CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Tanpa mereka siapalah saya. Terima kasih yang menyokong" - Fattah Amin bikin peminat histeria

17-10-2024 07:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16381| Komen: 117

 


Dilabel sebagai duda terhangat Malaysia, pelakon sensasi Fattah Amin hanya mampu menzahirkan ucapan terima kasih kepada penyokong setianya.

Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, berkata, dia sebenarnya tidak selesa memberikan sebarang komen mengenai julukan yang diberikan kepadanya selepas berpisah dengan aktres Fazura.

“Saya sebenarnya tak mahu komen. Namun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong saya.

“Tanpa mereka siapalah saya. Saya berdiri di sini hari ini pun sebab mereka. Saya bersyukur,” katanya sewaktu ditemui pada tayangan perdana filem dokumentari All Access To Rossa 25 Shining Years.

Fattah hadir ke acara itu sebagai tanda sokongan terhadap bintang terkenal indonesia, Datuk Seri Rossa.

Sewaktu Fattah melewati karpet merah, ratusan peminat bagaikan terkena histeria berteriak memanggil namanya.


Diminta mengulas mengenai kelab peminatnya iaitu The FA Team yang kembali aktif selepas enam tahun dibubarkan, Fattah berkata, dia bersyukur kerana selama ini pengikut menyokongnya dalam diam.

“Mereka sebenarnya sentiasa ada. Cuma mungkin sebelum ini mereka berdiam diri.

“Saya pun tak sangka mereka tiba-tiba kembali aktif dan menyokong saya,” ujarnya.

Terdahulu, nama Fattah kembali menjadi fenomena selepas bergelar duda pada 7 Oktober lalu.

Ramai netizen dan rakan selebriti bersimpati dengan nasib yang menimpa dirinya malah tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat


Sumber:– KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 17-10-2024 08:02 AM
Hensem beno ke pun patah ni.. aku tgk mmg lee hensem tp idaklee aku sampai histeria pecah obari pecah dara semua tuu..
Quote kucim 17-10-2024 08:06 AM
.
.
.
.Dia nampak ensem sebab pernah jd ex shuben Pajurah.Pernah fenomena

Makin cerah pula muka FA mkn produk apa agaknya
Quote zuriey 17-10-2024 08:09 AM
Handsome apa mcm budak lembam je aku tgk
Bila buka mulut lagi npk lembam
Quote makcun14 17-10-2024 08:11 AM

“Saya pun tak sangka mereka tiba-tiba kembali aktif dan menyokong saya,” ujarnya

ko tunggu la bedul nanti ko dapat bini baru apa jadi. knowing ngetaste nak yang cantik yang popular public figure.

like i said before, laki marhaen pendiam pun jangan la kita percaya 100percent . inikan pulak jejaka idaman malaya katanya, yang sah femes ada rupa.
Quote bedahmenjuyah 17-10-2024 08:16 AM
Buritan replied at 17-10-2024 08:02 AM
Hensem beno ke pun patah ni.. aku tgk mmg lee hensem tp idaklee aku sampai histeria pecah obari peca ...

Itu la kan. Elok le dr pelawak2 yg femes tak tau pasaiapa. Tp bukan fans dia boleh dpt pun. Sokong kerjaya dah le. Tak perlu melebih2.
Quote DeLuna85 17-10-2024 08:16 AM
Muka dia mcm muka sorang content creator yg laki bini suka makan tu. Yg duduk tiny house. Yang makin gemuk tu. Tak ingat la nama dia. Bini dia pakai tudung awning ke depan.
Quote ezacbee 17-10-2024 08:19 AM
zuriey replied at 17-10-2024 08:09 AM
Handsome apa mcm budak lembam je aku tgk
Bila buka mulut lagi npk lembam

Kannn terus turn off..

Quote ihtisyam1 17-10-2024 08:22 AM
dah dah la citer mamat ni
Quote ___ 17-10-2024 08:24 AM
Dewasayu mendonia
Quote syamzana 17-10-2024 08:32 AM
teringat kat acik2 dok pulun klik like tt tu

harapnya ensem dgn kerjaya seni selari baru la berbaloi acik2, anak dara, janda, mak2 org pecah ovari
Quote miss_strangers 17-10-2024 08:38 AM
"hensem saje xcukup"
Quote MadameOnion 17-10-2024 08:40 AM
hensem tapi biasa2 je..karisma takda..mcm haron aziz tu hensem dan ada karisma..tok mat kilau pun sejenis cam tok haron..abdol ni bila bercakap mcm lembik
Quote MadameOnion 17-10-2024 08:43 AM

dewasayu 2.0 mendunia...seronok dia dah ceraikan faz..nampak sgt happy tu...masa faz kena kecam pasal clubbing dulu..tak berkutik langsung pertahankan bini..mmg useless..elok la faz minta cerai
Quote MadameOnion 17-10-2024 08:44 AM
DeLuna85 replied at 17-10-2024 08:16 AM
Muka dia mcm muka sorang content creator yg laki bini suka makan tu. Yg duduk tiny house. Yang makin ...

bebi tora tora ke?
Quote MadameOnion 17-10-2024 08:46 AM
makcun14 replied at 17-10-2024 08:11 AM
“Saya pun tak sangka mereka tiba-tiba kembali aktif dan menyokong saya,” ujarnya

ko tunggu la be ...

abdol ni sesuai kawen dgn pompuan2 kampung tudung sarung labuh dgn jubah sepasang tu dok ulang2 je..sesuai dgn dia..jenis taat..tak byk bunyi..cuci muka pakai sabun lux je..handsocks pun dah loose
Quote miss_strangers 17-10-2024 08:56 AM
MadameOnion replied at 17-10-2024 08:46 AM
abdol ni sesuai kawen dgn pompuan2 kampung tudung sarung labuh dgn jubah sepasang tu dok ulang2 je ...

Quote dubuk 17-10-2024 09:06 AM
Poyonya   
Quote ___ 17-10-2024 09:09 AM
MadameOnion replied at 17-10-2024 08:46 AM
abdol ni sesuai kawen dgn pompuan2 kampung tudung sarung labuh dgn jubah sepasang tu dok ulang2 je ...

tang handsocks dah loose tu aku terus terbahak hahahaha
boleh bayangkan handsocks kembang, melorot
Quote kucim 17-10-2024 09:12 AM
Bitter sungguh komen hacik2 pembenci Fattah Amin yer

Suami di rumah tu rupa mcm mana agaknya.Ke level Man Belon atau Ameer Rajalawak je tu yg bitter sgt

Lihat semua komen(117)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.061099 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top