CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bella Astillah bergenang air mata, nama masuk ‘senarai untuk dihalalkan’. Status janda jadi bahan jenaka

17-10-2024 08:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14766| Komen: 53

 

Nama masuk dalam ‘senarai untuk dihalalkan’, penyanyi dan pelakon terkilan apabila status disandang menjadi bahan permainan segelintir pihak.

Kata Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, tiada insan mahu menempuh kegagalan rumah tangga, sekali gus membuatkannya sedih diperlakukan sedemikian.

“Saya rasa sangat sedih apabila nampak nama di situ dan kemudian dijadikan jenaka.

“Inilah yang dinamakan takdir dan itulah hakikatnya, mungkin sebab kita dah bercerai dan masuk senarai janda.

“Tiada siapa ingin berkahwin dan merancang untuk bercerai. Saya cuma mahu jalan ke depan,” katanya selepas sidang media Konsert A Night With Sumandak Stars, semalam.


Selain Bella, terdapat tujuh lagi selebriti wanita lain yang sudah bercerai iaitu Nora Danish, Nur Fazura, Emma Maembong, Nawar Rashid, Puteri Sarah, Rita Rudaini dan Ira Kazar.

Sebak sehingga mata bergenang, bekas isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz itu mengakui hatinya sebak setiap kali hal perceraian diperkatakan.

“Saya okey sahaja, cuma kalau boleh tidak mahu lagi cakap lagi mengenai hal melibatkan perceraian atau gelaran janda.

“Saya kini lebih senang untuk bagi fokus kepada soal kerjaya dan anak-anak sahaja, terima kasih,” ujarnya.

 

Kemelut rumah tangga Bella dan Aliff yang mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 berakhir pada 13 Jun lalu apabila mereka bercerai talak satu.

Perkongsian hidup itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 17-10-2024 08:31 AM
Kurus lawa
Quote naina 17-10-2024 08:35 AM
Bella betolkan gigi tau
Quote melinda_kerr 17-10-2024 08:41 AM
aku rs die betahan lamanya dgn lelaki tu sbb takut dgn status ibu tunggal. hopefully berjumpa jodoh dgn org yg menghargai mu
Quote fanaz82 17-10-2024 08:45 AM
Quote Msambitious 17-10-2024 08:46 AM
Dalam list ni semua cantik. Kecuali ik la.
Quote makciktijah 17-10-2024 08:47 AM
dia gi PC pakai tudung ke? dah bertudung?
Quote Shayang 17-10-2024 08:54 AM
melinda_kerr replied at 17-10-2024 08:41 AM
aku rs die betahan lamanya dgn lelaki tu sbb takut dgn status ibu tunggal. hopefully berjumpa jodoh  ...

Satu lg masyarakat kita ni memandang janda/ibu tunggal tu mcm teruk sgt. Perempuan dihormati masa dia jd isteri org je
Bila jadi janda semua menda dorang buat salah di mata masyarakat. Serba tak kena dituduh dan difitnah mcm2.

Sesama perempuan juga yg suka mengata tu padahal tak sedar semua perempuan berisiko menjadi janda/balu terutama yg dah kahwin.

Quote A-Are 17-10-2024 08:56 AM
ya..kesian janda/ibu tunggal/ balu...semua buat serba xkena, pakai lbh sikit dikata org...tu belum bab dikacau org...haihh
Quote dewi_rina 17-10-2024 08:57 AM
Yg paling hot dalam tu ND, tak try hard sangat nak tunjuk janda paling meletop!
Quote AWEKSAMURAI 17-10-2024 08:59 AM
Huh apa lagi...aku g memana pc media x pnah plak dgr org sebut dia janda ke hape. Tang mana status dia org dok canang.org Malaysia skrg tgh sibuk pasal banjir depa x peduli pun.
Quote makadek 17-10-2024 09:01 AM
jubo ah ...gedik org lain rilek je
Quote kucim 17-10-2024 09:03 AM
Sabarlah bella.Sebab kamu naive dan senang di manipulated oleh org narsis cmtu.Lepas dia bagi kamu love curving kamu dibiarkan terkapai2.Skrip yg sama dia ulang sampailah Tuhan hadirkan Ruhainat agar kamu tersedar dari mimpi.Semua Tuhan dah atur.

Kdg kita perjuangkan lelaki yg salah dlm hidup kita walaupun dah banyak redflag diberi takpe la hidup ni adalah pengalaman yg mematangkan
Quote tidak_kelihatan 17-10-2024 09:17 AM
Alah...Siti Nordiana dah 15 tahun menjanda. relax je
Quote prince_marhaen 17-10-2024 09:35 AM
malu konon, sedih konon, tapi all out feeling2 anak dara bagai terkinja2.. pakaian pun terpaling ketat nak tunjuk sangat body lawa & petit.
Quote helicornia 17-10-2024 10:12 AM
AWEKSAMURAI replied at 17-10-2024 08:59 AM
Huh apa lagi...aku g memana pc media x pnah plak dgr org sebut dia janda ke hape. Tang mana status d ...

Dia ckp psl yg senarai janda utk dihalalkan tu.klu aku pun marah jugak.ingat brg ke apa ikut suka hati nk halalkan bagai. Klu dia nk kawin ke tk ikut suka la
Quote nisako 17-10-2024 10:56 AM
ape nak malu biarkan org yg ckp tu bukannye dia orh kisah pun ttg hidup kita
Quote manop 17-10-2024 11:17 AM
Dayang Ara oi....dah2 la tu. X penat ke menangis....
Quote sangbara2020 17-10-2024 12:46 PM
kalau duk obersee tu xleh masuk dlm senarai ke?
Quote shahirakay 17-10-2024 01:53 PM
punya la sangkak mantan laki dan mantan bff, hari ni perbicaraan kes khalwat takdak sapa pun yang mencemar duli bukak benang. hahahaha berkubur la korang

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.105965 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top