CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peruntukan RM8 juta bina pusat dialisis di Kelantan – PM

1-10-2024 11:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 22219| Komen: 1

 


KOTA BHARU – Kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM8 juta bagi menampung kos projek membina dan menyiapkan sebuah pusat dialisis Yayasan Sultan Kelantan Darul Naim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu disalurkan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan.

Menurutnya, beliau sudah mempersembahkan peruntukan itu kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dalam pertemuan di Istana Negeri, Kubang Kerian, di sini hari ini.

“Kelantan merekodkan penyakit diabetes yang tinggi. Jadi, saya minta rakyat Kelantan kurangkan sedikit gula untuk jauhkan daripada penyakit.

“Penyakit ini (diabetes) sudah menjadi masalah besar di Kelantan, Negeri Sembilan dan Kedah. Semua bersaing untuk dapat lebih banyak (jumlah pesakit diebetes),” katanya semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Peniaga-Peniaga Pasar Besar Siti Khadijah di Medan Selera, Laman Siti Khadijah, di sini hari ini. 



Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 2-10-2024 08:11 AM
alhamdulillah

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.210784 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top