CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Outfit’ Cik B ‘Head To Toe’ Cecah Lebih RM100k’ – ‘Sebulan Saya Belanja Dalam RM300k’

10-10-2024 09:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 31859| Komen: 114

 


Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sekali lagi menyorot perhatian warganet, kali ini dengan harga pakaian yang digayakannya.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Cik B bersama penyampai radio Radin mendedahkan harga bagi setiap barangan yang dipakai dan keseluruhannya berharga kira-kira lebih RM100,000.


Tinjauan OhBulan!, mendapati Cik B gemar memakai barangan daripada jenama mewah seperti Balenciaga, Gucci dan Louis Vuitton.

"Cermin mata hitam saya beli di Milan, Itali dalam harga RM5,000 lebih."

"Cincin satu set dalam RM2,000."

"Jam ini saya selalu pakai sebab sepadan dengan baju, dari brand Omega dan harganya RM90,000."


"Baju ini biasa sahaja harganya RM900 manakala baju di bahagian dalam pula dari jenama Al Hilal dalam harga RM600. Seluar pula kawan saya yang buatkan dan berharga RM900."

"Kasut Balenciaga RM7,000. Beg pula dari jenama Louis Vuitton berharga RM12,000 dan dompet saya RM1,000 lebih."

 

Ketika disoal tentang perbelanjaan bulanan untuk pakaian, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen memberitahu dia berhabis ribuan ringgit demi fesyen.

"Tak riak la, dalam RM300,000. Dulu minta kebenaran mama (untuk berbelanja) tapi sekarang tak."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tertarik dengan jam tangan mewah kepunyaan gadis berusia 19 tahun itu.

"Aku ingatkan jam RM90. Tambah RM60k lagi dapat la harga rumah sebiji, itu pun hutang bank."

"Jam Cik B tambah lagi RM20k sama harga macam kereta aku."

"Cik B belanja bulanan RM300K, boleh beli rumah teres tiap-tiap bulan."

Dalam masa yang sama, mereka juga memuji Cik B kerana berterus terang memberitahu harga setiap barangan yang dimilikinya.

"Tak rasa dia riak atau menunjuk, dia merendah diri."

"Bagus Cik B, jujur siap harga. Baru betul pasang badan."

"Walaupun barang-barang dia ribu ringgit, tapi aku suka tengok Cik B. Sempoi je."

Sekadar info, Cik B sebelum ini pernah berhabis sebanyak RM657,750 untuk pakaian dan aksesori daripada jenama mewah antarabangsa.

Cik B juga meraih perhatian netizen apabila dia menerima sebuah kereta jenis Brabus G63 sebagai hadiah ulang tahun kelahiran daripada ibunya.



Sumber - Oh bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote emera 10-10-2024 09:42 PM
Ko pakai duit mak ko ke, noks?
Quote apedehal 10-10-2024 09:52 PM
Dik...Alhamdulillah utk rezeki yg kau ade ni dik..apakata selain pasang badan penuh brg branded head to toe..cuba pasang muka plak..rugila means bnyak tp xnk cantikkn diri
Quote mzsnam 10-10-2024 10:00 PM
Dato vida tu kaya  betol sb  beeniaga je ke..tp mmg kaya kan.kalau cik b sebulan 300k belanja.mmg kayoo
Quote anony-mous 10-10-2024 10:06 PM
Ya salam... dah nk masuk 2025, ada lg konten vavi mcm ni!!!! Tiap2 thn org yg sama sembang benda yg sama
Quote anony-mous 10-10-2024 10:08 PM
Erm entah la tp klau iols xmau kaya sgt2 tp rupa cik B gitu
Quote Akalditipumata 10-10-2024 10:48 PM
Rupa dia.. dia yg memilih.. dia blh je pilih jadi cntik.. tp dia nk jadi boyish.. mgkin tu character dia utk protect mak dia.. yg 2 mnggl ats dia tu 2-2 lelaki kn.. klau abg2 dia ada lg.. mgkin dia feminin..
Quote _kelly 10-10-2024 10:53 PM
cikb ni apa level education dia ya
Quote youell 10-10-2024 10:55 PM
Apa nak dikata... Didikan mak dia sebegitu.
Quote makita 10-10-2024 11:11 PM
CikB mesti xde msalah cari mesen sedut lemak..kan? Paling hina pon hire lah PT ke.
Quote dua_chzy 10-10-2024 11:20 PM
Akak tunggu cik B kuar closet.
Quote lolipopmanish 10-10-2024 11:27 PM
Hmm tetapla tak lawa noks
Walau belanja 300K ponn

Quote slyfynx 10-10-2024 11:42 PM
1. Ko retis ke?
2. Money can't buy class.
3. Bongok la sape tanya rege pakaian die.
4. De lagi ke produk family ko org sapot. Tp knowing org Malaysia punye konsep nk sapot org melayu punye bienes, walaupun meanggung akibat sendiri....
Quote sharlenetexas 10-10-2024 11:42 PM
Tetap nmpk pasar malam dik.


Quote sharlenetexas 10-10-2024 11:44 PM
Cikb ni antara yg elok pakai tudung. Boleh tutup rambut dia yg tak lawa dan lindung leher dia tu


Quote ninja boy 11-10-2024 12:04 AM
Untunglah anak org kaya
Quote cmf_jeangrey 11-10-2024 12:21 AM
Ya ampun kau ckp harga pun acik tetap x percaya nak..


Quote I.K.A888990 11-10-2024 12:40 AM
entahlah dik carca marba ja tgk haha
Quote zuriey 11-10-2024 12:45 AM
Sebulan 300k?
Membongok mcm mak ko ye ..
Quote aint 11-10-2024 01:06 AM
mak dia old money ke...

Lihat semua komen(114)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.089294 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top