Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas ahli politik yang keberatan untuk mengisytiharkan harta. Menekankan kepentingan ketelusan dalam tadbir urus, Anwar mempersoalkan keengganan mereka untuk berbuat demikian. “Kalau kamu tidak salah, apa takut isytihar harta?” soal Anwar tanpa menyebut sebarang nama secara khusus. Dia membangkitkan perkara itu ketika berucap di sebuah majlis di Bukit Jalil, di mana dia menyentuh usaha kerajaan sekarang memerangi rasuah dan salah urus kewangan. Anwar berkata ahli politik, terutama yang memegang jawatan tinggi seperti perdana menteri dan menteri kewangan, perlu dipertanggungjawabkan dengan standard yang lebih tinggi. “apabila kita suruh isytihar harta, (mereka) marah, dendam. Apa dendam?” soalnya lagi. Anwar turut menyuarakan komitmennya terhadap ketelusan dan berkata dia tiada masalah untuk mengisytiharkan harta sekali lagi jika perlu. “Kalau esok saya diminta untuk isytihar harta sekali lagi, saya (akan) isytihar. Koreklah sedalam mana pun. Barulah kita boleh jadi pemimpin dan jadi contoh,” katanya lagi. Sebelum ini, PN sebulat suara menolak memorandum persefahaman (MOU) berhubung peruntukan untuk wakil rakyatnya yang dirangka kerajaan. MOU itu antara lain mensyaratkan ahli Parlimen mengisytiharkan harta mereka. Ketua Whip Takiyuddin Hassan menggesa MOU baru dirangka, mendakwa draf sekarang tidak mengambil kira pandangan mereka. Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof yang mewakili kerajaan dalam rundingan dengan PN berkata, kerajaan untuk merangka MOU baru dan berkata draf sedia ada boleh menjadi asas perbincangan. Anwar menegaskan rasuah kekal sebagai isu besar, dengan ahli politik sering menggunakan kaum dan agama untuk menutup kesalahan mereka. “...Orang kadang-kadang bicara soal Melayu atau agama dan Islam, tapi sebenarnya merompak hasil kekayaan negara. “Negara mana boleh maju kalau ada tiris, dan tirisnya bukan sedikit tapi ratus juta, bilion ringgit,” katanya lagi, sambil menambah tata kelola yang baik juga dapat mengangkat darjat Islam.
Sumber : Malaysiakini
|
xy_daen replied at 26-9-2024 07:55 PM
MP kerajaan semua dah istihar harta ke?
tungkai replied at 26-9-2024 09:21 PM
Takde akta digubal utk perisytiharan harta hanya sukarela. Kalau declare pun sekadar wayang. Jadi ...
ADVERTISEMENT