CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seorang anggota tentera sempat tinggal nota sebelum ‘pergi’ buat selamanya

15-10-2024 03:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 31899| Komen: 10

 


PETALING JAYA – Seorang anggota tentera sempat meninggalkan nota seakan-akan petanda untuk ‘pergi’ buat selamanya-lamanya sebelum maut akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Naa Zamm yang merupakan kakak kepada anggota tentera, Muhammad Kamaruzzaman Zamahari, 20.

Menurut kakaknya, adik bongsunya itu meninggalkan nota ‘malaikat memanggilmu’ pada sebiji botol kaca yang diijumpai dalam biliknya.

Selain gambar botol tersebut, kakanya juga memuat naik gambar adiknya yang pada ketika itu sedang menjalani latihan.

“Tulisan terakhir Allahyarham sebelum lapor cuti hujung minggu tiga hari. Macam dia tahu dia nak pergi. Botol itu ditinggalkan dalam bilik.

“Gambar terakhir dia semasa latihan. Kacak muka kau dik. Allah sayang kau, Dia pinjamkan hanya 20 tahun sahaja. Walaupun tak kuat, kaki akan cuba reda dengan kesan yang kau tinggalkan,” tulisnya.


Tambah Naa Zamm, adiknya itu seorang yang soleh, baik hati, pemurah, kuat menyakat dan paling manja dengan ibu bapa serta adik beradik yang lain.

Sementara itu, Naa Zamm berkata urusan pengebumian adiknya yang berlangsung kelmarin di kampung yang terletak di Kuching, Sarawak berjalan dengan mudah dan lancar.


Jelasnya, Allahyarham sememangnya merancang untuk pulang ke kediaman keluarga pada bulan ini namun hasratnya tidak tercapai apabila ‘kembali’ kepada pencipta untuk selamanya.

“Kau ‘pergi’ dalam keadaan muka yang tenang seolah sedang tidur. Ramai kawan-kawan kau datang ziarah.

“Semoga tenang di alam abadi. Allah lebih sayang kau dan semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.

Terdahulu, laman Facebook rasmi, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja memaklumkan tiga anggota mereka meninggal dunia pada 12 Oktober lalu.

Susulan daripada itu, Pegawai Memerintah serta seluruh warga 1 RAMD mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Pbt Muhammad Faizal Firdaus dan Pbt Muhammad Kamaruzzaman Zamahari yang telah kembali ke rahmatullah. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 15-10-2024 04:01 PM
Mungkin betul dia boleh rasa masa dia dah sampai.

Sebab tu muka tenang bila mati. Dah ready.
Quote liyamariska 15-10-2024 05:05 PM
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote TeropongThaico 15-10-2024 05:15 PM
Innalillahwainnalillahirojiun
Quote vanilacup 15-10-2024 05:20 PM
Innalillahiwainnailaihirojiiuun...
Baru ni ada lalu kat tik tok wall kupas tajuk tanda sebelum mati..
Org yg dah nak mati katanya akan nampak beberapa hari sebelum mati ada lembaga berdiri dekat dgnnya...Ada yg bercerita pd org terdekat tapi x dpt ditangkap tapi bila org tu dah meninggal baru perasan luahan tu ..
Quote noor2 15-10-2024 05:27 PM
Innalillah..sebaya anak acik ...
Quote anggeriklatifah 15-10-2024 07:10 PM
Hatiku merasakan dia meninggal sebab kena buli nihhh
Quote TOPwind 15-10-2024 07:56 PM
Edited by TOPwind at 15-10-2024 07:59 PM
anggeriklatifah replied at 15-10-2024 07:10 PM
Hatiku merasakan dia meninggal sebab kena buli nihhh

akibat kemalangan jalan raya
Quote edayildiz 15-10-2024 08:41 PM
Innalillahwainnalillahirojiun
Quote zamnie 15-10-2024 09:08 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun.. kejap je Allah pinjam kan kat dunia
Quote lanacondor 15-10-2024 09:17 PM
Salam takziah. Semoga khusnul khatima

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.079596 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top