CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kenaikan harga barang antara sebab pelakon Syarul Ezani belum kahwin - “Kami ada komitmen yang perlu difikirkan"

17-10-2024 08:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15467| Komen: 52

 


Gara-gara faktor ekonomi zaman sekarang yang kian menyesakkan, pelakon Syarul Ezani menjelaskan perkara itu menjadi antara punca dirinya masih belum mendirikan rumah tangga.

Ezani atau nama lengkapnya Syarul Ezani Mohamed Ezzudeen, 35, juga lebih selesa menyimpan kemas hal peribadi terutama soal hati daripada khalayak.

“Saya tak pernah berkahwin dan melalui perkara sama seperti orang lain dalam generasi saya yang perlu berdepan kepayahan hidup.

“Kami ada komitmen yang perlu difikirkan, kena berdepan kenaikan harga barang serta bekerja untuk meneruskan hidup, jadi saya ikut falsafah di mana saya pilih tidak menceritakan hal peribadi saya.

“Saya juga sejenis orang yang ‘follow the flow’. Itu adalah saya, di mana saya sangat menjaga privasi selain tidak terbuka untuk berkongsi mengenai itu,” katanya kepada Kosmo! Online, baru-baru ini.



Bagaimanapun, pelakon drama KAMI The Series itu tidak menolak sekiranya suatu hari nanti akan terbuka untuk berkongsi hal peribadi.

“Bagi saya, itu adalah pilihan diri masing-masing. Sebagai seorang selebriti, tingkah laku kita diperhatikan orang jadi kita perlu menjadi contoh yang baik kepada orang ramai.

“Tetapi kalau zaman sekarang ini ramai yang memilih untuk berbuat demikian, jadi apa salahnya kalau saya memilih untuk ‘be more private’ (jadi lebih privasi).

“Manusia sifatnya berubah. Mungkin satu hari nanti saya akan terbuka untuk berkongsi mengenai kisah peribadi saya cuma bukan sekarang,” ujarnya lagi.

Ditanya punca Syarul memilih untuk berahsia soal peribadi, dia bimbang akan terkena penyakit ain.

“Pada saya, setiap orang ada kehidupan peribadi, aib dan sebagainya. Kadang-kadang kita tak tahu ada orang dengki dengan kita.

“Bila kita bercerita mungkin ada orang suka dan mungkin ada orang tak suka. Dari situ akan mula datangnya penyakit ain dan sebagainya,” jelasnya.

Syarul membuat kemunculan semula selepas hampir 15 tahun berehat dari dunia hiburan apabila mula membintangi beberapa drama terbitan TV3.

Antaranya termasuk drama Kerana Aku Isteri Bidaan, Hatiku Tercarik Luka, Hello Jodoh dan Mentua. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shayang 17-10-2024 08:46 AM
Lah aku ingatkan dia dah kahwin
Skrg ni berlakon balik jd suami2 orang dh kan
Zaman kami dulu dia cute
Quote zeed 17-10-2024 08:49 AM
adik syarul ridzwan kan
Quote aammyy 17-10-2024 08:50 AM
I sorang je ke rasa muka dia sama mcm FA dgn pakej kayu sekali tp dia lagi omey la dgn rambut kepuk kepuk
Quote prince_marhaen 17-10-2024 09:33 AM
dia vibes vibes Redza Minhat, jenis diam2 tp outspoken jugak...jenis berlakon method, ala ala dialog dengar tak dengar kontrol macho gitu...cool gituuu... tapi kadangkala nampak la kayu sebab always expression-less
Quote fifie_olin 17-10-2024 09:37 AM
aku lbh suka dia bwk watak ustaz
sesuai sgt
Quote pocongkiutss 17-10-2024 09:39 AM
zeed replied at 17-10-2024 08:49 AM
adik syarul ridzwan kan

Lorr ye ke

Gambar kt thread tu tak cam

Gambar kt ig dgn kucing tu tgk..eh mcm familiar
Quote ___ 17-10-2024 09:49 AM
Café yg dia pergi ada kucing tu kat mana?
Quote sleepandream 17-10-2024 10:08 AM
dalam kami the series tu dia yg rambut panjang jadi Ali tu ke?
dolu gigih download torrent jiwang.cc nak tengok drama ni...
Quote foxneo 17-10-2024 10:10 AM
prince_marhaen replied at 17-10-2024 09:33 AM
dia vibes vibes Redza Minhat, jenis diam2 tp outspoken jugak...jenis berlakon method, ala ala dialog ...

tapi i tengok si reeza pun kayu sungguh kan
Quote pocongkiutss 17-10-2024 11:03 AM
aammyy replied at 17-10-2024 08:50 AM
I sorang je ke rasa muka dia sama mcm FA dgn pakej kayu sekali  tp dia lagi omey la dgn rambut ke ...

Haha setelah iols tgk gambarè lain kt ig dia..iols bersetujuh .ada iras2 la
Quote Lampuled 17-10-2024 11:23 AM
pocongkiutss replied at 17-10-2024 11:03 AM
Haha setelah iols tgk gambarè lain kt ig dia..iols bersetujuh .ada iras2 la

Bagi I yg ni lagi hensem and attractive drp patah duda.

Quote hanihan16 17-10-2024 11:26 AM
the teen girl inside me is screaming kelako, dulu masa zaman kami, i minat sungguh dia sebab dlm series tu sebab dia mcm cool mysterious gitu. rasa mcm ali & lyn sesuai sangat.

sekarang pun aura2 cool tu masih menyala eh walaupun i dah tak pernah tgk cite dia berlakon since kami.
Quote LaskarHijayu 17-10-2024 11:42 AM
fifie_olin replied at 17-10-2024 09:37 AM
aku lbh suka dia bwk watak ustaz
sesuai sgt

Dlm kiblat ke syurga kan dia blakon jd ustaz. Wife dia dlm cite tu lisa. Dia tersangkut hati kat azira dlm cite tu. Ok la not bad. Tazangke tak kawen lg.
Quote opie5662 17-10-2024 11:43 AM
Org lain kawen berpuluh tahun…berpuluh kali harga barang naik, elok je pun. Adal rajin keje. Tah ape2 alasan ntah. Taknak kawen tp cikcur sane sini pun tak guna jgk
Quote haruslah 17-10-2024 11:51 AM
aammyy replied at 17-10-2024 08:50 AM
I sorang je ke rasa muka dia sama mcm FA dgn pakej kayu sekali  tp dia lagi omey la dgn rambut ke ...

I x kenal dia zaman citer kami tu
First tengok dia berlakon dgn zara zya citer ape tah 10.30 mlm tu
Memang mcm patah amin...versi kurang sket kayu jati.
Bila tengok kat sini, nampak mcm patah + syihan hazmi
Quote BoongaKertas 17-10-2024 01:50 PM
korang komen mcm iras patah duda, terus rasa geli nak tgk mamat ni. comel giler dia dlm KAMI dulu. iols suka watak heols. dgn rambut kembang kerinting tu looks so kool.
Quote SR4tahun 17-10-2024 02:14 PM
Dia manissssshhh iols selaku pengerusi kelab peminat self appointed, iols rasa lakonan dia dah makin lama makin ok. Kayu jati dah jadi plywood skrg ni. InsyaAllah by next year boleh menang oscar gituhhhh pompomgirl
Quote red_velvet 17-10-2024 02:27 PM
Dalam mertua tu marah ke, happy ke, geram ke, semua sama je expression dia... Another kayu actor... Suara nak marah pun control2 ala2 nak copy  tok jalal ...tak jadi dekk...
Quote ardent91 17-10-2024 02:31 PM
opie5662: Org lain kawen berpuluh tahun…berpuluh kali harga barang naik, elok je pun. Adal rajin keje. Tah ape2 alasan ntah. Taknak kawen tp cikcur sane sini p ...


lain org lain la komitmennya.. ada org dudok dalam khemah pown boleh survive.. tp jgn assume sumer org nak life daif camtu

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.052096 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top