gardening pun kadang-kadang dia buat sendiri. Tu yang last year terjatuh masa gardening tu, terhentak kepala sikit.
Quote bottombikini 26-9-2024 03:55 PM
hidup lagi

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.035216 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top