CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Woi dah la tu. Diamlah”– Salina Saibi minta Fazura berdiam diri

8-10-2024 08:19 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 31510| Komen: 180

 

Komen pelakon Salina Saibi terhadap pendedahan Nur Fazura melibatkan perceraian dengan bekas suami, Fattah Amin mengundang pelbagai reaksi netizen.

Dalam komen tersebut, Salina, 42, meminta supaya aktres terbabit berhenti membuat perkongsian dan berdiam diri.

“Woi dah la tu (itu). Diamlah,” katanya dalam satu perkongsian dalam Instagram.

Komen tersebut lantas mendapat sokongan daripada peminat yang rata-rata bersetuju dan meminta Fazura berhenti mengeluarkan kenyataan yang memburukkan Fattah.

“Setuju. Diam saja ungkit semua memang tidak guna.

“Apa yang diminta Allah telah kabulkan. Jadi tidak perlu mengungkit nanti hati sendiri yang sakit Fazura.

“Betullah, sudah bercerai jadi tidak perlu lagi ungkit, tidak perlu diperbesarkan. Sebaiknya selesaikan sendiri antara kalian berdua,” antara komen netizen.

Selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Sole, semalam.


Mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan aktres berkenaan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 4. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jlo 8-10-2024 08:21 AM
amek kan salina dah sound
Quote jejai 8-10-2024 08:22 AM
gambar tak boleh blahh..kena dengan tajuk  
Quote Piramida 8-10-2024 08:22 AM
Hahaha setepek polis gerak2 khas ni bagi.
Quote jejai 8-10-2024 08:23 AM
jlo replied at 8-10-2024 08:21 AM
amek kan salina dah sound



Asp salina dah sekarang
Quote selipar_hijau 8-10-2024 08:24 AM
tudia gerak khas dh sound
Quote bambimbom 8-10-2024 08:26 AM
salina salibi who? nak jugak menempel....
Quote sweetfasha 8-10-2024 08:43 AM
biadap nyer.. nak woi woi. ko pun ntah sapa sapa
Quote noor2 8-10-2024 08:46 AM
Aku yakin Fatima pun akan suruh maknya diam dari mengaibkan daddy dia dan nenek dia
Quote MidoriHijau 8-10-2024 08:52 AM
Yang retis dok hentam faz ni dah confirm ke RT dorang mewangi sampai bila2? Jangan sampai Allah bagi cash ye. Tak perlu pun nak into the scene perli2 apa bagai. Jadi macam anzalna tak sokong mana2 tapi mendoakan yang terbaik untuk fattzura

Bagi chance la kak faz luah perasaan. 7 tahun kot dia menahan. Bukan sekejap masa tu. Lama wehhh. Dia pun manusia juga ade hati dan perasaan marah kecewa sedih
Quote zehra2 8-10-2024 08:58 AM
ler salina oii jaga je laki ko jgn disondol.. kang malu.
cuba cermin kehidupan ko tu dulu.
Quote Fazzbulous 8-10-2024 08:59 AM
ramai ya retis tnjuk true colour tak suka kaka fazz..kaka fazz,notis ya retis2 ni..muahaha..
Quote mawarika 8-10-2024 09:06 AM
Salina ni cousin sol belah mana? Ada bau2 dgn fattah ke? Kalau salah ampunnnn… adan uke kena sound. Akü geram dia kata terima patah n family seadanya. Hoiii fazura! Kau asal bangsawan ke? Kerabat raja? Anak raja? Level kau mmg tinggi sgt? Gerbang istana pun tak dpt tembus … mak bapak fatah tu sebaik2 org aku tgk. Miskin duit takpe jgn miskin adab dan miskin mentality. Aku x ckp family mertua kau miskin eh.. aku rasa berduit je tp low profile. Tak mcm okb. Dulu ketuk kepala org pakai brand apa kasut tu?
Quote MadameOnion 8-10-2024 09:09 AM
wahhh kak long gangster rempit dah bersuara..mementang dua pupu dgn fattah
Quote Oroi8887 8-10-2024 09:20 AM
Semua pun nak interprem ya. Nampak true color masing2 hahah
Quote AnnaSendin 8-10-2024 09:22 AM
Bekap sedara baik punyaaaa. Walaupon iols NAM (non alignment movement), tapi tiberr rengsek puleks dengan si salina kawan si kilometer. Diamlah woiiii!
Quote asudau 8-10-2024 09:25 AM
kenapa nak woiwoi plak...duk serumah ke?
Quote Thuglife 8-10-2024 09:28 AM
MidoriHijau: Yang retis dok hentam faz ni dah confirm ke RT dorang mewangi sampai bila2? Jangan sampai Allah bagi cash ye. Tak perlu pun nak into the scene perli2  ...


AKu x side sapa2. tp entah la.. aku pnh kat tmpt faz.family suami aku, mcm FA nie la.. so, apa yg boleh aku simpulkan, lelaki waima ko nmpk selembut mana, jgn sangka dia x liar..semua kelengkapan keluarga cukup.. laki pun nampak selalu ada dgn aku, dgn anak2.. Tapi kalau Allah nk tunjuk, mcm tu ja.. and yez.. aku mntak cerai.. tpi betul kata faz..effort suami.. apa faz buat aku pun buat.. semua bini,kalu laki curang dia x layan benda2 guna phone ni..laki aku, dia pgi office aku.. tggu kat guard house.. sampai aku jmpa dia.. tp tu pun xkan terus luluh hati.. tp ko akan nmpak effort laki tu betul2 nak ambik hati bini balik

Quote pinkpunk 8-10-2024 09:59 AM
acah2 terpaling gengster.. ko pun takat berlakon ngn pak usop je mampu..
Quote babelina 8-10-2024 10:03 AM
Aikkk.. tiber Salina nie.. dia ada bau2 stokin ker ngn bapak FA.. dia polis tipu2 jer kn.. bkn polis btl mcm bapak FA..

Lihat semua komen(180)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.110221 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top