CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Apa yang berlaku antara mereka saya tidak ikut campur’ - Haziq Hussni

2-10-2024 08:12 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8268| Komen: 8

 


Enggan kemelut berpanjangan, pengacara dan penyampai radio Haziq Hussni memilih untuk tidak campur tangan dalam isu yang berlaku di antara rakan artis Elly Mazlein dan Jihan Muse.

Baik dengan semua, Haziq atau nama sebenarnya Muhammad Haziq Irfan Hussni, 34, berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan dua selebriti tersebut dan mahu mereka menyelesaikan sendiri masalah yang berlaku.

“Saya memang ada jumpa mereka berdua. Saya bersembang sahaja macam biasa dengan Elly dan Jihan tapi saya tidak menyentuh apa-apa tentang isu tersebut.

“Sewaktu saya berjumpa dengan Elly dia hanya tanya saya okey atau tidak. Lagi pun instastory yang dibuat pun Elly ada tag saya. Saya pun ada baca juga apa yang berlaku. Saya pun tak tahu nak beri respons yang bagaimana.

“Kita biarkan sahaja pada mereka berdua untuk selesaikan masalah ini,” katanya kepada Kosmo! Online pada sidang media program Borak SeeNI, di sini, hari ini.


Tambah Haziq lagi, dia mahu menutup mulut dan mengelakkan diri daripada memberikan sebarang komen kerana menganggap krisis yang berlaku tiada kaitan dengannya.

“Apa yang berlaku antara mereka saya tidak ikut campur. Pada waktu itu kami (dengan Jihan) hanya mahu memperkenalkan pemuzik. Saya pun menyanyi lagu Mengintai Dari Tirai Kamar.

“Situasi itu berlaku ketika waktu rakaman beberapa minggu lalu. Bagi pihak saya, tidak ada apa yang boleh saya jelaskan kerana bukan saya yang mengeluarkan kenyataan itu tetapi Jihan (kontroversi).

“Jadi saya tak berani nak komen apa-apa untuk pihak mereka (Jihan dan Elly). Saya hanya melakukan kerja saya,” jelasnya.

Paling penting kata bapa kepada dua cahaya mata itu, dia melihat kontroversi yang berlaku ini sebagai pengajaran untuknya yang baharu sahaja disifatkan masih hijau dalam bidang pengacaraan.

“Saya pun masih baru dalam bidang pengacaraan. Saya anggap apa yang berlaku ini sebagai satu pengajaran.

“Sebagai seorang selebriti dan hos, kalau tidak berlaku pada kita pun mungkin ia akan berlaku kepada orang lain.

“Secara peribadi saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan mereka berdua,” katanya.

Sebelum ini, Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 44, secara terbuka menyelar tindakan gandingan pengacara Haziq Hussni dan Jihan Muse ketika mengendalikan rancangan The Chosen One yang disiarkan di saluran Astro Ceria.

Kata pelantun lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, dia berharap individu berkenaan tidak menjadi seorang pengacara yang gemar bercakap tentang orang lain ketika di atas pentas.

Perkongsian berkenaan disertakan klip rakaman dua pengacara itu di atas pentas sama-sama sedang menyanyi lagu Mengintai Dari Tirai Kamar yang pernah dipopularkan oleh Exists sambil Haziq menari.

Jihan kemudian memberitahu perbuatan tersebut sama seperti seseorang yang juga bekerja di Astro tetapi versi wanita.

Meskipun tidak menyebut nama, namun kata-kata itu dianggap ditujukan kepada Elly yang suka menyanyi ketika mengacara sesebuah program.

Bagaimanapun, Elly memberi gambaran dia tidak membuat kenyataan itu kepada Haziq kerana sempat menulis nasihat untuk pengacara berkenaan melakukan yang terbaik selain turut disertakan dengan emoji hati. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makciktijah 2-10-2024 09:39 AM
makcik igt haziq ni anak emas media prima.
Quote MistrezHermanaz 2-10-2024 10:51 AM
makciktijah replied at 2-10-2024 09:39 AM
makcik igt haziq ni anak emas media prima.

itula masuk astrok pulak
Quote supernaturalee 2-10-2024 11:50 AM
makciktijah replied at 2-10-2024 09:39 AM
makcik igt haziq ni anak emas media prima.

sblm kena vss lbh baik blah
nk plk astro offer baek pny

gitu spekuan


Quote makciktijah 2-10-2024 11:54 AM
supernaturalee replied at 2-10-2024 11:50 AM
sblm kena vss lbh baik blah
nk plk astro offer baek pny

makcik igt astro rugi je skrg, dah nak melingkup. rupanya boleh ambik org media prima.

Quote supernaturalee 2-10-2024 11:59 AM
makciktijah replied at 2-10-2024 11:54 AM
makcik igt astro rugi je skrg, dah nak melingkup. rupanya boleh ambik org media prima.

ada yg kena sack kot utk bg slot ke dia


Quote DianaSaksen 2-10-2024 12:01 PM
makciktijah replied at 2-10-2024 03:54 AM
makcik igt astro rugi je skrg, dah nak melingkup. rupanya boleh ambik org media prima.

Takde makna nya lingkup nyah
Aset astro tu banyak
Bayaran CEO dah berapa ribut
Duit banyak bayar lagi tinggi dari media prima
Quote belacan_gurl 2-10-2024 05:21 PM
Yes tak yah masuk campur haziq oiii...sbb pi mai pi mai tang tu gak ..   muka depa Dua nih gak hang dok tgk nanti
Quote Noraniza_Iblis 2-10-2024 05:25 PM
haziq ni makin lame...makin sedap...
dlu kemain gundu...cm pariah

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.199146 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top