CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mohamed Khaled tiba di Kuwait, perolehan jet pejuang F/A-18 Hornet jadi tumpuan

7-10-2024 01:49 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21217| Komen: 15

 


PUTRAJAYA- Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selamat tiba di Kuwait semalam bagi memulakan lawatan kerja rasmi ke negara berkenaan.

Ketibaan Mohamed Khaled dan delegasi Kementerian Pertahanan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait pada pukul 6 petang (waktu tempatan) sebelum disambut Duta Besar Malaysia ke Kuwait, ‘Alauddin Mohd. Nor dan Ketua Staf Angkatan Tentera Kuwait, Leftenan Jeneral Bandar Salem Abdullah Al-Muzayan.

Mohamed Khaled berkata, semasa lawatan itu, beliau akan bertemu Perdana Menteri Kuwait, Sheikh Ahmad Abdullah Al-Ahmad Al-Sabah.

Katanya, ia juga akan melibatkan pertemuan bersama rakan sejawat iaitu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Kuwait, Sheikh Fahad Yousef Saud Al-Sabah.

“Di samping itu, saya juga akan mengadakan lawatan ke Pangkalan Udara Ahmad Al-Jaber milik Tentera Udara Kuwait,” katanya.


Menerusi lawatan itu, delegasi Malaysia turut disertai Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan;Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertahanan, Mohd. Yani Daud selain pegawai kanan kementerian dan Markas Tentera Udara Malaysia.

Sebelum ini, Mohamed Khaled berharap kerajaan Kuwait dapat menimbang permintaan untuk menjual jet pejuang F/A-18 Hornet kepada Malaysia.

Beliau berkata, hasrat itu sudah disampaikan ketika lawatan pasukan teknikal Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke negara Asia Barat itu pada Jun lalu untuk membuat penilaian yang sewajarnya.

Ketika ini, Tentera Udara Kuwait memiliki sebanyak 39 buah pesawat pejuang jenis F/A-18 Hornet.

 

Bagaimanapun, jumlah pesawat yang bakal dibeli kerajaan masih belum dapat dipastikan memandangkan sedang menunggu persetujuan daripada kerajaan Kuwait berhubung perolehan itu.

Pada masa sama, perolehan jet pejuang itu dilihat menjadi antara pertimbangan dalam memperkukuh kekuatan TUDM seperti yang yang dirancang melalui pelan rancangan Capability 2055 (CAP55). 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 7-10-2024 02:04 PM
lama punya kapal ni... tak ada masalah ker nanti

The McDonnell Douglas F/A-18 Hornet is an all-weather supersonic, twin-engine, carrier-capable, multirole combat aircraft, designed as both a fighter and attack aircraft. Wikipedia

Unit cost: 29,000,000–57,000,000 USD (2006)
Top speed: 1,915 km/h
Engine types: Turbofan, General Electric F404
Manufacturers: Boeing, McDonnell Douglas, Northrop Corporation
Introduced: January 7, 1983
First flight: November 18, 1978
Number of seats: 2
Quote plywood 7-10-2024 02:04 PM
[youtube]WVinehP9PCM[/youtube]
Quote plywood 7-10-2024 02:06 PM
[youtube]B2jYLDrH7f8[/youtube]
Quote pokokmeranti 7-10-2024 02:21 PM
semoga perolehan itu berjaya. dapat lah tutup kelompongan sementara beli MRCA
Quote lipans 7-10-2024 03:26 PM
low mileage ni. bagus tambah inventory tudm.
Quote Decaffeinated 7-10-2024 04:42 PM
lipans replied at 7-10-2024 03:26 PM
low mileage ni. bagus tambah inventory tudm.

yang ada kat tanah air ni pun semuanya low milage sampai masa jadi scrap metal ja.

Quote akido_kido 7-10-2024 11:30 PM
plywood: lama punya kapal ni... tak ada ...


Hornet lasak lagi dari mig dulu..lagi pun boleh upgrade.yg skudron tudm sekarang pun semua dah upgrade jadi superhornet so masih relevan untuk lagi 20 tahun
Quote grouper 7-10-2024 11:52 PM
Susah sangat ke nak buat jet pejuang. Harapkan indon je la buat cepat2 dapat le harga diskaun dari diorg. Diorg punya kapal navy banyak dah buat sendiri. Pastu klau jepun maintain buat jet pejuang dari dlu mesti diorg punya jet paling canggih.
Quote gigahertz 8-10-2024 03:05 AM
pokokmeranti replied at 7-10-2024 06:21 AM
semoga perolehan itu berjaya. dapat lah tutup kelompongan sementara beli MRCA

F-18 ni kena cepat dapat. sebelum Israel serang Mekah & madinah.

Quote supernaturalee 8-10-2024 08:09 AM
Decaffeinated replied at 7-10-2024 04:42 PM
yang ada kat tanah air ni pun semuanya low milage sampai masa jadi scrap metal ja.

mileage tgi bila sambutan hari kemerdekaan je kot


Quote zorrro_03 8-10-2024 08:40 AM
besi buruk lagi....  
Quote bakingsoda 8-10-2024 10:25 AM
plywood replied at 7-10-2024 02:04 PM
lama punya kapal ni... tak ada masalah ker nanti

The McDonnell Douglas F/A-18 Hornet is an all-weat ...

yg nak beli ni mmg betul2 jet yg berusia 40+ tahun lepas ke?
Quote matamata 8-10-2024 11:07 AM
akido_kido replied at 7-10-2024 11:30 PM
Hornet lasak lagi dari mig dulu..lagi pun boleh upgrade.yg skudron tudm sekarang pun semua dah upg ...

Legacy Hornet tak sama dgn Super Hornet
Airframe pun beza banyak
Quote matamata 8-10-2024 11:13 AM
TUDM ni aircraft dia boleh la kata over used kot...selalu pakai
TUDM punya A400 clocking highest flight hours compare to lain2 operator A400 dlm dunia
Quote Dwdrum 8-10-2024 02:47 PM
Kenapa la beli besi buruk yang kuwait mahu dispose... Anak anak lobais and lobanistas tidak boleh build jets ka bagaimana

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.096847 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top