CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia akan tegur, bantah sekiranya perairan negara diguna tanpa izin - Anwar

15-10-2024 03:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 33952| Komen: 0

 


Kuala Lumpur: Malaysia akan menegur dan membantah sekiranya perairan negara digunakan tanpa izin bagi laluan pertahanan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara ini juga tidak akan berganjak dari segi tuntutan bertindih di Laut China Selatan.

"Disebabkan itu, penerusan cari gali oleh Petronas (Petroliam Nasional Bhd) termasuk di kawasan Kasawari itu diteruskan walaupun dibangkitkan oleh China.

"Kita akan teruskan tetapi tidak pernah menutup ruang untuk berbincang dengan mana-mana negara," katanya semasa pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mengenai pendekatan dan strategi Malaysia memanfaatkan saluran diplomasi dalam menyelesaikan isu tuntutan bertindih terutamanya di Laut China Selatan.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, isu tuntutan bertindih itu juga melibatkan semua negara jiran seperti Thailand, Filipina, Indonesia, Singapura dan Brunei.


"Disebabkan itu, kita kurang setuju apabila permasalahan pertelingkahan sempadan ini hanya dirujuk kepada satu negara umpamanya China, padahal kita punyai masalah.

"(Tetapi) masalah ini tidak menjejaskan hubungan diplomatik, masalah ini tidak menjejaskan hubungan perdagangan dan persahabatan akrab dengan jiran-jiran kita," katanya.



Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.026147 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top