CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tesla buat hal lagi, 4 terbunuh

14-10-2024 09:58 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 27276| Komen: 19|Original author: maklukpenggoda




BORDEAUX: Empat orang terbunuh apabila sebuah kereta elektrik Tesla terbakar dalam satu kejadian di barat Perancis kelmarin.

Menurut seorang pendakwa raya, kemalangan itu berlaku di luar bandar Niort sehingga menyebabkan kematian pemandu dan tiga penumpang yang juga pekerja di sebuah restoran di Melle.

"Kertas siasatan sudah dibuka untuk mengetahui punca dan keadaan kemalangan maut itu, termasuk memeriksa kereta Tesla bagi membantu siasatan," kata seorang hakim tempatan kepada AFP.

Menurut laporan awal, kenderaan terbabit merempuh beberapa papan tanda jalan dengan kelajuan yang tinggi.

Penumpang di dalam kenderaan itu dilaporkan meninggal dunia apabila pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian, kata polis.

Tesla, yang diasaskan oleh bilionair Elon Musk, sering menghadapi perhatian mengenai isu keselamatan.

April lalu, pengeluar kereta itu menyelesaikan kes dengan keluarga seorang jurutera yang terbunuh apabila sebuah Tesla Model X terbabit dalam kemalangan di Silicon Valley pada tahun 2018, bagi mengelakkan perbicaraan di mahkamah.

Ketika kejadian, pemandu berada di lebuh raya California dan memandu menggunakan ciri 'autopilot' Tesla sebelum kereta itu merempuh pembahagi konkrit.

Pada bulan Disember, Tesla menarik balik lebih daripada dua juta kenderaan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada disebabkan risiko yang berkaitan dengan perisian autopilot dan kemungkinan peningkatan risiko perlanggaran, menurut pengawal selia negara AS.

Sumber : BH

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asamfish 14-10-2024 10:22 AM
dah bawak laju, rempuh pulak beberapa tanda jalan, maunya tak terbakar...ingatkan tesla tu tiba2 je terbakar
Quote honam 14-10-2024 10:22 AM
abg tesla
Quote maklukpenggoda 14-10-2024 11:12 AM
[twitter]https://twitter.com/stonkking4/status/1845518009227759801?s=61[/twitter]
Quote kasibiman 14-10-2024 11:40 AM
kereta yg mmg death trap + pemandu yg bangang = sesuai expectations netijen.


itu kesimpulan aku dapat bila tengok youtube tesla owner pakai self drive function on karak highway sambil dia dok gentel telor.
Quote Tinot7 14-10-2024 11:42 AM
Takziah kpd keluarga
Quote pejol 14-10-2024 11:45 AM
bawak lelaju pastu rempuh konkrit,bukan tesla je bleh terbako
Quote supernaturalee 14-10-2024 01:55 PM
pejol replied at 14-10-2024 11:45 AM
bawak lelaju pastu rempuh konkrit,bukan tesla je bleh terbako

bukan tesla je terbakor, test drive pun boleh terbakor



Quote dewi_rina 14-10-2024 02:17 PM
Abg tesla je panjang umur lagi dgn bini muda nya
Quote BawangCaramel 14-10-2024 04:58 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote kakikuDibibirmu 14-10-2024 05:07 PM
Terbunuh tak mengapa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak mengapa
Quote kepompong 14-10-2024 05:25 PM
zaman dulukala keta ada self park utk side parking pun i tak hingin nak pakai. terigt kisah robot/robocop betray tuan
Quote capiloton 14-10-2024 07:20 PM
Edited by capiloton at 14-10-2024 07:28 PM

Tesla robot and AI will replace your job.
most job will be obsolete.

takde sape yang bukak thread ker?
aku nak komen nih



Quote manopBKK 15-10-2024 12:07 AM
Cepat panas..
Quote ultra78 15-10-2024 12:36 AM
Sebab tak install software update ke?
Quote kasibiman 15-10-2024 01:01 AM
ultra78 replied at 15-10-2024 12:36 AM
Sebab tak install software update ke?

[youtube]VX5rjTramis?si=WlZkvXGyXEPJ8ct0[/youtube]
Quote Jitu 15-10-2024 01:11 AM
bahaya rupanya kete tesla ni
Quote nisako 15-10-2024 09:35 AM
kereta ev mmg bahaya kalau terbakar
Quote SalenaGomez 15-10-2024 09:59 AM
honam replied at 14-10-2024 10:22 AM
abg tesla

Out topic jap…abg tesla tu kenapa nama gitu? Mmg ada tesla kah?
Quote lipans 15-10-2024 11:36 AM
EV ni umpama ko gabungkan henfon & powerbank dah diletakkan tayar. Yang bahaya, powerbank tu. kalau terbakar, memang disebabkan reaksi bahan kimia dalam dia. Nak padam bukan senang.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.036729 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top