Fattah Amin, 33, kesal dengan kenyataan bekas isterinya, Nur Fazura, 41, yang mendakwa dia mengabaikan tanggungjawab tidak memberikan nafkah. Fattah menegaskan, dia mempunyai bukti transaksi wang yang menunjukkan dia menjalankan amanah sebagai suami dan bapa. "Janganlah main sentimen itu. Saya ada bukti penyata bank mengenai ke mana wang saya dikeluarkan. "Mungkin dia rasa tak cukup untuk dia, tapi jangan cakap saya tak bagi nafkah kerana sebagaimana yang kita semua tahu nafkah adalah perkara asas dalam perkahwinan mengikut kemampuan," katanya. Dalam masa sama, Fattah turut menyangkal dakwaan menerima hadiah kereta mewah jenis Range Rover daripada bekas isterinya itu. "Dia hadiahkan kereta kepada saya? Salah tu. Kereta itu adalah daripada syarikat Fazura kerana saya bekerja di syarikatnya. Semua orang sedia maklum mengenai perkara ini.
"Sebenarnya gaji saya ditolak untuk membayar kereta Range Rover. Janganlah ungkit benda yang tidak sepatutnya," katanya. Sementara itu, Fattah turut meluahkan rasa kesal apabila anaknya, Nur Fatima Aisya, 4, terpaksa mengharungi ujian perpisahan membabitkan ibu bapanya. "Saya kesal apabila Fatima terpaksa menerima keadaan seperti ini pada usia empat tahun. Apabila bercerita fasal anak, saya memang sedih. "Setiap kali kami berjumpa saya nampak dia begitu gembira dengan saya dan mahu saya balik rumah. Dia mahu 'mummy' dan 'daddy' dia. "Disebabkan hal ini saya terpaksa tipu dia dan beritahu saya keluar rumah sebab urusan kerja. Dia menangis tak nak lepaskan saya sehingga tertidur. Itu yang membuatkan saya lebih kesal kerana terpaksa menipunya," katanya. Ditanya mengenai hak jagaan anak, Fattah berkata, sepenuhnya di bawah Fazura manakala dia mendapat hak lawatan dan bermalam mengikut perjanjian yang diputuskan bersama. Terdahulu, Fazura mendakwa Fattah mengabaikan tanggungjawabnya untuk menyediakan nafkah dan Fazura yang menyediakan tempat tinggal, makan dan minum mereka. Malah, Fazura turut mendakwa dia menghadiahkan kereta Range Rover untuk Fattah. Sebelum itu, ikatan perkahwinan selama tujuh tahun yang dibina pasangan selebriti popular itu akhirnya terlerai apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini, hari ini. Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin melafazkan cerai talak satu pada jam 9.45 pagi di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh. Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4. Sumber - Harian Metro |
alesandra replied at 7-10-2024 04:30 PM
Kalo dah gaji tolak tu bukan hadiah la.itu benak sgt nak paham kaa
NazRysha replied at 7-10-2024 04:33 PM
dia kan bodoh spm pun xdak
ke pmr?
kesian fattah
noor2 replied at 7-10-2024 05:14 PM
Bagi jela kereta tu Fatah...
Better ko diam je...jgn balas apa2 dah..buat mcm Sol...diam terus
imransulaiman replied at 7-10-2024 05:12 PM
Nampaknya dalam forum ni memang ada fan Fazura...dan Fattah pula ada yang nge-fan sebab dia macam "m ...
ADVERTISEMENT