Difahamkan dari kenyataan bekas isteri, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar, selepas mereka bercerai pada 5 September, pengarah itu menuntut beberapa perkara dan antaranya adalah meminta semula harta yang sudah diberi sebelum ini. Menurut peguam yang mewakili Ira iaitu Mohammad Fadhil Abdul Razak, pihaknya tidak bersetuju dengan tuntutan yang dibuat oleh Syamsul, memandangkan barangan itu diberi ketika mereka masih berstatus suami isteri. "Kami bukan tidak mahu bersetuju, tetapi dari segi hukum syarak sudah dinyatakan bahawa apa yang sudah diberikan, tidak akan dipulangkan semula." Apabila ditanya barangan apakah yang diminta semula, Ira dan Fadhil enggan menyatakan butiran lanjut. Sumber – Oh Bulan |
orkid_amani replied at 26-9-2024 01:27 AM
Selain kereta apa ja harta yg Sol bg kat IK? Rumah pun rasanya menyewa kn..xkan nk mintak balik cinc ...
ADVERTISEMENT