CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Gerai Jual Nasi Ayam RM2, Bihun Sup RM1

29-12-2015 03:36 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8892| Komen: 22


Oleh : Dean BZ


Di zaman ini seperti perkara mustahil untuk mencari makanan semurah RM2, namun apa yang menariknya masih ada gerai yang menyediakan menu dengan harga semurah ini.

Foto : SinarHarian


Memetik dari Sinarharian, sebuh gerai makanan Menu Sejahtera di kawasan perindustrian Bandar Darulaman, Jitra, Kedah dikunjungi ramai kerana harga yang sangat murah dan sedap.

Kedudukannya strategik dikelilingi kilang, pusat pengajian tinggi serta sekolah menjadikan gerai itu ‘diserbu’ setiap kali waktu puncak terutamanya tengah hari dan petang.


Hidangan seperti nasi ayam dijual pada harga RM2, laksa (RM1), bihun sup (RM1) serta sirap 50 sen menjadi tarikan utama di gerai yang dimiliki oleh pengusahanya, Mohd Nazeri Hashim, 45.

“Saya jual murah dan amalkan konsep beribadah serta tidak mahu membebankan pelanggan walaupun harga barang sekarang mahal. Bagaimanapun dengan kadar keuntungan minimum serta cukup untuk pusingan modal diharap membantu mereka yang   berpendapatan rendah datang ke sini.

"Di samping itu juga saya mengamalkan konsep ekonomi makro iaitu makanan murah ditawarkan membolehkan pekerja di kawasan itu tidak perlu lagi pulang ke rumah dan hanya menjamu selera di sini. Ini membolehkan kawasan itu akan lebih lebih maju dan pekerja tidak perlu mengambil masa yang lama  untuk pulang ke rumah mereka,” katanya .

Walaupun makanan di kedainya sangat murah tetapi perasa serta bahan perencahnya tetap sama seperti di kedai lain juga., kata pemilik itu. 

“Saya simpati dengan pendapatan yang diperolehi pekerja kilang serta pelajar. Atas dasar itulah saya sanggup mengambil keuntungan yang berpatutan sahaja. Pengalaman sebagai pengurus kilang dan bapa kepada empat anak yang masih bersekolah dapat merasai tekanan yang dihadapi mereka terutama dengan nilai harga barangan sekarang ini," katanya.

Sangat mulia hati pemilik gerai ni, semoga perniagaannya lebih maju dan dimurahkan rezeki melimpah ruah. - CARI Infonet.



15

Bagus
9

Marah
8

Terkejut
7

Sedih
6

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 29-12-2015 03:43 PM
benda ni yg buat akak cilipadisedap sgt kuciwa..... berniaga utk beribadah/derma katanya sesambil membunuh pemniaga lain
Quote AbukRokok 29-12-2015 03:44 PM
sammdol nak beribadah derma jela...jgn jahanamkan peniaga lain.
Quote AGSA 29-12-2015 05:29 PM
aduihhh jauh lak dr kl klu x .....
Quote -electrifying- 29-12-2015 05:30 PM
konsep berniaga yg salah bro...
Quote irwansuhadi 29-12-2015 05:48 PM
modal = 10
untung = 20

atau

modal = 10
untung = 15


mana yang baik? mana yang berkat? fikir-fikirkan ye... ada dalam Islam ni...
Quote hasniey 29-12-2015 06:32 PM
Laksa singgit,mee sup singgit tu sy biasa jumpe kt perlis
Tp nasi ayam dua ringgit xprnah jumpe
Nasi aym dia ada salad x?ayam potong brape?

Quote kivio 29-12-2015 08:38 PM
Anyone boleh tlg kasi coordinate tak?
Dok lalu hari2 tak nampak pulak kat mana....
Quote setokinpurple 30-12-2015 07:13 AM
Bagus la murah..cuma terfikir bahan dia letak tu cikai ke? Sedap ke? Bersih ke?
Quote _______ 30-12-2015 09:31 AM
Bagoih la.
Quote Thuglife 30-12-2015 09:32 AM
setokinpurple: Bagus la murah..cuma terfikir bahan dia letak tu cikai ke? Sedap ke? Bersih ke?


kalo dh fikir mcm tu.. bersih ke?pi la restoran.. siap ada aircond lagi.. jgn hanya sbb harga murah, otak pk yg buruk jer.. kalo nk tau pi sana.. tngok!
Quote Thuglife 30-12-2015 09:35 AM
kalo nk salad, bkn d gerai yg jual rm2.. kedai mkn yg jual rm4-5..
Quote khairulazuan 30-12-2015 09:56 AM
insyllah..semoga saudara ni terus istiqamah
Quote saifulms 30-12-2015 11:17 AM
Membunuh peniaga lain?? Adoiya! Jika tak mau kena bunuh, bersainglah dgn jual harga murah.. Jangan takut dgn untung yg sedikit, yakin dgn rezeki yg telah Allah tetapkan dan jangan bersikap tamak haloba.
Quote BebeQ 30-12-2015 12:29 PM
saifulms replied at 30-12-2015 11:17 AM
Membunuh peniaga lain?? Adoiya! Jika tak mau kena bunuh, bersainglah dgn jual harga murah.. Jangan t ...

u try la meniaga pulak
Quote ISTRIMITHALI 30-12-2015 03:50 PM
Alhamdulillah.. smoga dilimpahkan lagi rezki oleh-Nya.
Quote ISTRIMITHALI 30-12-2015 03:51 PM
-electrifying-: konsep berniaga yg salah bro...


yeke bro..
Quote dibodiboding 31-12-2015 10:33 PM
kivio replied at 29-12-2015 08:38 PM
Anyone boleh tlg kasi coordinate tak?
Dok lalu hari2 tak nampak pulak kat mana....

Dah pindah lokasi kt bangunan tepi cmart bdb.
Quote anees~nuhara 14-3-2016 01:04 PM
niat baik disalah erti pulak...
Quote ALWAYSREDA 15-3-2016 05:16 PM
Selalunya kita akan negatifkan sesuatu benda yang kita sendiri tak mampu nak buat.
-tutip tachang sambil kumpul poin di bahu kiri-

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.063715 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top