CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

DSV Belanja Setengah Juta Sebulan Hantar Cik B Belajar Di Sepanyol - “Saya Okay Untuk Habiskan Duit Untuk Pelajaran Anak"

17-10-2024 09:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16951| Komen: 119

 


Umum mengetahui, baru-baru ini pempengaruh media sosial, Cik B menyambung pengajian ke Sepanyol. Menurut ibunya, Datuk Seri Vida, Cik B menyambung pengajian dalam tiga jurusan berbeza di sebuah kolej di sana.

Memetik mStar Online, Vida berkata dia mengeluarkan belanja mencecah RM500,000 sebulan selama setahun Cik B belajar di negara berkenaan.


“Cik B sambung belajar di Sepanyol. Ambil tiga jurusan berbeza iaitu Bahasa Sepanyol, perniagaan dan kulinari. Kos perbelanjaan ya ampun mahal, sekitar RM500,000 sebulan termasuk kos rumah, makan dan minum.

“Cik B sambung belajar selama setahun. Kemudian dia akan sambung pengajian untuk degree,” katanya.


Sementara itu, Vida berkata dia tidak berkira untuk berbelanja besar untuk pendidikan anak, malah memilih penginapan selesa dan selamat untuk Cik B.


“Saya okay untuk habiskan duit untuk pelajaran anak sebab saya nak Cik B jadi orang yang hebat dunia dan akhirat, malah saya pilih Barcelona untuk Cik B sambung belajar sebab tempat cantik, hebat dan pelancong ramai. 

“Lagipun kalau tiada kelas dia nak pergi Paris ke London balik hari pun boleh sebab dekat. Apa yang penting keputusan dia kena terbaiklah,” katanya.




Sumber – mStar Online , Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pinkpunk 17-10-2024 09:08 AM
bukan ke kena pi kelas bahasa dulu baru sambung belajar kt oversea? camne nak paham klu bahasa pun tak paham lagi.. dorang ni pi buang duit je kot..
Quote sunshinelady 17-10-2024 09:22 AM
jap cik b tu pompuan ke lelaki sebenarnya?
Quote prince_marhaen 17-10-2024 09:31 AM
banyaknya duit cuci tokey cinonis parking kat sheols...
Quote BungaKencana 17-10-2024 09:37 AM
dsv ni buat cuci cuci services ke? byk gile duit...
Quote Dorotheas 17-10-2024 09:37 AM
pinkpunk replied at 17-10-2024 09:08 AM
bukan ke kena pi kelas bahasa dulu baru sambung belajar kt oversea? camne nak paham klu bahasa pun t ...

Tk payah skrg bnyk uni kat spain dlm bahasa inggeris
Quote miss_perfect 17-10-2024 09:41 AM
pinkpunk replied at 17-10-2024 09:08 AM
bukan ke kena pi kelas bahasa dulu baru sambung belajar kt oversea? camne nak paham klu bahasa pun t ...

Logiknya begitulah.
Tapi Vida ni kan special breed. Ambik PhD Biologi pun kat universiti Hungary
Quote Buritan 17-10-2024 10:10 AM
prince_marhaen: banyaknya duit cuci tokey cino ...
BungaKencana: dsv ni buat cuci cuci services ...


Aku tak phm modus operandi cuci cuci ni.. kalo salah nape dsv ni tak kena tgkp pun.. kwn anak aku yg org guna kad dia pun mampus kena masuk jail
Quote noor2 17-10-2024 10:14 AM
Mak okay bg duit kat anak..tp anak mengabiskan duit mak...semoga cemerlang hendaknya cik B...jgn balik Malaysia dah bertukar jd org sana...tp tula..maknya pun x kisah..
Quote adeqbun 17-10-2024 10:15 AM
Ai je ke yg rs riak kemain statement kalau xde kelas nak p Paris London bagai tu
Quote amal12bh 17-10-2024 10:39 AM
Buritan replied at 17-10-2024 10:10 AM
Aku tak phm modus operandi cuci cuci ni.. kalo salah nape dsv ni tak kena tgkp pun.. kwn anak aku  ...

boleh tgk drama Scammer lakonan Siti Saleha dgn Kamal Adli. boleh jugak tgk movie dari China tajuk No More Debts..ni lagi skala besar sbb MO based dekat negara luar. bukan mudah nk tumpas..
Quote nisako 17-10-2024 10:59 AM
byknye duit dia
Quote slyfynx 17-10-2024 11:05 AM
Die ni masih show off lagi ye smpi skrg.
Nilai duit tu x pernah lekang dari mulut.

Tp ttp la nmpk kampung dan murah
Quote BoongaKertas 17-10-2024 11:08 AM
serius la, hati iols xde hitam sgt sbnrnye tp iols musykil kaya mcm giler babs betul eh dsv ni? mmg masyuk sgguh eh bisnes sheols? kalau camtu, iols restu dia nak masuk jarum utk abutah. hahaha!
Quote marla69 17-10-2024 11:13 AM
moneyy talk
Quote akuHavocczz 17-10-2024 11:13 AM
Amat musykil ya.. berapa ramai orang sekeliling chuols pakai quputeh sampai kayap rayap cenggitu
Quote jebatmaspunyer 17-10-2024 11:19 AM
kalah kos org belajar medic. Byk giler duit sampai boleh spend RM500k sebulan utk study Cik B. Bukan setahun tp sebulan. Suspicious plak. Berapa lah agaknya income dia. Tu baru belanja Cik B, pastu belanja utk Kacak, rumah apa semua.. perghh... kayo betul.
Quote Jikookie 17-10-2024 11:21 AM
Besarnya belanja. Kaya betul vida ni eh. Laku ke produk dia tu? Kawan2 iols takde sorang pun yg guna
Quote SANKURIANG 17-10-2024 11:26 AM
Vida ni jadi proxy sapa agaknya ye….BN pun buat tak tau aja dia punya duit berjota tu…must be somebody BIGnyang hanya guna orang bodoh untuk jadi proxy.
Quote ketambangkang 17-10-2024 11:26 AM
dh alang2 tu sesambil cari jodoh sana la cik B, bole repair keturunan sekali

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.045445 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top