Pempengaruh Ryzal Ibrahim meluahkan rasa marah terhadap segelintir pihak yang gemar mereka-reka cerita demi untuk meraih keuntungan dengan pautan bisnes ‘affiliate’. Menerusi Instagram story, Ryzal telah berkongsi tangkap layar yang memaparkan gambarnya dan isteri, Maryam dimuat naik oleh sebuah blog dengan tajuk ‘Maryam Menangis, Rupanya Sudah Setahun Pendam, Ini Yang Berlaku Antara Dia Dan Suami.’ Bagaimanapun, pautan yang diletak bukanlah artikel tersebut sebaliknya barangan dijual di platform bisnes. "Awak nak berniaga Shopee sekali pun jangan sampai fitnah rumah tangga orang sebagai modal untuk tarik pembeli. Sesetengah orang mungkin tak tekan link tu tapi kebanyakan akan baca tajuk dan buat andaian sendiri." Ryzal juga sempat berkongsi potongan hadis tentang mereka yang menyebarkan fitnah dan mengadu domba tidak akan masuk ke syurga. Makin ramai pihak tidak bertanggungjawab menggunakan cara sebegini untuk mendapat keuntungan terutamanya di laman sosial Facebook. Cara mereka, menggunakan gambar selebriti dan menulis tajuk yang ‘clickbait’ melibatkan rumah tangga, karier dan sebagainya. Sumber – Beautifulnara |
Kurex replied at 1-10-2024 07:50 AM
apa perasaan pompuan bila kawen dgn nonoq, gayah / bisex?
prince_marhaen replied at 1-10-2024 09:20 AM
kena tanya schawal, zernie zekrey, eyda bebat, dan ex-ex zra ziya... hahahaha
ADVERTISEMENT