CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Larian songsang: Atok warga Taiwan, India didenda RM5,000 berpakaian wanita. Mohon maaf pada rakyat Malaysia

7-10-2024 02:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 34727| Komen: 26

 


KOTA TINGGI – Seorang lelaki warganegara Taiwan memohon maaf kepada rakyat Malaysia selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan melakukan perbuatan lucah di tempat awam dengan berpakaian menjolok mata di Desaru, Kota Tinggi Jumaat lalu.

Tertuduh Arthur Wang, 66, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin dihadapan Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar.

Arthur berkata, dia memohon maaf kepada kerajaan dan rakyat Malaysia di atas perbuatannya itu dan memaklumkan dia tidak biasa dengan ajaran Islam.

Katanya, dia yang merupakan seorang pesara telah 10 tahun mempromosikan kebudayaan orang asli di Taiwan dan pakaian dipakai tersebut adalah pakaian dari kaum Orang Asli di kepulauan di sana.

Jelasnya sekiranya dia mengetahui Malaysia sebuah negara yang konservatif dia tidak akan berpakaian mencolok mata.


Mengikut pertuduhan pada 4 Oktober lalu, lebih kurang antara 4 petang sehingga 6 petang di Jalan Utama Jalan Desaru, daerah Pengerang tertuduh telah didapati melakukan perbuatan lucah yang mendatangkan kegusaran kepada orang lain di tempat awam dengan cara berpakaian menjolok mata.

Oleh itu tertuduh telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 294(a) Kanun
Keseksaan dan dihukum di bawah seksyen yang sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara sehingga tiga bulan atau denda atau dengan kedua-duanya.

Dalam pertuduhan berasingan seorang lelaki warganegara India, Satyanarayana Prasad Papoli, 70, turut didakwa melakukan perbuatan sama pada waktu dan tarikh yang sama.

Pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris dimana tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di perkarangan Lotus Desaru Beach Resort, Jalan Desaru, Bandar Penawar dan didakwa melakukan kesalahan dibawah seksyen yang sama.


Sementara itu, Satyanarayana pula berkata, kehadirannya ke negara ini bertujuan baik untuk membantu mendapatkan dana amal melalui acara itu.

Katanya, dia akan pulang ke India hari ini dan memohon agar denda dikenakan dikurangkan berikutan tidak membawa wang yang banyak.

Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Farnor 7-10-2024 03:21 PM
5k jer apasal tak duduk penjara sehari.
Quote sharlenetexas 7-10-2024 03:23 PM
Yang nmpk bontot tu ke?


Quote makciktijah 7-10-2024 03:24 PM
dah tua ganyut gigih menayang pungkoq. kot hensem muda kekar, berbaloi gak nak menengok.
Quote cmf_almondpecan 7-10-2024 03:35 PM
Kalau pakai pakaian tradisional loin cloth macam Iban tu takkan nak kata menjolok mata?
Quote fanaz82 7-10-2024 03:45 PM
geli aku tengok
Quote Decaffeinated 7-10-2024 04:35 PM
"seorang pesara telah 10 tahun mempromosikan kebudayaan orang asli di Taiwan dan pakaian dipakai tersebut adalah pakaian dari kaum Orang Asli di kepulauan di sana."


Taiwan Abo.png
sayang tak boleh nak suruh atuk ni pusing belakang

Quote mrseller 7-10-2024 04:38 PM
Lembik gomen msia. Kalau aku, denda, kensel passport masuk. Ban from masuk msia 10 tahun
Quote Supersirap 7-10-2024 04:41 PM
Pelik-pelik betul mereka ini
Quote tripleid 7-10-2024 05:12 PM
Ongile yg bersepah kat kl telanjang bogel siap mandi manda kat dataran ummah wat dono je kann..
Quote ifanonline 7-10-2024 05:32 PM
cmf_almondpecan replied at 7-10-2024 03:35 PM
Kalau pakai pakaian tradisional loin cloth macam Iban tu takkan nak kata menjolok mata?

kerajaan berhak spank!
Quote mamajawie 7-10-2024 06:01 PM
kot ye pun nk pkai baju traditional pakai ler legging ke seluar kecik kaler hitam..ni bontot melendot melayot pun nak ditayang..
Quote Radzor 7-10-2024 07:09 PM
org mcmni kne bagi borang PH. ikut boss dia
Quote Dovahkiin 7-10-2024 07:12 PM
Menjolok mata? Punggung dia jolok mata orang ke? Wartawan low class. Mencolok mata da... Bukan menjolok mata.
Quote pooh~key 7-10-2024 07:13 PM
mrseller replied at 7-10-2024 04:38 PM
Lembik gomen msia. Kalau aku, denda, kensel passport masuk. Ban from masuk msia 10 tahun

Sebab tu kau tak boleh jadi pentadbir negara sissy. Kau tak nampak implikasinya bagi hukuman berat untuk benda macam ni sissy. Zaman2 viral ni nanti habis satu dunia kecam kita dah la zaman woke2 laginya sissy.
Quote cmf_almondpecan 7-10-2024 07:27 PM
ifanonline replied at 7-10-2024 05:32 PM
kerajaan berhak spank!

Spank sakit ke seronok ni
Quote cmf_almondpecan 7-10-2024 07:28 PM
Dovahkiin replied at 7-10-2024 07:12 PM
Menjolok mata? Punggung dia jolok mata orang ke? Wartawan low class. Mencolok mata da... Bukan menjo ...

Kalau ikut Kamus Dewan, dua2 boleh guna. Menjolok mata dan mencolok mata.
Quote Dovahkiin 7-10-2024 07:48 PM
cmf_almondpecan replied at 7-10-2024 07:28 PM
Kalau ikut Kamus Dewan, dua2 boleh guna. Menjolok mata dan mencolok mata.

Ok tenkiu betulkan. Sbb sebelum ni ramai betulkan penggunaan menjolok tu. Aku pun percaya la, sbb mmg ada mencolok mata dalam DBP.
Quote Perils 8-10-2024 01:53 PM
Trauma aku bila tgk uncensored pic.elokla didenda.kalau dipenjara lg bgs
Quote kucim 12-10-2024 01:03 AM
Dasar budus
Apa yg ko nak buktikan melalui pakaian sebegitu.

Mengundang sgt.Kalau nak sgt pakai..pakai dlm rumah

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.125603 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top