CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dasar permohonan sijil halal kekal bersifat sukarela - PM

15-10-2024 04:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 33567| Komen: 4

 


Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju mengekalkan dasar sedia ada permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang dilaksanakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan majlis agama Islam (Main) atau jabatan agama Islam negeri (Jain) bersifat sukarela.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu diputuskan semasa Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 September lalu.

"Dasar ini terbuka kepada mana-mana industri yang bersedia untuk mematuhi semua keperluan, piawaian dan standard pensijilan halal Malaysia serta perundangan yang berkuat kuasa," katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) mengenai dasar kerajaan kerajaan berkaitan sijil dan logo halal.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, sebanyak 9,440 syarikat adalah pemegang SPHM yang sah merangkumi semua skim pensijilan berdasarkan rekod sehingga 7 Oktober.


Katanya, sebanyak 2,463 jumlah permohonan juga sedang diproses oleh Jakim, Main dan Jain.

"Berhubung dengan tempoh masa yang diambil untuk memproses permohonan sijil halal, Jakim dan Main atau Jain menetapkan keputusan permohonan dikeluarkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh dokumen permohonan diterima.

"Pengiraan tempoh ini hanya tertakluk kepada proses di pihak Jakim atau Main atau Jain sahaja dan sebarang tempoh yang membabitkan tindakan di pihak industri tidak diambil kira," katanya.

Menurutnya, komitmen itu dilaksanakan sepenuhnya oleh Jakim sejak Januari 2024, manakala di pihak Main atau Jain pada bulan Julai 2024.

"Setakat 31 Julai 2024, Jakim berjaya menguruskan 96 peratus permohonan SPHM dalam tempoh 30 hari manakala pencapaian tempoh pengurusan SPHM di negeri-negeri ialah 86 peratus setakat 30 Jun 2024," katanya.


Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 15-10-2024 05:26 PM
Dah tanya Akmal belum? ini macam beri kemenangan mudah pada DAP. Sia2 dia berjuang sampai merisikokan spender beliau.
Quote Isninselasarabu 15-10-2024 09:04 PM
Tapi dh tahu takde halal letak lah dekat pintu masuk tu restoren non halal.. nak jual dekat orang islam sila apply halal.. simple
Quote BoongaKertas 16-10-2024 08:11 AM
iols lg heran kalau non muslim tak brminat nak apply sijil halal. u apply sijil tu then kan senang nak attract customer meleis? x rugi apa pun. kita pun tenang nak lepak makan kedai tu.
Quote A-Are 16-10-2024 08:18 AM
orang kita ni xsuka dipaksa paksa..xperasan ke...paderhal lg ramai non muslim apply halal dr muslim kot...tgkla business monopoly by siapa...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.030101 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top