CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Status Saya Masih Lagi Ibu Tunggal, Jangan Risau Rumah Saya Ada Ramai Orang’ - Adira Nafi Bersekedudukan Dengan Bekas Suami

16-10-2024 11:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 28550| Komen: 5

 


Didakwa bersekedudukan dengan bekas suami selepas bercerai pada bulan April lalu, penyanyi Adira Suhaimi tampil menafikan dakwaan tersebut.

Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Adira berkata, bekas suaminya iaitu Datuk Red akan datang ke rumah bagi melakukan sesi live untuk membantu jualan perniagaan yang diusahakan mereka. Tambah Adira, ada orang lain di dalam rumah selain mereka berdua.

"Status saya masih lagi ibu tunggal dan kami tidak duduk serumah. Saya tinggal dengan keluarga. Kalau live bersama pun akan ada orang lain. Dalam rumah saya ada 16 orang semuanya."

"Jangan risau selamat."

"Saya faham orang akan bercakap tetapi niat saya hanya membantu jualan sahaja atau muncul sekejap bila dia datang ke rumah jumpa anak-anak."

"Kena tengok live saya dari awal sampai akhir baru faham. Sebenarnya jarang live bersama saya rasa. Kalau boleh nak elak live bersama sebab tak nak mulut netizen buat spekulasi."


Disoal sama ada mempunyai perancangan untuk kembali bersama ataupun tidak, Adira secara ringkas menjawab dia meletakkan soal jodoh di tangan Allah dan tidak mahu memikirkan perkara tersebut.

Tambah Adira, dia dan bekas suami masih meneruskan hubungan baik sehingga ke hari ini demi anak-anak mereka.

"Kami memilih untuk tetap teruskan hubungan yang baik sebab banyak perkara yang tak perlu saya ceritakan dan demi anak-anak."

"Jika ada jodoh maka adalah. Jika tiada pun tidak mengapa. Saya tak boleh komen sebab semua dah tertulis. Kita perlu menjalani sahaja kehidupan."

 

Berbicara lebih lanjut, Adira mengakui bahawa kehidupannya lebih fokus kepada anak-anak berbanding perkara negatif yang timbul.

"Fokus saya sekarang untuk anak-anak. Status ibu tunggal memotivasikan diri saya. Saya hanya fikir anak, keluarga dan kerja. Saya tak akan bagi ruang negatif masuk dalam kehidupan. Emosi boleh terganggu kalau ada ruang negatif. Kita kenal diri kita."

Sumber : Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 16-10-2024 11:19 PM
16 org satu rumah..masak kawah hari hari
Quote Aneem 16-10-2024 11:23 PM
Yg pelik, dua2 janda duda. Perlu ke nak tnggu sampai tahun depan utk kawin balik? Makin pening ummah meleis ni
Quote doubleA 16-10-2024 11:59 PM
Nikah jelah kalau memang dok live bersama, demi anak bagai. Memang ko obses dengan bured tu pun, acah2 jual mahal tapi bercinta balik lepas sherai. Anak ko tak confuse ke apsal bapak dorang keluar masuk rumah? Bukan susah pun akad nikah balik. Merepek betul
Quote prince_marhaen 17-10-2024 10:05 AM
18 orang pun bukan perasan kalau ko masuk bilik kongkek kejap kan.... alahhhhhhhhh ko pun dah obses ngan bured tu...sedangkan time live dok bergesek2 depan camera...belakang live lagi la.. acah2 ada pendirian la konon.. pakkal si bured tu tengah sengkek je.. kalau still kaya dah lama nikah balik...
Quote MadameOnion 17-10-2024 10:16 AM
serai sebab nak selamatkan harta kan? bured dah bankrupt..tapi harta dah tukar nama..so selamat la

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.032491 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top