CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Kerap alami ‘gangguan’’, majikan non-Muslim minta pusat rawatan Islam ‘pagar’ kilang

2-10-2024 07:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 30629| Komen: 42

 


Disebabkan kerap menerima gangguan daripada entiti tidak kelihatan, majikan non-Muslim minta pusat rawatan Islam untuk ‘memagar’ kilang miliknya.

Perkara itu dikongsikan akaun TikTok Pusat Rawatan Nur Zikir Hq apabila memuat naik video sewaktu melakukan proses ‘memagar’ kawasan parkir sebuah kilang dimiliki oleh seseorang yang bukan beragama Islam.

Menerusi rakaman video tersebut, para petugas di pusat rawatan Islam berkenaan sedang melaungkan azan di setiap penjuru kawasan parkir yang dipercayai mengalami gangguan daripada makhluk halus.


Berdasarkan kapsyen yang dinyatakan, majikan di kilang bekrenaan buntu kerana sudah pelbagai cara dilakukan untuk menghilangkan kelibat makhluk halus dipercayai penampakan seorang nenek tua berambut panjang.


“Boss kilang chinese panggil Team Nur Zikir, untuk buat pembersihan serta pemagaran tapak parking kereta di kilang miliknya, yang di ganggu dengan kelibat nenek tua berambut panjang di kawasan itu. katanya sudah pelbagai cara sudah di buat, tetapi masih ada,” tulisnya.

Selepas proses ‘menghalau’ penampakan tersebut membuahkan hasil, majikan non-Muslim itu meminta pula pihak pusat rawatan ‘memagar’ kawasan parkir berkenaan dan juga beberapa lagi lokasi agar tidak diganggu oleh makhluk itu semula.

“Syukur. selepas selesai dari team kami gangguan itu sudah tiada, dan bos chinese itu meminta kami buat pemagaran lagi di beberapa kilangnya di lokasi yang lain,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut telah ditonton lebih dari 900,000 viewers selepas dikongsikan dua hari lepas di TikTok.

Pelbagai komen diterima dan ada diantara mereka turut berkongsi kisah hampir serupa apabila perlu berhadapan dengan situasi yang menyeramkan disebabkan gangguan-gangguan yang tidak dapat dilihat menggunakan mata kasar.

 
 
 
Walau bagaimanapun, setiap apa yang dilakukan adalah ikhtiar sebagai manusia biasa dan setiap kebergantungan wajiblah kepada Maha Pencipta.

Sumber: TikTok pusatrawatannurzikirhq, OhMyMedia
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 2-10-2024 08:16 PM
Takde clash crash bertembung dgn benda merah tu ke?


Quote Perawankota 2-10-2024 09:13 PM
Tempat keje aku Dulu bila ada kes org mati dlm bangunan, dorg aka management Akan panggil semua ketua agama untuk baca doa..
Quote annehuda 2-10-2024 10:38 PM
Kampung aku ada surau lama. Surau lama yg dulu ada kolah besar jemaah ramai2 amek wudhu sblm ada pili air ni.so satu hari tu mai cina mana ntah dtg bawak pisang, dia nak mintak air kolah tu sikit. Dia ckp nk buat ubat anak dia. Anak dia kena kacau makhluk halus bangsa melayu katanya. So nak berubat tu kena mandikan dgn air kolah dari 7 masjid atau surau yg syaratnya org amek wudhu dari kolah tu.jenuh gak dia nak mencari sebab zaman moden kan mana ada org pakai kolah lagi. Tak tau la menjadi ke tak sebab lepas tu uncle cina tu tak datang lg dah
Quote ninja boy 2-10-2024 10:44 PM
Pindah la kilang lain sbb jin sudah berkampung situ, pagar pun sekejap je pastu ada lagi lainlah masyarakat jin sekampung bersetuju naik bas pindah pergi gunung tahan
Quote Tumpang-Sibok 3-10-2024 01:08 AM
Dah dekat 6x ke Lalaport jalan atas bawah tak pernah jd apa2 lgi...zikir je dlm hati..park kat Times Square je
Quote lostnfaun 3-10-2024 07:47 AM
Kiranya dia dah panggil sami cina pun tak jalan jgk la yer..
Quote Ai_kiu 3-10-2024 07:49 AM
Perawankota replied at 2-10-2024 09:13 PM
Tempat keje aku Dulu bila ada kes org mati dlm bangunan, dorg aka management Akan panggil semua ketu ...


Ikut berapa level kedegilan benda2 tu la kn.. kalau jenis biasher2 tu bakar colok sikit toksami mai 2-3org kira setel dah...
Oh lupa, makan2 jgn dilupakan
Quote cmf_almondpecan 3-10-2024 08:04 AM
Majikan cina ni biasa dia tak kisah je siapa yg datang buat kerja pagar memagar ni sebab dia takde konsep terpesong aqidah, syirik, khurafat dsb kecuali yg Kristian mungkin ada konsep tu. Dia cuma nak guna semua option yg ada sebaik mungkin so dia panggil sami, paderi, ustaz dan siapa lg yg ada. Maximise your chances kekdahnya.
Quote supernaturalee 3-10-2024 08:21 AM
sedap2 suara yg azan tu
bergema parking

klu blh nmpk mesti bergentayangan berlaga2 sesama sendiri nk keluar drpd tmpt parking tu

Quote supernaturalee 3-10-2024 08:23 AM
annehuda replied at 2-10-2024 10:38 PM
Kampung aku ada surau lama. Surau lama yg dulu ada kolah besar jemaah ramai2 amek wudhu sblm ada pil ...

kwn iol pun ayah die pnh mntak air kolah masjid jugakslh 1 di masjid kg iols
so tlg la juga ambilkan sebotol utk die

tp iol tak diberitahu plk utk ape
probably the same reason mcm uol share ni




Quote ecahaha 3-10-2024 08:24 AM
sharlenetexas replied at 2-10-2024 08:16 PM
Takde clash crash bertembung dgn benda merah tu ke?

Benda merah tu datuknye selalu orang asal aka melayu, nama pun datuk arif lah, pakai songkok kah.. mintak pun selalu kambing utk buat makan2..
Quote Perawankota 3-10-2024 08:50 AM
Ai_kiu replied at 3-10-2024 07:49 AM
Ikut berapa level kedegilan benda2 tu la kn.. kalau jenis biasher2 tu bakar colok sikit toksami ma ...

Betul tu.. Kat situ pulak memang Ada rumah merah kecik tu..
Quote manopBKK 3-10-2024 11:47 AM
supernaturalee replied at 3-10-2024 08:23 AM
kwn iol pun ayah die pnh mntak air kolah masjid jugakslh 1 di masjid kg iols
so tlg la juga ambilk ...

Renjis.. pagar rumah
Quote sekngucing 3-10-2024 12:28 PM
sharlenetexas replied at 2-10-2024 08:16 PM
Takde clash crash bertembung dgn benda merah tu ke?

Takda..benda merah tu biasanya permanent resident...beragama.islam..rak.amkan babi dan biasanya berbangsa melayu juga
Quote sharlenetexas 3-10-2024 12:37 PM
sekngucing replied at 3-10-2024 12:28 PM
Takda..benda merah tu biasanya permanent resident...beragama.islam..rak.amkan babi dan biasanya be ...

Permanent resident macamana?

Quote grouper 3-10-2024 12:45 PM
Ujung2 cari ustaz gak...p la cari sami kat tokong yg pakai jubah kuning tu yg kat dada pakai tasbih besar
Quote ultra78 3-10-2024 02:13 PM
lostnfaun replied at 3-10-2024 07:47 AM
Kiranya dia dah panggil sami cina pun tak jalan jgk la yer..

Jin tu tak faham kot sami tu cakap cing cong cing cong...
Sesiapa sahaja boleh la cuba berunding dengan jin tu. Tak semestinya ustaz aje. Sebab itu setiap agama ada ritual mereka sendiri dan suprisingly, ia berhasil. Bukan nak kata agama mereka betul tapi bila nego sesama makhluk maka ada la benda setiap pihak kena buat. Disebabkan agama mereka tak larang, mereka boleh tunaikan permintaan makhluk halus yang dilarang oleh agama islam.Contohnya buat persembahan ke,sembelih itu ini,etc.

First step mestilah melalui cara lembut,bila tak jalan jugak barulah pakai ayat. Tapi jangan memandai terus pakai ayat panas (ayat kursi), nanti lagi mengamuk benda tu.


Ustaz pesan, “Kalau nampak ‘makhluk’ jangan pandai-pandai baca ayat Kursi”


Quote azimodin 3-10-2024 02:28 PM
Benda ni jadi jugak kat taman perumahan aku. Kawasan rumah ni dulu ladang sawit, memang banyak benda2 tu la. Bulan 4 haritu kecoh ada rumah india lorong depan sekali kena kacau. Tiba2 barang2 kat rumah dia jatuh, baby dia asyik menangis je. Siap suami dia nampak kelibat cikcong dalam rumah. Jirann yg apit rumah dia (dua2 muslim) pon kena jugak tapi x teruk sangat. Siap ada rakaman video benda putih bergerak kat ruang tamu. Yg india tu panggil sami, lepas panggil sami jadi makin teruk sampai tengah2 malam berlari keluar. Last2 sami tu cakap x boleh buat sebab bukan "orang dia". Jiran yg muslim tu panggil ustaz datang 3-3 rumah, terus elok.
Quote sekngucing 3-10-2024 02:36 PM
sharlenetexas replied at 3-10-2024 12:37 PM
Permanent resident macamana?

Dia memamg duduk situ sejak azali..bukan spirit yg dtg duduk kacau orang ..dan blah bila.dihalau

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.042221 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top