CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Fattah curang, saya ada bukti. Tak bagi nafkah, bertahun-tahun saya hidup dalam sengsara" – Dedah Fazura

7-10-2024 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24567| Komen: 168

 

Bercucuran air mata, pelakon sensasi Fazura mendedahkan bahawa punca perceraiannya adalah disebabkan oleh kecurangan Fattah Amin.

Malah, Fazura atau nama lengkapnya Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, turut memaklumkan bahawa tiada persefahaman selain aktor itu tidak memberikan nafkah kepada dia dan anaknya, Nur Fatima Aisya.

“Bertahun-tahun saya hidup dalam sengsara. Saya reda dengan perceraian ini dah dua tahun saya hidup dalam keadaan tersebut (sengsara).

“Dia telah abaikan nafkah saya dan Fatima. Kami juga tiada persefahaman dan sudah lama saya tidak bahagia.

“Dia juga berlaku curang terhadap saya dan itu yang paling saya tidak boleh terima. Saya ada bukti dia curang,” katanya.


Bagaimanapun, pelakon filem Gol Dan Gincu itu turut memaklumkan bahawa emosi dan mentalnya terkesan sepanjang menghadapi kemelut rumah tangga bersama pemilik nama lengkap Abdul Fattah Mohd. Amin, 33,.

“Namun, sebelum ini saya ambil pendekatan untuk kunci mulut kerana memikirkan tentang anak.


“Emosi dan mental saya sangat terganggu, saya tertekan.

“Saya sudah lama bertahan dalam situasi ini (tidak bahagia),” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Fazura mengakui banyak pengorbanan diambil termasuk membelikan sebuah kereta berjenama mewah.

“Saya sudah berkorban banyak untuk Fattah, saya sediakan tempat tinggal, makan minum, hadiahkan kereta Range Rover untuk keselesaan dia.

“Kenderaan itu dia bawa naik wanita yang haram baginya,” jelasnya lagi.

Pun begitu, Fazura menafikan tuduhan tidak sekufu yang menyebabkan mereka bercerai.

“Jadi dakwaan kata saya tidak sekufu dengan Fattah adalah tidak benar sama sekali.


“Kalau kami tidak sekufu, dari awal saya tidak berkahwin dengannya.

“Namun, pengorbanan saya diambil kesempatan, itu yang membuat saya sangat kecewa. Kesal kerana telah berkorban banyak,” ujarnya.

Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu kira-kira pukul 9.45 pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

pada 13 September lalu, Fazura mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dengan dikurniakan Nur Fatima yang kini berusia 4 tahun. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 7-10-2024 01:38 PM
bagi lah bukti curang tu kalau betul
i tetap tak caya fattah macam tu
Quote hanamunir 7-10-2024 01:38 PM
dengan sape la ko curang fa oii..
sampai patah hati pajura..
Quote Barebow77 7-10-2024 01:43 PM
Sayang betul..pasangan yang nampak sepadan rupa paras pada mata meoll..sekali berantakkan..kalau betul FA begitu, mmg elok la berpisah..:'

Ingat panas sampai le petang, sekali banjir kitat melanda
Quote anony-mous 7-10-2024 01:49 PM
Kesian pasangan ni. Rupanya 2 thn seksa tp benak fattzura kata pasangan ni wangi sokmo siap kata biasa la patah xpegi kahwin ank sedara faz kahkahkah
Quote noor2 7-10-2024 01:52 PM
Hidup dalam sengsara????..yg ko puji2 dia peluk cium bermesra tgh khalayak ramai tu sengsara apa????
Quote noor2 7-10-2024 01:52 PM
Haiyoooo teruknyaaaaa bini
Quote Sagiez 7-10-2024 01:57 PM
jejai replied at 7-10-2024 01:38 PM
bagi lah bukti curang tu kalau betul
i tetap tak caya fattah macam tu

Kalau dia spill semua bukti yg jelas lagi nyata pun hang pasti tetap takkan percaya fattah macam tu kan? Hujung2 nanti konar pulak salahkan Fazura sebab duk mengaibkan bekas suami, berdosa bukak aib. Lainlah kalau aib fazura yg terbuka, itu baru takpa kan..
Quote Sachacha 7-10-2024 02:03 PM
Sagiez replied at 7-10-2024 01:57 PM
Kalau dia spill semua bukti yg jelas lagi nyata pun hang pasti tetap takkan percaya fattah macam t ...

fazz baru hamburkan sikit pun acik kepam + jantan tagune dah melompat kata fazz macam macam.. ni kan pulak nak dedahkan bukti curang..ntah apa caci maki..kata kata nista pulak depa bagi pada fazz..
Quote Denco 7-10-2024 02:03 PM
anony-mous replied at 7-10-2024 01:49 PM
Kesian pasangan ni. Rupanya 2 thn seksa tp benak fattzura kata pasangan ni wangi sokmo siap kata bia ...

Kan sis.. x menahan iol dgn benak pajurah time ni. iol ada gak komen masa lps jenie tumpahkn teh. iol ckp nmpak mcm dh x mesra 2 org ni, terus pembenak² mek jura ckp jgn doakan x baik. Hek elehhhh komen mcm tu pun x boleh. Skrg iol nk gelakkan je kan karat, hadaplah retis sembahan drama air mata
Quote she 7-10-2024 02:05 PM
Lagi Faz lagi

Kalau boleh sertakan sekali bukti curang
Acik forum susah nak purcaya kalau takdop bukti kukuh

Ehekkkkk

Apooo mung ni Patah
Esok macik g minang ekau
Quote seri_mawr 7-10-2024 02:05 PM
kadang pelik dgn nitizen ni...
fazz diam dia ckp fake...
fazz buka mulut dia ckp fake jua...berlakon bagai...

korang nak si fazura tu buat apa..? sebenarnya....

bab x bg nafkah + mencurang ni mmg payah nak ubat hati isteri......
Quote cm_vungtau 7-10-2024 02:07 PM
Tak nampak sengsara pun
Quote Mata.kucing 7-10-2024 02:07 PM
smoge fattah tenang tabah..laenkali cr jodoh biar miskin asalkn xFAKE
Quote amyza 7-10-2024 02:11 PM
Curang tu lah reason cerai. Yg lain² tu sampingan je. Kecik hati tak dpt duit raya boleh je kawtim.
Quote ygarif 7-10-2024 02:11 PM
kenapa I tak sedihpun bila Fazz nangis ek...imposible
Quote karipap_sadin 7-10-2024 02:13 PM
hurmm..klau tgk muka patah mcm x caya tapi kwn iolls pernah kena. Tgk muka soleh..smpai kena talak 3 kwn iolls. Utk case diorg ni..fazzie kalau ada bukti bg je kt court. x lah sapa2 terfitnah ke apa
Quote kuyu 7-10-2024 02:15 PM
Dia n keluarga terima seadanya.. Despite scandal yg dulu.. So kalau pemandu teksi n grab laki org, kira haram gak la kalau org lain naik kenderaan... Kalau x dpt duit raya, blh je mintak..
Quote Purple12 7-10-2024 02:17 PM
jejai replied at 7-10-2024 01:38 PM
bagi lah bukti curang tu kalau betul
i tetap tak caya fattah macam tu

Sabar la chuolls

Ni baru 1st round..

2nd round nnt dia bagi, jgn pula penyembah abutah meroyan menggelupur satu badan
Quote balakkampung 7-10-2024 02:17 PM
kalau betul fatah curang..aku bersimpati dgn fazura. mostly aku tgk perempuan malaysia ni akan mampu bertahan kalau takat laki tak bagi duit, tak layan atau ada yg lebih jilaker yg angkat tangan kaki kat bini.TAPI kalau bab curang memang diaorang tak boleh terima. sebab tu aku selalu guna alasan ni untuk melepaskan diri" alaaa abang lupa birthday jer kot..bukan nya curang"..hihihi

tapi apapon suatu hari akan terbukak jugak, baik fatah atau fazura..sapa yg menipu akan terbukti jugak nanti.so netizen takyah susah2 pening kepala nak ship mana2..tunggu dan lihat jer. ni ada yg sampai jadi penyiasat body language la, korek kisah2 purba la.untuk pengetahuan korang zaman sekarang ni penampilan luaran tak mencerminkan dalaman seseorang dah yer.clear water don’t sangka tak dak boya.

Lihat semua komen(168)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.075906 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top