CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Dedah Aib Bekas Pasangan, Erra Fazira Dipuji Netizen ‘High Class’ - “Sampai Sekarang Kita Tak Tahu Kenapa Dia Putus Tunang, Punca Dia Bercerai ...

9-10-2024 02:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 25579| Komen: 152

 


Pernah putus tunang dan dua kali kecundang dalam perkahwinan, pelakon Erra Fazira dipuji netizen apabila tidak pernah sekelumit pun mendedahkan mahupun menyebarkan aib bekas pasangan.

Menerusi hantaran aplikasi Threads, seorang individu berkata, tidak pernah mendengar Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 50, memburuk-burukkan lelaki yang pernah singgah dalam hidupnya hingga ke hari ini.

“Bagusnya dia, pernah sekali putus tunang, dua kali mengalami kegagalan rumah tangga.

“Tetapi tak pernah sekali pun dengar dia buka aib lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya. Baik bekas tunang mahu pun bekas suami,” katanya.

Kenyataan tersebut meraih respons positif orang ramai yang sependapat dengan individu terbabit.

Penyanyi yang turut digelar Primadona Filem Melayu Alaf Baharu itu turut disifatkan sebagai wanita yang berada dalam kelas tersendiri.


Malah, kematangan pemikirannya menyebabkan hal dalaman terutama punca putus tunang mahupun perceraian tersimpan kemas tanpa diketahui orang luar.

“Erra lebih ‘high class’. Kematangan fikiran dia itu yang mencerminkan peribadinya,” tulis seorang peminat.

“Dia punya senyap tu sampai kita lupa dia pernah jadi isteri (Datuk) Yusry,” komen seorang pengguna media sosial.

“Sampai sekarang kita tak tahu kenapa dia putus tunang atau punca dia bercerai,” ujar netizen lain.

Terdahulu, Ratu Cantik Malaysia/World 1992 itu pernah menjadi tunangan penyanyi Datuk Awie, namun ikatan mereka putus pada 1998 iaitu selepas dua tahun ‘diikat’.

Pada 2003, Erra bergelar isteri kepada penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim tetapi jodoh mereka ternoktah tiga tahun kemudian.

Setahun selepas itu, dia mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 15 tahun.

Begitupun, selepas tujuh tahun melayari kehidupan bersama-sama, pasangan terbabit memilih haluan sendiri. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 9-10-2024 04:44 PM
Walaupun kes dia ni ada desas desus sana sini, tapi aku masih respect sebab bukan dari empunya diri salah satu pihak yang bersuara ;)
Quote alesandra 9-10-2024 04:52 PM
Ni nanti ada la acik porem kata mmg la dia diam ..dia punya salah.hellooo nyah jgn jadi bodo eh..aib ni aib sendiri kena jaga jugak lps tu baru jaga aib org lain.educate yourself okey .jgn bangga tunjuk bimbo serata alam.
Quote pocongkiutss 9-10-2024 04:54 PM
Huk aloh..bnyk pulak pembackup pajirot ni .padahal yg patut dipuji tu EX LAKI DIA SI YUCI TU..PUIIII
Quote pocongkiutss 9-10-2024 04:55 PM
Nak bg contoh tu DIDIE ALIAS la..minah ni ko nk bg contoh? Geli
Quote Nizleen86 9-10-2024 04:55 PM
Kalau her exes semua bukak cerita mau sembunyi tak nampak bayang dah kak ratu nih.
Quote pocongkiutss 9-10-2024 04:56 PM
Nizleen86 replied at 9-10-2024 04:55 PM
Kalau her exes semua bukak cerita mau sembunyi tak nampak bayang dah kak ratu nih.

Tula..ug patut DIPUJI tu EX DIA..bukan dia!
Quote Nizleen86 9-10-2024 04:57 PM
pocongkiutss replied at 9-10-2024 04:56 PM
Tula..ug patut DIPUJI tu EX DIA..bukan dia!

Betul tu iols setuju!!!
Quote red_velvet 9-10-2024 05:02 PM
Kaka erra memanglah tak sesuci embun pagi, tapi sheols layak la dapat kredit hasil tak mengepoh memburuk2kan exes kat serata alam untuk menampakkan diri sheols teraniaya ... Betul tak betul belakang kira, yang penting sheols tau katup mulut pada tempatnya.. done puji
Quote aemon 9-10-2024 05:10 PM
sorry le..baik lagi ziana zain mmg katup habis sampai la lama sikit buka cite cerai sbb kena dera.

pajirot ni kena jaga maintenance montotnye juga.sbb client bukan calang2.
Quote pocongkiutss 9-10-2024 05:20 PM
red_velvet replied at 9-10-2024 05:02 PM
Kaka erra memanglah tak sesuci embun pagi, tapi sheols layak la dapat kredit hasil tak mengepoh memb ...

Nokssss....yg buat perangai tu si pajirot ni.. kredit patut dpt kat ex laki dia laa
Quote pocongkiutss 9-10-2024 05:20 PM
aemon replied at 9-10-2024 05:10 PM
sorry le..baik lagi ziana zain mmg katup habis sampai la lama sikit buka cite cerai sbb kena dera.

...

Kheeeenzzz..satu lg didi alias
Quote habisnamadahni 9-10-2024 05:27 PM
habis semua terpalit..gara² peel fazura
Quote likilu 9-10-2024 05:31 PM
Apalagi jemputlah podcast suruh dia cerita

Tapi kalau program n2n maybe tinggi chance dia nak spill sebab lembaga peach basah tu kata dia ada baca baca sikit nak guest tu jawab soalan seperti yg dia nak. Serammmm
Quote ACC106 9-10-2024 05:53 PM
Betul lah tu. Berdiam diri jaga aib sendiri.

Track record pun tak berapa elok.
Yang patut dipuji tu first ex husband.
Quote syamzana 9-10-2024 06:03 PM
opkos la katup rapat2 natikan buka sikit je mulut bertubi2 segala maknenek keluar dari exs semua
hebak jugak la acik ratu ni berpsikologi. nak kekalkan ratu primadona suci bkn mudah bila peel kite cam tettttttttt.
Quote pocongkiutss 9-10-2024 06:11 PM
syamzana replied at 9-10-2024 06:03 PM
opkos la katup rapat2 natikan buka sikit je mulut bertubi2 segala maknenek keluar dari exs semua:lol ...

Iols rasa mcm tak aci miss fake ..neelofake je dpt gelaran fake fake tu semua..padahal dia ni ratu segala fake tetibah suciiii
Quote apedehal 9-10-2024 06:17 PM
Opkoz la tutup mulut..salah sendiri khuennn
Quote Nurul8001 9-10-2024 06:24 PM
pocongkiutss replied at 9-10-2024 06:11 PM
Iols rasa mcm tak aci miss fake ..neelofake je dpt gelaran fake fake tu semua..padahal dia ni ratu ...

Erah Fakera
Quote dua_chzy 9-10-2024 06:27 PM
Ya Allah bodoh ya netizens 2024 nih.

Ka dah lupa? Her?

Lihat semua komen(152)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.253967 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top