CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Menjengkelkan, jadilah hos yang beradab, berhemah dan beretika’ – Netizen serang IG Jihan Muse

29-9-2024 10:31 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 32279| Komen: 30

 


Gara-gara hantaran dibuat Elly Mazlein tentang gaya pengacaraan Jihan Muse yang dikatakan suka menyindir dan menggunakan nama bapa, netizen telah menyerang Instagram Jihan Muse.

Menerusi tinjauan Kosmo! Online dalam Instagram Jihan, netizen dilihat meninggalkan kata-kata pedas buat pengacara program The Chosen One musim kedua itu.

Rata-rata netizen menzahirkan berkata naib juara Raja Lawak musim ketiga itu tidak seharusnya bersikap sinikal sewaktu mengacara.

“Sangat membosankan dan menjengkelkan anda jadi hos. Tak habis-habis nak perli Haziq sebagai orang baru Astro. Dan kenapa nak perli Kak Lina (Elly Mazlein).

“Rancangan ini kebanyakannya ditonton kanak-kanak dan ibu bapa. Maka jadilah hos yang beradab, berhemah dan beretika. Hos yang tidak memerli orang lain dan menjadikan orang lain sebagai bahan lawak,” komen salah seorang netizen.


“Jadi pengacara memang kena banyak belajar. Ini tak habis-habis cari benda nak ‘membahan’ orang.

“Penuhkan ilmu di dada, nampak cerdik bila berkata-kata. Sejak perli memerli, maaf Jihan saya dah tak tengok rancangan yang ada anda,” demikian antara komen netizen.

Terdahulu, semalam Elly Mazlein telah menyelar tindakan Jihan yang dikatakan cuba menyindirnya.

Dalam hantaran yang dimuat naik menerusi Instastory, Elly berkata semoga dia tidak menjadi pengacara yang suka memerli orang lain dan menjadikan fizikal serta nama bapa sebagai bahan lawak.

Elly juga sempat meninggalkan pesan buat pengacara Haziq Husni agar melakukan yang terbaik sebagai pengacara The Chosen One.  

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manop 29-9-2024 11:03 PM
ikut perangai nabil ke dikk
Quote suri33 29-9-2024 11:27 PM
Itu je la pusing2 modalnya.
Quote annadonna 30-9-2024 12:46 AM
Sepitsiput pun nampak mencurah api dalam minyak kat IG kepom mengata jihan terang terang padahal kepom cakap pasal benda lain
Quote airmineral 30-9-2024 06:26 AM
Kata cuti sbb nak susukan anak? Da cukup 2 tahun ek dia cuti?
Quote wirazam 30-9-2024 06:44 AM
Benang dah ada..harap momod tutup or merged je...wartawan cari ni x tahu nak search button ke dulu..adoiii
Quote SedihPedih 30-9-2024 07:11 AM
Dah tiba masanya ada lapisan baru host utk replace sek2 ni yg x reti nk kerja bersama elok2.

Begitulah pendapat diriku yg tak pernah tgk semua program2 ni. Kosser...
Quote bioessence 30-9-2024 08:37 AM
Dia ni perangai buruk so bitchy mcm tak berpelajaran sejaj dari meletop lagi. Meletop zaman lofake mmg groom pelawak Dan artis sangkak. Kadang2 rasa menyesal tonton meletop bila jihan or nabil ni mula la nak buat joke perli rakan artis.
Quote aemon 30-9-2024 08:49 AM
mekaplah tebal mcm mana pn..teringiang2 muka lama dia huhu
Quote azimodin 30-9-2024 08:50 AM
I pon x gemar sangat host melebih2 membahan orang. Apatah lagi jenis yg petik2 bapak la, emak la.. sangat annoying.
Quote mrsLucky 30-9-2024 08:52 AM
wah dah cantik Jehan...
Quote BoongaKertas 30-9-2024 08:56 AM
kalau dia kena main fizikal, nama bapa or attack personal, mksdnya dia bukan berbakat lah kan? sbb pengacara pro or pelawak x perlu jdikan org lain as mangsa lawak kot?
Quote imransulaiman 30-9-2024 09:16 AM
Takde maknanya semua serangan tu. Dia ni jenis yang suka delete komen orang.. Ekekeke
Quote noor2 30-9-2024 09:18 AM
X comeila org2 yg suka mekap tebal2 ni...mekap nipis2 jela...lagi lawa muka tu
Quote pocongkiutss 30-9-2024 09:18 AM
Sama level je dia dgn kepom pojaan acik porem..kepom tu sooo cringe tgk
Quote manopBKK 30-9-2024 11:03 AM
Sejak bila Jihan ni ada kualiti? Takat tu je lah yg mampu buat utk buat org ketawa. Koserrr..

Next?
Quote Shayang 30-9-2024 11:21 AM
annadonna replied at 30-9-2024 12:46 AM
Sepitsiput pun nampak mencurah api dalam minyak kat IG kepom mengata jihan terang terang padahal kep ...

Aku mcm nampak dia komen kt ig lain cuba menjadi kaunselor perkahwinan
Quote awenda507 30-9-2024 11:33 AM
kalau dia igt diri dia yg belum renovate dlu, takde dia nk membahan org mcm tak sedar diri.
Quote fattymah 30-9-2024 11:34 AM
Kita jangan jadi batu api... Tu je nak cakap
Quote babelina 30-9-2024 11:52 AM
rancangan apa.. apa yg Jihan bahan tu..

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.031851 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top