Ara Johari berkongsi detik menyentuh hati ketika menjayakan aktiviti Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 di Karnival Jom Heboh di Stadium Negeri Pulau Pinang, di sini. Ara terkejut didatangi seorang peminat remaja perempuan yang menangis teresak-esak di reruai ABPBH 36, semalam. "Sebelum ini, saya dan remaja berusia 13 tahun itu sering berbalas mesej dalam media sosial. "Remaja itu peminat saya dan ini kali pertama kami bertemu. "Disebabkan itu, dia menangis kerana terlampau teruja dapat berjumpa saya. "Apabila dia menangis, hati saya tersentuh dan pada masa sama seronok mengenangkan saya ada peminat seperti dirinya," katanya kepada BH Online.
|
ADVERTISEMENT