CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aisyah Aziz Mengaku Panas Bila Pakai Tudung - Tapi Bagi Saya Untuk Orang Yang Terus Berkata, ‘Baik Tak Payah Pakai Tudung.’ Itu Adalah Racun”

15-10-2024 04:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 33473| Komen: 20

 


Penyanyi Aisyah Aziz berkata dia sering menerima kritikan mengenai gaya pemakaian hijabnya serta mengakui bukan mudah untuk konsisten dalam menutup aurat dengan sempurna.

Menerusi temu bual bersama podcast, Aisyah berkata pada awalnya dia mengakui rasa panas ketika mengenakan hijab pada awalnya dan lebih selesa memakai menampakkan leher.

“Kenapa kau pakai tudung macam ni?’ Adalah lebih baik kalau mereka berkata, ‘apa yang memberi inspirasi kepada awak untuk pakai tudung?’ Bukankah itu lebih baik.

“Saya rasa mungkin susah untuk awak pakai tudung, mesti panas kan?’ Memanglah aku pakai tudung..nampak leher, panas. 

“Sangat panas, kadang kala saya rasa marah bila menutup leher..saya akan sukar untuk jadi baik dan sopan (bertudung) kerana ia sangat panas. Tetapi bagi saya kalau saya pakai tudung nampak leher sikit..tak mengapa untuk saya buat ketika ini,” katanya.



Sementara itu, Aisyah berkata dia memerlukan sokongan orang ramai agar dapat mengekalkan imej muslimah serta berharap tidak lagi memberi komen negatif berkenaan penampilannya.

“Saya perlukan setiap orang untuk membantu saya membetulkan niat. Tetapi saya ada kawan yang membantu saya. Tapi bagi saya untuk orang yang terus berkata, ‘baik tak payah pakai tudung.’ Itu adalah racun,” katanya.

Sumber : Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 15-10-2024 04:25 PM
Panas cane ya..dia ni bukan manusia ke cane..sb rasa panas
Quote kuzaime 15-10-2024 04:45 PM
Hmm entahlah..kalau dah niat mmg betul2 nak menutup aurat, xde rasa panas pun. Lagi panas rasa kalau pakai tapi serupa x pakai
Quote cantthinkofany 15-10-2024 08:20 PM
Edited by cantthinkofany at 15-10-2024 08:21 PM

ntah ek...kepala terdedah pada panas matahari....aku rasa kulit kepala mcm nak terkopek bila berdiri bawah panas terik matahari....terpaksa amik kain tutup kepala....perit kulit kepala aku...tapi tu waktu panas tengah hari la......
Quote KakRumiMenari 15-10-2024 08:26 PM
noor2 replied at 15-10-2024 04:25 PM
Panas cane ya..dia ni bukan manusia ke cane..sb rasa panas

Kak noor elaborate bukan manusia tu pls... maksudnya apa
Quote naina 15-10-2024 08:27 PM
cantthinkofany replied at 15-10-2024 08:20 PM
ntah ek...kepala terdedah pada panas matahari....aku rasa kulit kepala mcm nak terkopek bila berdiri ...

Betol tu. Aku kalau sidai baju tengah panas memang rasa bahang kat kepala lepastu rasa rambut kering kejung je..kena ambik tuala tutup. Sebab tu rider2 ramai yang pakai handsock sebab panas perit kot kulit.
Untuk Ecah ni aku kagum la dia boleh bertudung dalam pada dia artis Singapura yang kebanyakannya dah liberal moden. Semoga terus istiqomah..
Quote red_velvet 15-10-2024 08:38 PM
Kalau pakai belit2 cekik leher memang laa panas..
Quote makita 15-10-2024 08:47 PM
Skrg ada mcm headfon tp sangkut kat leher. Benda tu leh keluarkan ekon gitu. Lupa dah nama dia
Quote apedehal 15-10-2024 08:47 PM
Ltk la kipas yg gantung kat leher tu
Quote lanacondor 15-10-2024 09:06 PM
makita: Skrg ada mcm headfon tp sangku ...
neckfan tu chuolz. Ramai bdk2 sekolah beli time musim panas. Cikgu2 Pon ramai pakai. Skg Pon byk material kain tudung yg ringan Dan xpanas. Pandai2 la pilih. Nak seribu daya kan
Quote Shayang 15-10-2024 09:10 PM
Api neraka lagi panas dik

Tanak panas jgn la pakai tudung melekap berbelit berlapis2 kat leher tu
Pakai tudung mcm ko pakai telekung takda la panas leher tu.
Quote Minami2013 15-10-2024 09:11 PM
Kalau sepanjang hidup free hair mmg rase panas jugak awal2 pakai tudung. Lama2 dah biase pakai, baru la rase seram sejuk kalo tak pakai tudung.
Quote makita 15-10-2024 09:14 PM
lanacondor replied at 15-10-2024 09:06 PM
neckfan tu chuolz. Ramai bdk2 sekolah beli time musim panas. Cikgu2 Pon ramai pakai. Skg Pon byk ma ...

Oh nekfan nama dia. Meols pestime nampak sorg je pakai bulan lepas. Rupanya dah glamer benda ni. Eh meols ni duk planet mana? Wakakaka
Quote kucim 15-10-2024 10:13 PM



Tak habis2 menunggang isu tudong kepala!!!
Ko nak senang pakai aje lah helmet!!
Quote anilanil 15-10-2024 10:24 PM
Ecah ko sekolah tak? Berlambak barang yg dijual utk bantu kepanasan ko. Neck fan, cotton jersey shawl, cooling spray for fabric. Ko kurus je kot. Lapisan lemak ko melebihi si halijah ke? Umah ko takde aircond? Keta ko (ada ke keta?) tak service aircond?
Pindah KL je la. Skrg musim hujan, sejuk sikit
Quote fazila17 15-10-2024 10:52 PM
Pakai la material cotton.. yang hat mahal sikit tu
Quote Aiira 15-10-2024 10:52 PM
Pakai tudung bawal atau square scarf. Pemilihan material/fabric tudung pun memainkan peranan tudung tu panas atau tak, selesa atau tak.

Tudung jenis kain bawal tu selesa. Cari kat tiktok live murah murah, kadang tu kedai buat sale tudung bawal RM28 dah boleh dapat. Kadang tu lebih murah.

Tudung bawal selesa yang Ai pernah beli kat Pasar kedai payang Terengganu. Harga pun murah je RM15. Now tak sure boleh dapat tak harga murah tu.

Harga gitu Ai beli dalam tempoh 2018-2022 gitu.
Quote penmerah 15-10-2024 11:10 PM
Suka warna kulit dia
Cantik
Quote cm_vungtau 15-10-2024 11:34 PM
Motip cakap pasal panas pakai tudung tapi cakap pada yang tak bertudung?
Quote azimodin 16-10-2024 12:24 AM
Lantak ko la nak pakai nampak segala mala mak nenek. Tegur lebih2 nanti satu family datang defend. Bosan. Duduk la temasik sana, jangan datang sini dah.
Masalahnya ko tahu nampak leher tu salah, sibuk pulak nak ulas panjang lebar.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.034754 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top