CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua panda gergasi dipinjamkan kepada zoo AS

15-10-2024 03:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 31579| Komen: 5

 


Beijing: Dua panda gergasi berlepas dari China ke zoo di ibu negara Amerika Syarikat (AS), semalam.

Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China (CWCA) berkata, panda jantan bernama Bao Li, dan panda betina, Qing Bao, masing-masing berusia tiga tahun, dalam perjalanan ke Zoo Negara Smithsonian, Washington.

Katanya, penghantaran haiwan itu di bawah perjanjian pembiakan dan penyelidikan selama sedekad.

"China dan AS membuat rancangan teratur... bagi memastikan kedua-dua panda gergasi itu akan tiba di Zoo Negara Washington dengan selamat dan lancar.

"Semasa dalam perjalanan, makanan panda dalam penerbangan yang disediakan termasuk rebung, lobak merah dan roti jagung Cina," kata CWCA dalam satu kenyataan.

Presiden China Xi Jinping berkata, China bersetuju menghantar panda baharu sebagai hadiah persahabatan antara rakyat China dan AS selepas bertemu rakan sejawatannya Joe Biden pada sidang kemuncak di California, November lalu.


Ketibaan panda ke Washington kali ini nampaknya dialu-alukan dengan dengan laman web Zoo Negara terpampang sepanduk yang berbunyi: Panda akan datang.

"Sesuatu gergasi akan datang ke Washington," kata zoo itu dalam catatan di X.

Zoo Negara Smithsonian berkata, kemudahan itu akan ditutup pada Selasa demi keselamatan panda dan kakitangan.

Katanya, mereka juga melakukan persiapan termasuk pengubahsuaian di habitat panda untuk meningkatkan keselamatan kemudahan dan memaksimumkan ruang untuk beruang berkeliaran.

China menggunakan diplomasi panda sejak 1972, apabila haiwan itu kali pertama dihantar ke Washington sebagai hadiah, berikutan lawatan bersejarah presiden AS, Richard Nixon ke negara Komunis itu.

Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 15-10-2024 04:20 PM
halah2 tomei nya dlm gmbr tu


Quote airfilterkotor 15-10-2024 04:33 PM
Aku rasa Red Panda lagi cumel, walopun bukan dari keluarga Panda.
Endangered species jugak.
Quote airfilterkotor 15-10-2024 04:36 PM






Quote Decaffeinated 15-10-2024 04:38 PM
China kasi pinjam panda, US balas kasi pinjam i-Phone ka?
Quote Mary_jane 15-10-2024 05:34 PM
US kan banyak duit sesuai lah bela panda.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.029232 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top