CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mierul Aiman Tak Kisah Tayang Badan Demi Jayakan Watak, Badan Kekar Bukan ‘Pelaris’ Drama

16-10-2024 10:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 28527| Komen: 4

 


Pelakon Mierul Aiman mengakui tidak kisah untuk menayang tubuh badannya dalam mana-mana naskhah yang dibintangi demi menjayakan watak.

Mierul atau nama lengkapnya Mohammad Amirul Aiman Norazman, 26, berkata, dia melakukan hal itu selari dengan tuntutan dalam karya dan menggalas tanggungjawab sebagai pelakon sebaik mungkin.

"Saya percaya itu adalah watak sahaja, apabila saya jadi penonton melihat semula paparan itu saya hanya enjoy."

"Saya tidak memikirkan tentang tanggapan orang, saya hanya fikir tentang skrip sahaja. Apa objektif naskhah tersebut."

"Saya mahu lakukan dan diberikan yang terbaik dalam setiap lakonan saya."

Mierul berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama bersiri Project: Exit yang berlangsung di Pavilion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, pada Selasa.

 


Disoal adakah babak menayang badan sebagai cara untuk melariskan drama, Mierul menjawab skrip sesebuah karya sudah ditulis terlebih dahulu sebelum mencari pelakon.

"Saya percaya skrip ditulis sebelum memilih karakter, bukan pilih karakter dahulu kemudian baru tulis skrip."

Sementara itu, berkongsi mengenai cabaran dalam Project: Exit, juara Hero Remaja 2021 ini akui sedikit mencabar untuk mendalami watak bernama Hadi.

"Cabaran dalam drama ini banyak kerana naskhah ini bertemakan kesihatan mental. Dialog yang ingin dilontarkan perlu selari dengan perasaan pelakon tersebut."

"Jadi, saya bekerja keras dan bertungkus lumus untuk menghayati karakter Hadi dalam nashkah Project: Exit."

"Bagi saya, rasa dan perasaan merupakan tiang seri dalam sesebuah naskhah. Kalau tidak sampaikan dengan perasaan yang tepat, saya tidak akan merasakan kepuasan."

Sumber : Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manop 16-10-2024 11:11 PM
yg ineh berapa juta likes kalau buat live?
Quote electricopop 17-10-2024 02:33 PM
Tunjuklah semua leak kan. Hahaha.
Quote offwhite 17-10-2024 09:48 PM
Utk tuntutan watak terbaik ko g Hollywood je mierul..senang nk tayang whole body pun ok...
Quote anilanil 17-10-2024 10:39 PM
Body lawa harus ler nak menayang. Kalo body cam syuk kim salam jer la. Tapi rupa mcm dak mierul mmg sesuai pon utk watak abam bomba, mat terap, longkai, keje sawit & kontrak. Bukan nak down grade tapi dia mmg nampak effortless utk watak cenggitu. Kalo dak mierul dressed up & speaking pon herlok je kalo jadi t20.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.030443 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top