CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fazley Yaakob Sahkan Dah Cerai Beberapa Bulan Lalu

15-10-2024 03:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18435| Komen: 263

 


Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, 46, mengesahkan dia sudah bercerai dengan isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz beberapa bulan lalu.

Fazley dalam satu kenyataan berkata, dia berharap dengan pengumuman ini akan menutup kekeliruan masyarakat mengenai rumah tangga mereka yang sudah dibina sejak 18 tahun lalu itu.

"Semoga dengan adanya berita ini, tidak akan ada lagi kekeliruan mengenai hubungan kami berdua selepas ini," katanya.

Bagaimanapun, Fazley tidak menyatakan bila tarikh mereka bercerai, namun berkongsi bekas isterinya itu sudah selesai menjalani tempoh edah beberapa minggu lalu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Asmara Ini berkata, hubungan dia dan Azrene masih lagi baik seperti mana ketika mereka mula-mula berkenalan dulu.

Pasangan itu dikurniakan empat anak iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15; Ahmad Fieradz Shah, 14; Ahmad Fierudz Shah, 13; dan Alayna Selma, 7.


Fazley turut memaklumkan keempat-empat anak mereka itu adalah atas jagaan bersama.



Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote caprisonne 15-10-2024 03:09 PM
Wah ai 1st komen ke? Terkezut juga tapi hm.. expected pun iye juga.. takziah buat kedua-duanya
Quote mizzmimi 15-10-2024 03:10 PM
Edited by mizzmimi at 15-10-2024 03:11 PM

Tahniah le nok..

Tahun ni takdelah karangan recycle eniberseri la.. citer pasal bini kencing dalam semak ape cincau sume tuh..

Tu aib tau tak aibbb
Quote aciksenah 15-10-2024 03:11 PM
Duda yang ni tak de ciknet nak berebut ke? Mohon buat live..
Quote alesandra 15-10-2024 03:12 PM
Ya Rabbi.. kenapa neh?? what the hell happened?tapi baguslah x kecoh2 ..lps iddah baru bagitau tuk mengelakkan fitnah.
Quote kmbg 15-10-2024 03:13 PM
Adik sayang dah tak sayang abang ke..adui apahal nk masuk barisan duda utk dihalalkan ke
Quote alesandra 15-10-2024 03:14 PM
mizzmimi replied at 15-10-2024 03:10 PM
Tahniah le nok..

Tahun ni takdelah karangan recycle eniberseri la.. citer pasal bini kencing dalam ...

Mak mentua from hell tersenyum sinis
Quote Farnor 15-10-2024 03:16 PM
Hah? Cerai.. Dulu adik dia cerai. Skarng dia pula.
Quote Banananaa 15-10-2024 03:16 PM
Ini kenapa pula… tak cukup dgn yg baru ni, ini pula dah nak kena buka kertas siasatan tragedi oktober betul! Tapi tak sangka la depa
Quote ygarif 15-10-2024 03:17 PM
kabarnya DF yg failkan serai...
Quote mizzmimi 15-10-2024 03:17 PM
aciksenah replied at 15-10-2024 03:11 PM
Duda yang ni tak de ciknet nak berebut ke? Mohon buat live..

Macam lemari je.. tak taste hahaha
Quote manehnya 15-10-2024 03:18 PM
wow, power kapel yg tolak tak rebah, rebuih tak empok, bercerai... suwet muwet tak menjamin kan marriage yg berpanjangan kan... ergh tacod nyew
Quote mizzmimi 15-10-2024 03:20 PM
alesandra replied at 15-10-2024 03:14 PM
Mak mentua from hell tersenyum sinis

Tak dapekkk nak mengata makmer lagi pasnih
Quote serimaya 15-10-2024 03:22 PM
Patut la azrene ni jadi PA Dr Imelda kan..dah free hair dah….And adakah sangkut paut posting Dr Imelda pasal punca cerai sebab perangai mak mertua merujuk ke pasangan ni..
Mak mertua read as mak fazley ????
Quote cicicumel 15-10-2024 03:24 PM
Teringat kapel ni slps Najib masuk jel..habis dibongkar nyer
Quote red_velvet 15-10-2024 03:24 PM
Uihh.. setelah berjuta2 halangan ditempuh, pakej berak tepi highway sambil melindungi adik sayang dengan tuala akhirnya berpisah juwaaa.... Wat heppeng?
Quote Joysparta 15-10-2024 03:27 PM
kmbg replied at 15-10-2024 03:13 PM
Adik sayang dah tak sayang abang ke..adui apahal nk masuk barisan duda utk dihalalkan ke

Duda micai kontot
Quote epal_putih 15-10-2024 03:28 PM
Guane pulok
Quote MsIda 15-10-2024 03:28 PM
Pasangan terpaling swit muit pun akhirnya tersadung juga...hmmm...
Quote pocongkiutss 15-10-2024 03:28 PM
Huh

Lihat semua komen(263)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.068299 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top