CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Agak terkilan mentua tak tanya khabar saya, Fatima. Saya memang sayangkan mereka macam keluarga sendiri" - Nur Fazura

7-10-2024 03:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 50628| Komen: 241

 


Sentiasa mendahulukan keluarga bekas suami, pelakon Nur Fazura terkilan apabila mentuanya langsung tidak bertanya khabar ketika kemelut rumah tangganya dengan Fattah Amin hangat diperkatakan.

Begitupun kata Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, dia sudah memaafkan individu yang dihormatinya itu.

“Saya memang sayangkan keluarga mentua macam keluarga saya sendiri.

“Tapi saya agak terkilan langsung tiada di antara mereka yang hubungi untuk bertanya khabar saya dan Fatima.

“Apa pun saya sudah maafkan mereka,” katanya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, hari ini.

Mahligai yang dibina Fazura dan Fattah selama tujuh tahun akhirnya terlerai pada pukul 9.45 pagi tadi selepas pelakon filem Pendekar Awang melafazkan cerai talak satu terhadapnya.

Pada prosiding kedua permohonan perceraian diajukan Fazura, aktres tersebut mengesahkan spekulasi bekas suaminya itu curang selain culas memberikan nafkah kepadanya dan anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya, 4.


Pada masa sama, penyanyi lagu Sayangi Dirimu itu turut mengakui  tidak menunjukkan perasaan sebenar kepada umum biarpun tertekan dengan situasi yang dilalui.

“Banyak usaha saya lakukan untuk selamatkan rumah tangga. Sebab lama saya bertahan cuma tidak tunjuk di sosial media.

“Orang nampak saya gembira tetapi Allah sahaja tahu mental saya tertekan,” ujarnya.

Sejak berita permohonan cerai diajukannya pada 13 September lalu menjadi sorotan ramai, rata-rata peminat berharap mahligai mereka dapat dipertahankan.


Sumber - KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 7-10-2024 03:10 PM
Londehlah lagi


Quote nisako 7-10-2024 03:15 PM
wow byk betul pasal dia org ni
Quote Baladna804 7-10-2024 03:21 PM
Pathetic
Quote miss_strangers 7-10-2024 03:24 PM
Cian fazura dapat suami n mertua yg jual ikan....
Quote Melanie91 7-10-2024 03:25 PM
Ke mentua tanya melalui Fattah?

Quote anilanil 7-10-2024 03:39 PM
Aiols okey jer kalo family in laws tak tanya khabar tapi aiols mmg hangin satu badan kalo ada yg sebelah sana upload ig story/status mengundang bau-bau perli.
Quote fanaz82 7-10-2024 03:44 PM
nisako: wow byk betul pasal dia org ni


tu la pasal. satu point satu thread kekdahnya
Quote Akalditipumata 7-10-2024 04:02 PM
Just shut up fazura... Xslay la mcm ni..
Quote Kampungpeoplesz 7-10-2024 04:40 PM
Better diam je kot lebih baik. . Makin byk terlondeh makin messy jadinya
Quote noor2 7-10-2024 04:56 PM
Deejavu....ko dah mcm bella...
Quote noor2 7-10-2024 04:57 PM
Teruskan burukkan mertua ko...ipar duai...ko jela yg terbaik
Quote apedehal 7-10-2024 04:59 PM
Hihi..pasni mst fazura masuk gua
Quote cikus 7-10-2024 05:00 PM
Dah serai dok ngata mentua lagiks dpn court...euwwww...kau ghasa napa org tua tu napa x brani nk call...rasa mnantu terpaling ke hapa????
Quote alesandra 7-10-2024 05:00 PM
Semmgnyer  ko harapkan mentua kena sembah ko? anak2 la yg kena bertanya khabar org tua
Quote alesandra 7-10-2024 05:01 PM
noor2 replied at 7-10-2024 04:56 PM
Deejavu....ko dah mcm bella...

At least bella tu mil dia sindir buruk2kan dia.
Quote noor2 7-10-2024 05:03 PM
alesandra replied at 7-10-2024 05:01 PM
At least bella tu mil dia sindir buruk2kan dia.


Ya tu mmg nampak mertua dia teruk...

Masa kaka kecik2 selalu mengadu kat mak yg kaka jarang dpt kad raya dari kawan2...mak ckp balik kat kaka...nk org bg kad raya,  kitala kena mulakan dulu kirim bg org....

Faham kan maksud kaka ..hihi
Quote tahanie 7-10-2024 05:19 PM
Kesian mak ayah fattah.
Quote alesandra 7-10-2024 05:30 PM
noor2 replied at 7-10-2024 05:03 PM
Ya tu mmg nampak mertua dia teruk...

Masa kaka kecik2 selalu mengadu kat mak yg kaka jarang dpt k ...

Ye faham kaka.tapi  ni hubungan  parents in law...taraf dia sama dgn parents  sendiri mmg kita yg  kena  terlebih.tambah2klau parents fatah  jenis conservative x biasa tanya anak2..sebaliknyer anak2 yg kena call.mungkin klau call takut dicop  menyibuk  ke masuk campur.bersyukurlah jela org tu dah terima ko dgn baik bukannya parents in law from hell
Quote noor2 7-10-2024 05:32 PM
alesandra replied at 7-10-2024 05:30 PM
Ye faham kaka.tapi  ni hubungan  parents in law...taraf dia sama dgn parents  sendiri mmg kita yg  ...

Betul...mungkin org kg segan dgn menantu yg modern, kaya..mmg ada mcm tu mertua segan...

Lihat semua komen(241)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.217591 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top